Lagi bukti MB Haram miskin idea, Kerajaan PR yg start ini barang

|

Meru Jaya jadi hab pengangkutan Perak
IPOH - Warga Perak khususnya penduduk bandar raya ini bakal menikmati sistem pengangkutan awam serba moden menjelang 2012 berikutan siapnya projek pembinaan terminal bas bersepadu di Meru Raya di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kerja-kerja pembinaan terminal bas bernilai RM38 juta di kawasan seluas 3.4 hektar itu akan dimulakan dalam masa terdekat.

Katanya, terminal baru bersepadu itu berupaya menjadi hab pengangkutan awam yang canggih, berkapasiti tinggi selain mampu menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan teratur.

"Pembinaan terminal ini merupakan sebahagian komitmen kita untuk memodenkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini," katanya.

0 comments: