Kapal selam tak boleh selam sebab komisen tinggi sangat

|

http://www.utusan.com.my/pix/2007/1115/Utusan_Malaysia/Rencana/re_01_big.jpghttp://od3n.net/images/rasmi.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SO5UtogXN0I/AAAAAAAABdQ/GPMWP-LpckQ/s400/Scorpene.gif

Kapal selam, boleh selam tapi tak diizinkan selam
Hadoiiihh... Mintak maap banyak banyak la panglima oi... lawak apa yang panglima buat ni.

Kapal selam Malaysia boleh selam, tapi tak selam pasai tak diizinkan selam. Apa punya kapal selam ni panglima. Maap cakap la yer nak tanya sikit, kapal selam ni baru ka second hand. Baru sampai tak dan 10 kali pusing Malaysia dah down. Apa punya jenih down sindrom ni. Takkan yang ni kot kita dok bangga gila sebelum ni?

Aku boleh rasa gegran hasil gelihati jiran jiran kita. Thailand ngan Singapura tengah gelak guling guling dengaq lawak antarabangsa ni. Depa tergelak sakan mungkin ingat padan muka kot pasai dah terkena badi orang yang mati kena aniaya kerana Scorpene ni.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Scorpene teknologi Perancis ni bernilai RM1 bilion. Bukan kecik anak punya belanja tu. La ni dah tak dibenarkan beroperasi pasai nak jaga keselamatan anggota TLDM yang kendali kapal tu. Baguih tu, sikap perihatin pada anak buah.

"Bagaimanapun, kita ingin memastikan ia benar-benar okey dan tidak membahayakan anggota TLDM yang mengendalikan kapal itu," jelasnya.

Psttttt..... Jangan cakap kuat kuat, takut musuh mai serang kita time la ni, haru kita tak dak pertahanan laut dalam.

0 comments: