Hospital Manjung: Zambry akan tercirit kalau nak buat benda ni

|

Kita dengar apa kata isi hati rakyat berkenaan DS Nizar. DS Nizar masih dianggap MB rakyat. DS Nizar masih dianggap sebagai pemimpin memimpin perubahan. DS Nizar melalui pusat khimat Ahli Parlimen telah bertindak mengikut kemampuan mereka.

Kita baca tulisan yang dipetik melalui blog: atokengkau.blogspot.com

Kronik!!

Tak upaya untuk urus diri sendiri..

Ketua Cabang PKR Taiping menziarahi pesakit.

Sabar menanti..

Berganding bahu memindahkan pesakit ke van yang sedia menunggu.

Ustaz Wan dan pemandu sedia untuk bertolak.

Selamat jalan..mudah-mudahan ALlah memudahkan urusan baik kita.

oleh:http://atokengkau.blogspot.com


19 Febuari 2010, Pokok Assam, Taiping – Perbincangan 15 minit di antara Ketua Cabang PKR Taiping, Sdr Eddy Ridzuan Amirullah dan rakan-rakan ranting Taman Raja Idris, Pokok Assam berjaya merungkaikan permasalahan berhari-hari yang dihadapi oleh seorang pengawal keselamatan Encik Kharidin Bin Idris, suami kepada Siti Misnah penghidap kencing manis kronik yang menderita hampir 2 tahun.

Menurut Encik Kharidin masalah yang dihadapi beliau ialah tidak punyai kenderaan van untuk membawa isterinya ke Hospital Manjung tambahan pula isterinya hanya mampu terbaring sahaja maka sukar untuk kenderaan jenis lain.

“Saya pernah adukan masalah ini kepada pihak berkenaan namun sikap acuh tak acuh mereka amat mengecewakan, malah menjengok pun tidak! Adakah kerana saya ini bukan sesiapa kalangan mereka?” ujar Encik Kharidin merujuk kepada Ketua Kampung di mana tempat beliau tinggal.” Ini soal hidup mati seorang manusia, bukan perkara kecil!” tegas beliau. Selain itu beliau juga merayu bantuan ambulan Hospital Taiping dan juga Jabatan Pertahanan Awam(JPA) Taiping tetapi banyak birokrasinya.”Saya akui bahawa kami anak-beranak yang memohon isterinya dipindahkan ke Hospital Manjung atas sebab tertentu, namun sukarkah untuk berlaku ehsan terhadap kes-kes serius sebegini?!”soal beliau dengan kesal.

Akhirnya dengan bantuan jiran, beliau dipertemukan dengan Ketua Cabang PKR Taiping yang akhirnya membawa kepada penyelesaian dengan bantuan Van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Ir Hj Nizar. Tepat jam 1.30 pagi tadi isterinya selamat bergerak ke Manjung.
Kepada pembaca yang ingin menyumbang meringankan beban keluarga ini bolehlah masukkan tunai ke:
Nama Bank : MAYBANK
No. Akaun : 1580 5141 0060
Atas Nama : Kharidin Bin Idris

(Nota: Sila buat pengesahan akaun di atas dengan suami si pesakit di talian 05-806 4954 sebelum berhajat membuat sumbangan untuk elakkan kesilapan)

0 comments: