Geng 'paling ganas' berkeliaran di Ipoh zaman Zambry

|

Geng 'paling ganas' tumpas
2010/02/03
IPOH: Satu kumpulan penyamun yang disifatkan polis sebagai geng "paling ganas" di bandar raya ini, tumpas dua hari selepas mereka menyerang tiga lelaki pada satu majlis sambutan Thaipusam di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata polis percaya dapat melumpuhkan kumpulan itu dengan penangkapan lapan daripada 10 anggotanya dalam beberapa serbuan di sekitar Ipoh dan Chemor dalam tempoh 48 jam lalu.

"Kumpulan geng parang itu adalah kumpulan yang paling ganas melakukan samun di bandar raya ini. Mereka terbabit dalam kes samun, dadah dan rusuhan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Azisman berkata dalam kejadian Isnin, tiga lelaki cedera parah diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang semasa mereka sedang meraikan Thaipusam di sebuah rumah di Taman Wangi, Jalan Kuala Kangsar di sini.

Beliau berkata dua daripada mangsa putus tangan manakala seorang lagi juga parah di bahagian tangan dan kesemua dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

0 comments: