Syabas! che'GuBard berjaya kelentong polis

|

Rumah Bapa che'GuBard diserbu Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman
Petang semalam sekitar jam 5 petang, cheGuBard telah dimaklumkan melalui panggilan telefon oleh ibu mengenai sekumpulan anggota polis telah datang ke rumah. Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri sebagai Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.

Mereka ingin memasuki rumah menggeledah dan ingin merampas 'Buku Di Sebalik Misteri Altantuya'.

Untuk pengetahuan pihak PDRM yang ditunggang Najib Tun Razak, ketahulilah cheGuBard tidaklah bodoh sangat ingin simpan stok buku tersebut di rumah. Memang alamat rumah ibu bapa di Seremban digunakan sebagai alamat untuk menerima tempahan tetapi tempahan semuanya di uruskan di tempat lain.

Persoalanya kini, siapa yang membuat laporan polis sehingga PDRM dari Bukit Aman terpaksa terhegeh - hegeh untuk datang jauh ke Seremban mencari jejak buku tersebut.

Keduanya, cheGuBard sendiri telah membuat beberapa laporan polis kepada Jabatan Jenayah Komersial, Bukit Aman dan yang terbaru mengenai penyeludupan wang RM 10 Juta oleh MB Negeri Sembilan namun tiada sebarang tindakan. Kenapa pula kini begitu sekali hebat mereka bekerja.

Semua pegawai yang datang tidak dibenarkan masuk oleh ibu cheGuBard. Tetapi mereka mengugut akan kembali semula dengan waran geledah.

Inilah bukti antara tulisan dalam buku tersebut.... hampir lebih 20 media dunia menulis dan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya namun Najib menikus takut untuk menyaman mereka.... sebaliknya terus 'keras' menggunakan segala kuasa dan jentera kerajaan untuk membelasah rakyat sendiri yang membangkitkan 'pertanyaan' mengenai pembunuhan Altantuya.....

sila klik sini.

3 comments:

soofey said...

CHEGUBARD PEWARIS GENERASI BERANI , HEBAT & INTELEK.PERWATAKKANNYA SEUMPAMA DSAI KETIKA MUDA. SENTIASA ADA PEMBAHARUAN DEMI UNTUK MENGETENGAHKAN KEPERITAN RAKYAT SERTA KEBERANIAN YG LUAR BIASA SELAKU PEJUANG!!!!
HIDUP CHEGUBARD!!!

Web Sutera said...

Satu lagi di sini:

http://buanadunia.blogspot.com/2010/02/stop-harassing-bookstores.html

silver said...

terima kasih kerana sudi melawat blog ini