Yang ni pembangunan kat mana Pak Din, belakang kubur ka?

|

Tune Hotels.com jadi mercu tanda

KOTA BHARU - Projek pembinaan hotel lima bintang Tune Hotels.com membabitkan pelaburan RM20 juta di Jalan Hamzah di sini dijangka menjadi mercu tanda baru bandar ini berikutan keunikan seni bina Islam yang diketengahkannya.

Ketua Eksekutif Kumpulan Tune Hotels.com, Mark Lankester berkata, hotel setinggi 10 tingkat dengan 150 bilik itu turut menempatkan beberapa lot kedai.

Menurutnya, rangkaian pertama hotel berkenaan di Pantai Timur itu dianggap paling strategik berikutan kedudukannya di pusat bandar.

"Jika kita lihat di sini terlalu banyak keunikan untuk dipromosikan terutama kepada pelancong serta rakyat Kelantan yang tinggal di luar negeri.

"Ini adalah lokasi strategik yang kami pilih sebagai permulaan untuk meluaskan lagi empayar perniagaan kami di Pantai Timur," katanya.

0 comments: