Zambry juga mencuri masa depan anak2 Maahad Tahfiz

|

Majlis Perasmian dan Pelancaran Tabung Pembangunan

Pada 04 Muharram 1430H, bersamaan dgn 1 Januari 2009, Maahad Tahfiz Al-Qur'an dan Hadith Al-Ansori telah dirasmikan oleh wakil MB Perak iaitu Pegawai Khas 3 nya, En Mohamad K.Y. Tiang Abdullah. Pada Majlis yang sama juga dilancarkan Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Ansori untuk membiayai program pembangunannya di masa depan.


Majlis perasmian ini bermula dgn Bacaan Surah Yaasiin, Tahlil dan Doa yg diketuai oleh Ust Ibrahim salah seorang bapa murid tetap Maahad sendiri. Selesai jamuan ringan, Majlis diperdengarkan dgn bacaan Surah pilihan oleh 3 orang Pelajar Maahad iaitu Adik Muhammad Zikri - 6 tahun, Adik Ibrahim Ghazali, 8 tahun dan Hafizah Adik Nuramira 13 tahun. Pada usianya 6 tahun, adik zikri telahpun menghafaz 2 juzuk al-Qur'an manakala adik Ibrahim Bin Ghazali pula sebanyak 17 Juzuk.



Setelah selesai menikmati jamuan ringan yg disediakan, tibalah masanya untuk tuan Pengerusi Maahad, Al-Fadhil Ust Ahmad Muzammil Bin Mohamad Shapawi untuk menyampaikan ucapan alu aluannya dalam majlis ini.

Pengerusi dalam Ucapan pembukaannya mengucapkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T. yang telah mengizinkan Maahad ini berjalan dengan lancar. Beliau juga memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada para ibubapa pelajar dan hadirin untuk bersama-sama mendidik anak-anak mengenali dan menjiwai Al_Qur'an dalam kehidupan seharian. Beliau juga memberitahu bahawa cabaran dalam menguruskan Maahad Tahfiz adalah lebih besar berbanding dengan institusi keagamaan lainnya.

Juga tidak ketinggalan katanya cabaran dan ujian itu akan terkena kepada ibubapa, para guru, pengurusan dan setiap peringkat yg terbabit dalam urusan ini. Oleh itu pesannya, hendaklah kita banyak banyak memohon kekuatan dari ALLAH S.W.T. agar tetap tabah dan beristiqomah dalam perjuangan Maahad Tahfiz ini.


Pengerusi juga menyentuh tentang program pembangunan Maahad ini. Di antara program pembangunannya secara ringkas ialah untuk membeli Satu Unit rumah di sebelah rumah sewaan sekarang ini yg mana ianya kini dalam tawaran untuk dijual. Nilaian kos adalah sebanyak RM250,000 termasuk kos penyelenggaraan.

Rancangan kedua ialah untuk membeli tanah kosong disebelah kanan bangunan Maahad sekarang untuk dijadikan tapak Surau Maahad.

Pihak Maahad juga berharap supaya tuanpunya bangunan sewaan sekarang ini bersetuju untuk menjual terus bangunaan sewaan Maahad sekarang kepada pihak Maahad Tahfiz Al-Ansori. Kedudukan hartanah ini yg berada di kiri dan kanan sekiranya berjaya diperolehi mampu menaikkan taraf Maahad sekaligus mampu untuk menampung lebih ramai pelajar dan pengajar di masa hadapan insyaALLAH.

Wakil MB Perak, Encik Mohamad K.Y. Tiang Abdullah dalam ucapan perasmiannya mengalu alukan penubuhan Maahad ini. Beliau menyampaikan salam Y.A.B MB Perak Datuk Seri Ir Hj Mohd Nizar Bin Jamaluddin yang tidak dapat hadir kerana beliau sudah mempunyai program lain terlebih dahulu yang terpaksa dihadiri oleh beliau. Seterusnya, En Muhammad K.Y. Tiang menyampaikan bahawa pihak Kerajaan Negeri sedia untuk memberikan sokongan dan bantuan untuk sama-sama menjayakan Maahad ini dan mana mana Institusi Keagamaan di Negeri Perak ini.

Dalam ucapannya lagi beliau menyentuh tentang tanggungjawab terhadap agama ini adalah tanggungjawab bersama setiap lapisan masyarakat tak kira apa bangsa atau kaum sekalipun. Ini adalah kerana setiap umat Islam itu adalah bersaudara dan setiap perkara yg baik dan menjadi Perintah ALLAH S.W.T. hendaklah kita bersama-sama melaksanakannya.

Aturcara terakhir Majlis adalah penyampaian sijil kepada pelajar pelajar tahfiz seramai 55 orang (termasuk yang telah bertukar ke tempat lain) dan pelajar-pelajar yang mengikuti Program Cuti Sekolah seramai 50 orang.

Majlis bersurai pada jam 12.05 minit tengahari bersama harapan setiap hadirin agar segala apa yg dirancangkan untuk kemajuan Maahad akan mendapat keberkatan dan keizinan dari ALLAH S.W.T. Semoga Maahad akan terus maju dan mengeluarkan para huffaz untuk meneruskan kesinambungan kitab ALLAH dan sunnah rasul di muka bumi ini.

Setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH dengan kelancaran majlis ini. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yg sudi hadir ke majlis yang tak seberapa ini. Antara tetamu yang hadir ialah para Ibubapa pelajar yang datang dari dekat dan jauh, pihak JKKK, anak-anak Yatim dari Rumah Anak Yatim Jasa (jiran kami), para ustaz dan imam, penduduk setempat dan semua yang sudi hadir.

Terima kasih kepada petugas petugas RELA yang membantu menjaga lalulintas sepanjang majlis berlangsung. Pihak Masjid Ittihadiah, Kampung Tg Hussein, pihak Jabatan Agama yang meminjamkan kami pengacara majlis serta peralatan pembesar suara (P.A. System), JKKK, dan orang perseorangan lainnya yang sudi memberikan bantuan peralatan mahupun sokongan dan khidmat dalam menjayakan majlis ini. Semoga ALLAH mengirakannya sebagai amal jariah yg berkekalan di akhirat kelak. Amiiin..






0 comments: