Susah la UMNO macam ni, patutlah mati2 nak kasi lingkup Anwar

|

Anwar serah kunci rumah esok
PETALING JAYA, 19 Feb: Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan kunci kepada para pemilik rumah yang siap dibina pada Majlis Pelancaran Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor, esok.

Pada majlis yang diadakan di perkarangan perumahan penduduk Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang yang bermula jam 9.30 pagi itu, beliau akan mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil kerajaan negeri untuk memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai dan mempercepatkan kelulusan untuk penyerahan rumah-rumah tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, langkah proaktif kerajaan negeri itu akan membuka jalan penyelesaian kepada masalah pembeli yang masih belum mendapat rumah setelah menunggu sehingga lebih lima tahun dan memastikan rakyat negeri Selangor dapat memiliki rumah sendiri.

Seramai 300 pembeli unit-unit yang berjaya disiapkan di Ukay Bistari dan Saujana Puchong di bawah skim itu akan menerima kunci pada majlis tersebut.

Anwar juga akan bertemu dengan wakil-wakil penduduk dan persatuan pembeli yang melibatkan hampir 5,000 unit terbengkalai di seluruh negeri Selangor.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Ir Iskandar Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemulihan Perumahan Terbengkalai negeri, Saari Sungib, Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Adun Lembah Jaya, Haji Khasim Abdul Aziz. - Harakahdaily -

0 comments: