Awang Adek bodoh, rakyat Kelantan cerdik bayar zakat+tolak cukai

|

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pada sabtu lalu kutipan cukai langsung dan tidak langsung Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Kelantan adalah yang paling rendah di negara ini berbanding negeri lain.

Menurut beliau lagi ia adalah kerana kerajaan negeri gagal menjana kegiatan ekonomi termasuk mewujudkan kawasan pertumbuhan baru walaupun kerajaan Persekutuan banyak membantu mengenainya.

"Kerajaan negeri juga gagal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan menarik pelabur menanam modal menerusi pembukaan kilang," katanya.

Beliau berkata, sebagai contoh kutipan cukai langsung pada tahun 2008 Kelantan hanya dapat menyumbang RM214 juta berbanding Negeri Sembilan RM589 juta, Melaka (RM734 juta), Kedah (RM563 juta), Terengganu (RM328 juta), Pulau Pinang (RM3.2 bilion), Selangor (RM3.8 bilion), Sarawak (RM2.8 bilion) dan Sabah (RM3 bilion).

Bagi cukai tidak langsung pada tahun yang sama, Kelantan hanya menyumbang RM34 juta berbanding Wilayah Persekutuan RM9.3 bilion, Selangor RM9 bilion,Johor RM1.6 bilion, Melaka RM1.3 bilion, Sarawak RM1.5 bilion, Negeri Sembilan RM722 juta, Kedah RM427 juta, Pahang RM594 juta, Trengganu RM1.2 bilion dan Perak RM107 juta.

0 comments: