Shahrizat kempen 'Jangan Buang Bayi Merata-Rata'. Hampeh!

|

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ibu bapa diingatkan jangan membuang bayi merata-rata jika menghadapi masalah untuk menjaganya kerana kerajaan telah mengadakan pelbagai tempat bagi mereka menempatkan bayinya dengan selamat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ibu bapa boleh menempatkan bayi mereka di semua cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), rumah perlindungan serta hospital.

"Jika ibu bapa yang berada dalam situasi berisiko, ada masalah, datanglah ke pejabat JKM atau setidak-tidaknya jumpalah pemimpin tempatan. Wanita Umno pun ada. Jangan sekali-kali lagi berlaku seperti ini atau menjadi budaya rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas bertemu wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dalam keadaan badannya kemerahan dipercayai digigit semut di hadapan pintu pagar Masjid Permatang Duyong, Melaka pada Rabu.

Tabiat buruk membuang bayi yang semakin berleluasa ketika ini amat membimbangkan dan menunjukkan ramai anggota masyarakat kini mengalami tekanan hidup, katanya.

"Masyarakat kita menghadapi stres dan sebab itu kita dalam dunia ini mesti ada keseimbangan. Dalam mengejar kejayaan, kita jangan lupa nilai-nilai kekeluargaan sebab keluarga itu akhirnya menjadi tempat perlindungan utama," katanya.

0 comments: