UMNO jual bangunan UMNO di Kelantan

|

UMNO Buat Laporan Polis Cubaan Jual Bangunan UMNO
KOTA BAHARU, 11 Feb (Bernama) -- UMNO Bahagian Kota Baharu pada Khamis membuat laporan polis terhadap seorang bekas pemimpinnya kerana didakwa mahu menjual bangunan UMNO Kota Baharu di Jalan Sultanah Zainab di sini.

Setiausaha UMNO Bahagian Kota Baharu Zulkifli Abdul Ghani membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu pada 2.45 petang dengan diiringi 50 pemimpin dan anggota UMNO bahagian itu.

Bercakap kepada pemberita, Zulkifli berkata laporan itu dibuat supaya polis menyiasat aspek penjualan bangunan UMNO, yang diiklankan dalam akhbar, kerana bangunan itu tidak seharusnya dijual.

"Ia adalah milik UMNO Kota Baharu," katanya. -- BERNAMA

0 comments: