Bala Zookifli Noordin terkena kat rakyat Kulim

|

Penduduk Kulim/Bandar Baharu Diminta Awasi Denggi
KULIM, 25 Feb (Bernama) -- Penduduk di Kulim/Bandar Baharu diminta supaya membersihkan tempat pembiakan nyamuk aedes berikutan beberapa kes demam denggi dilaporkan berlaku di daerah itu sejak seminggu lepas.

Terbaru, dua mangsa dari sebuah taman perumahan di Kulim dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengidap demam denggi.

Pengarah Hospital Kulim, Dr Asmayani Abdul Khalid berkata kedua-dua pengidap itu kini berada dalam keadaan stabil.

Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Rahman Ahmad menasihati penduduk supaya memastikan kawasan tempat tinggal mereka sentiasa bersih dari tempat pembiakan nyamuk.

"Dalam keadaan cuaca panas sekarang, nyamuk aedes turut membiak," katanya. -- BERNAMA

0 comments: