Cuaca panas adalah bala Allah atas kejahatan pemimpin UMNO

|

Cuaca Panas Fenomena Biasa, Mac Diramal Hujan
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Cuaca panas yang melanda negara ini sejak Januari merupakan fenomena biasa dan diramalkan berakhir pada bulan Mac, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pegawai Ramalannya Azmi Atan berkata fenomena ini sering berlaku pada setiap awal tahun tetapi tidak akan menyebabkan kemarau.

"Cuaca begini diramalkan tidak berpanjangan dan dijangkakan hujan semula bermula Mac nanti," katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.

Mengikut rekod jabatan itu, kawasan "terpanas" yang dikesan ialah daerah Chuping di Perlis yang mencatatkan suhu tertinggi iaitu 36.6 darjah Celcius semalam, manakala di Lembah Klang suhu tertinggi dicatatkan di Petaling Jaya iaitu 34.7 darjah Celcius.

Sementara itu Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata penggunaan air di Lembah Klang sepanjang awal tahun ini masih di tahap biasa.

"Secara umumnya rakyat Malaysia merupakan golongan yang paling banyak menggunakan air. Bagaimanapun, kadar penggunaan ketika cuaca panas sejak bulan lalu masih di tahap normal dan jika ada peningkatan pun tidaklah begitu ketara," katanya.

Beliau berkata setakat ini bekalan air Syabas tidak terjejas kerana masih mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung keperluan penduduk Lembah Klang.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai agar menggunakan air dengan berhemah dan tidak membazir supaya bekalan air terus mencukupi sekiranya cuaca panas berlanjutan. -- BERNAMA

0 comments: