Ciri-ciri blog hina TG Nik Aziz sama dgn blog Aduka Taruna?

|

Blog Hanief: Akibat Tidak Kreatif , Masuk-Tak-Masuk Universiti Pun Tetap Sama

Saya bukan tak tahu, bahawa blog kepunyaan sesetengah pihak itu dimiliki oleh mangkuk yang sama. Cuma saya kadang-kadang malas nak layan saja.

Tetapi hari ini entah macam mana, saya rasa nak berkongsi juga dengan para pembaca yang jujur dan terpinga-pinga ini sesetengahnya.

Tahu atau tidak? Bertapa peri pentingnya kita menggunakan daya kreatif kita dalam membuat sesuatu? Agar ia tampak tulen dan juga kelihatan segar?

Cuba lihat sesetengah blog yang sedang mengejar populariti sekarang ini. Ada yang hina si anu dan si polan. Ada yang ubah-suai gambar dengan gambar lucah. Ini satu kekeringan idea dalam mengiklan atau pun menarik para pembaca.

Senang sangat kalau nak kenal blog-blog yang bertuankan tuan yang sama. Lihat paparan dan susun atur blog itu dan saksikan juga jenis aplikasi yang digunakan. Mesti berderet-deret serupa dari satu blog ke satu blog yang lain. Itu kita belum cerita cara penulisan dan pengolahan tatabahasa si penulis blog.

Senang cerita, anda hanya perlu jadi diri anda sendiri. Kalau berpura-pura ini kelak ia menjadi senjata makan tuan.

Klik untuk dibesarkan.

Klik untuk dibesarkan.

Klik untuk dibesarkan.

Klik untuk dibesarkan.

Klik untuk dibesarkan.

Klik untuk dibesarkan.

0 comments: