Update lawatan DS Nizar ke utara negeri Perak. Balai polis tutup!

|

  • Hari ini DSN dan beberapa Pimpinan lain akan berkonvoi dengan menaiki bas ke beberapa destinasi yang telah ditetapkan. DSN akan menaiki bas yang menuju ke Utara.
  • DSN baru selesai dalam rangka program konvoi kudeta di Jelapang. Kini menuju ke Chemor.
  • Kepada sahabat Fan Club yang berada di Sungai Siput, team konvoi Pakatan Rakyat sedang menuju ke sana dan mereka akan berhenti di Maybank Sungai Siput berhadapan Balai Polis
  • Ketika rombongan tiba di Pekan Sungai Siput, mereka berhenti di depan balai polis Sungai Siput. DSN dan rombongan cuba menghampiri balai namun secara tak semena-mena mereka menutup pagar balai.
  • Lebih kurang 5 pegawai beruniform dan lebih 10 anggota Polis berpakaian preman menuju ke rombongan DSN di pasar pagi Sungai Siput. Cuba membantu kawalan keselamatan barangkali. Apa pun doakan yang baik-baik sahaja.
  • DSN dan Datin Seri ketika tiba di Sungai Siput.

http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs160.snc3/18743_288055244862_244746594862_3148292_4033145_n.jpg

  • Rombongan telah tiba Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Lokasi di Dataran berdekat jam besar.
  • Setakat ini,kira-kira sekumpulan 10 orang SB dan juga sebuah truk FRU pun turut serta dalam konvoi petang ni.
  • Konvoi sekarang menuju ke Lenggong. Sekumpulan motor kapcai kira-kira 30 buah dan 30 buah kereta menyambut konvoi kira-kira 10km dari Sauk.
  • Pengumuman oleh tuan rumah di Lenggong. Sambutan kedatangan konvoi di sini mencecah 107 buah kereta.
  • Konvoi menuju ke Padang Rengas.
  • DSN dan Adun-adun Pakatan Rakyat berada di Pasar Changkat Jering dalam XPDC memperingati Kudeta.
  • Sekarang pula, rombongan berada di kawasan pasar di dalam pekan Taiping.
  • DSN dan rombongan sedang melawat sekitar pekan Bagan Serai. Walaupun trafik agak sibuk, rombongan XPDC Jelajah Perak tiba tepat pada masa.
  • DSN dalam perjalanan pulang ke Ipoh bagi menghadiri majlis makan malam di sana.

0 comments: