Wira Ah Long kasi habuan kpd pembekal papan elektronik

|

PUTRAJAYA: "Kini Ah Long susah sikit nak cari makan," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

"Kementerian akan memastikan kegiatan haram ini berjaya dikekang dan dihapuskan sehingga ke akar umbi," katanya kepada pemberita di sini bagi menjelaskan tindakan yang diambil oleh kerajaan sepajang tahun lepas dalam membanteras kegiatan Ah Long.

Abu Seman berkata antara tindakan yang diambil ialah membatalkan 6,163 talian telefon yang diiklankan oleh Ah Long, menurunkan poster dan iklan mereka selain mengadakan ceramah, dialog dan pameran mengenai gejala itu.

Katanya papan digital elektronik akan digunakan di seluruh negara bagi menayangkan gambar-gambar ngeri penyeksaan Ah Long terhadap peminjam yang gagal membayar hutang. - Bernama

0 comments: