Program maksiat di Taiping, pakai baju adik utk hadiah hampeh

|

Sumber: Harian Maksiat

TAIPING: Penganjuran pelbagai aktiviti menarik termasuk beberapa pertandingan sepanjang Karnival GegaRia Harian Metro menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung khasnya masyarakat di sekitar Taiping.

GADIS METRO...Nurul Shahidah (tengah) diapit Wan Nurul Asmidar  (kiri) dan Siti Nurhidayu.
GADIS METRO...Nurul Shahidah (tengah) diapit Wan Nurul Asmidar (kiri) dan Siti Nurhidayu.

Antara pertandingan dianjurkan termasuk ‘fit soccer’, pertandingan bola jaring, Juara Band dan Gadis Metro manakala malam penutup karnival diakhiri dengan pertandingan nyanyian, Metro Idol yang berakhir kira-kira jam 11.45 malam.

Selain memeriahkan penganjuran, aktiviti disediakan memberi peluang pengunjung menyertai program dan pertandingan menawarkan hadiah menarik.

Pada pagi semalam, karnival hari kedua dimulakan dengan senamrobik poco-poco disertai kira-kira 1,000 masyarakat setempat selain beberapa siri pertandingan saringan ‘fit soccer’ dan bola jaring.

Bagi pertandingan bola jaring, sembilan pasukan menyertai acara itu dan johan dimenangi pasukan Puteri Gopeng membawa pulang RM600 dan naib johan jatuh kepada Semarak Jingga sekali gus memenangi RM300. Tempat ketiga dan keempat dimenangi Hospital Taiping dan X-Team membawa pulang RM200 dan RM100.

Sementara itu, pasukan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memenangi pertandingan ‘fit soccer’ dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500 dan naib juara pula disandang pasukan Celcom yang membawa pulang RM700.

Sementara itu, artis budaya tari dari Pulau Pinang, Nurul Shahidah Jamaludin, 20, dinobatkan Gadis Metro membawa pulang RM150 serta cenderamata, pemenang kedua Wan Nurul Asmidar Abdul Rahim, 22, dan pemenang ketiga Siti Nurhidayu Hashim, 20, membawa pulang RM100 dan RM50.

0 comments: