Bantuan Kerajaan PR kpd sekolah agama rakyat di Pulau Pinang

|

Salam...
Puak-puak UMNO berkata, pelbagai peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini sudah mula menunjukkan wajah sebenar Kerajaan Negeri yang kononnya berjiwa rakyat dan memperjuangkan hak sama rata tanpa membezakan agama dan bangsa.

Depa kata lagi , tindak tanduk Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang melukai hati dan mengguris perasaan orang Islam di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat itu.

Siapa yang terguris teruk, melukai hati dan mengguris perasaan adalah golongan paksi UMNO/BN.....

Siapa lebih bagus kerajaan Barisan Nasional atau kerajaan Pakatan Rakyat dalam membela nasib Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang....NGO Paksi Umno/Bn tolong jawab.....

Senaraikan sekolah-sekolah dan berapakah peruntukan 2009..

Saya dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang adalah anggota Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan agama (MMK) dibawah portfolio hal ehwal agama Islam Pulau Pinang... Baru-baru ini dalam mesyuarat terakhir minggu lalu .. telah diluluskan pembahagian wang sebanyak RM 1.71 Juta kepada sekolah agama rakyat Pulau Pinang..

Maklumat adalah seperti berikut...

Bil. Jenis Sekolah Bilangan (buah) Peruntukan (RM)

1. Sekolah Agama Rakyat 17 1,500,000.00
Peruntukan yang diluluskan telah pun diagihkan kepada Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang.
BIL SEKOLAH PERUNTUKAN (RM)
(i) Maahad Al lhsaniah (Manhal) 55,000.00
(ii) Institut Pengajian Ar-Razi 55,000.00
(iii) SABK Khairiah Islamiah 27,000.00
(iv) SABK Al Masriah 23,000.00
(v) SABK Wah Jah 11,000.00
(vi) SABK Faqiyah Daimiah 13,000.00
(vii) SABK AL Ahmadiah Al Ijtimaiyyah 13,000.00
(viii) SABK Daeratul Maaratul Wataniah I 44,000.00
(ix) SABK Daeratul Maarifil Wataniah II 13,000.00
(x) SABK Al Mashoor Islami 15,000.00
(xi) SABK SRATI 13,000.00
(xii) SABK Al Iman An Nawawi 13,000.00
(xiii) Sek. Men Islam Ad Diniah 180,000.00
(xiv) Madrasah Manabiul Ulum 210,000.00
(xv) Madrasah Al Irsyad Al Asyraf Al Wataniah 210,000.00
(xvi) Sek. Tahfiz Al-Islah (STAIL) 125,000.00
(xvii) Madrasah Al Aminiah 480,000.00

Jadi tak timbul ... Kerajaan Negeri hari ini meminggirkan sekolah agama malah lebih banyak lagi peruntukan yang telah dikeluarkan pada tahun ini berbanding pada zaman BN dahulu...

So .. bercakap biar berdalil... Wassalam... - Blog SEBUTIR PASIR DI BELAKANG TABIR -

0 comments: