Kapal selam komisen Altantuya memang betul2 susahkan Najib

|

Isu kapal selam bakal hangatkan parlimen Mac ini
Hafiz Irwan
RANTAU PANJANG, 19 Feb: Persidangan parlimen Mac depan bakal menyaksikan suasana lebih hangat lagi apabila kegagalan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman menyelam akan menjadi sasaran anggota-anggota parlimen Pakatan Rakyat.

Kejadian yang memalukan negara itu akan menjadi fokus utama Pakatan Rakyat selepas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengakui berlaku kesilapan teknikal.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, persidangan parlimen pertengahan Mac depan akan dijadikan platform terbaik membincangkan isu keselamatan negara tersebut.

“Kami akan mencadangkan satu kertas putih di peringkat kementerian dapat diusahakan segera bagi menjelaskan masalah yang berlaku terhadap kapal selam terbabit,” katanya ketika ditemui selepas ceramah di sini, kelmarin.

Baru-baru ini, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata, kapal selam KD Tunku Abdul Rahman mengalami kerosakan teknikal dan tekanan tinggi di bahagian sistem tangki.

Kerosakan sistem tersebut dikatakan menyebabkan kapal selam tersebut mendatangkan risiko tinggi apabila menyelam.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, isu kapal selam juga akan dibincangkan terlebih dahulu pada jawatankuasa peringkat kabinet bayangan Kementerian Pertahanan Pakatan Rakyat untuk diperhalusi.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis mengenai masalah dihadapi kapal selam terbabit yang dibeli tanpa mengikut spesifikasi sepatutnya.

“Apabila berlaku kecacatan kepada kompenannya sudah tentu ia mengundang persoalan ramai memandangkan harga kapal selam tersebut kira-kira RM1 billion. Ini adalah satu episod yang memalukan negara,” ujarnya. - Harakahdaily -

0 comments: