Zambry aku reputasi tercemar, disyaki pengganas, dibenci & hina

|

Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.

Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya. - Bernama

0 comments: