Tandatanya kenapa Zamberuk sambut Maulidur Rasul di Taiping

|

TAIPING 26 Feb. - Perak yakin pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) negeri itu yang dibentangkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) semalam, diterima dengan baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, keyakinan itu berdasarkan reaksi positif terhadap usaha kerajaan negeri mengutamakan projek-projek berorientasikan rakyat.

Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan jumlah keseluruhan peruntukan yang bakal diperoleh Perak bagi menjayakan 131 projek yang dibentangkan tersebut.

"Reaksi kita terima (daripada EPU) positif kerana pendekatan kita bukan merancang berdasarkan keperluan biasa. Pihak EPU melihat pendekatan kita ini selaras dengan apa yang dihasratkan oleh Kerajaan Pusat supaya mengutamakan rakyat,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dataran Perbandaran Taiping, di sini hari ini.

0 comments: