Dengar sini hakim barua, kamu tu penipu!

|

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs137.snc3/18461_313137549280_261707319280_3159374_452237_n.jpg

Karpal Singh meminta Mohamad Zabidin menarik diri daripada mengadili kes berkenaan kerana mendakwa hakim itu melakukan kesalahan apabila beliau tidak mengatakan sesuatu yang benar dan ini boleh dianggap sebagai melakukan pemalsuan dan pembohongan.

Karpal Singh berkata dalam keputusannya, hakim berkenaan berkata butiran terperinci telah disebut di mahkamah terbuka, sedangkan ia tidak terdapat dalam nota prosiding dan rakaman audio mahkamah.

"Ini menunjukkan bahawa Yang Arif berbohong. Ini terbukti, boleh dibuktikan dan telahpun dibuktikan. Yang Arif tidak berlaku jujur, jadi Yang Arif berat sebelah.

Buktinya ada di sini, ia adalah suatu fakta. Oleh itu, Yang Arif tiada pilihan, selain mengundurkan diri," katanya.

Karpal Singh berkata dalam menolak permohonan pihak pembelaan untuk menuduh Utusan Malaysia menghina mahkamah, hakim berkenaan membuat keputusan bahawa laporan itu tidak menghina mahkamah dan akhbar berkenaan tidak berniat untuk menimbulkan kekeliruan.

"Bagaimanakah Yang Arif boleh membuat kesimpulan bahawa tidak wujud niat seperti itu? Ia datang daripada Utusan, bukan dari mahkamah ini...yang Arif perlu keluarkan surat tunjuk sebab kepada Utusan Malaysia, tapi yang Arif tidak berbuat demikian," kata beliau.

Mohamad Zabidin menetapkan 18 Feb sebagai tarikh untuk menyampaikan keputusannya.

0 comments: