Ahli Parlimen UMNO Malaysia sepatutnya malu dgn kawan2 Australia

|

LEBIH 50 MP AUSTRALIA MAHU KERAJAAN GUGUR TUDUHAN LIWAT ANWAR - malayisianinsider
Lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim.

Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan.

Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad, semalam.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

0 comments: