UMNO akan guna duit Sani Express untuk bayar gereja

|

PUTRAJAYA - Denda maksimum sehingga RM500,000.

Itu perkembangan terkini mengenai hukuman berat yang bakal diterima oleh pengusaha bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga menyebabkan kematian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, hukuman itu adalah antara cadangan pindaan terhadap Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987.

Bagaimanapan, kata beliau, perkara itu akan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu untuk diteliti.

Kata beliau, berbanding kini, berdasarkan peruntukan Akta LPKP 1987, denda maksimum yang boleh dikenakan kepada pemandu dan pengusaha bas ekspres adalah RM300 sahaja.

"Apa yang kita mahu adalah denda maksimum mungkin hingga RM500,000, namun ia bergantung kepada tahap serius kemalangan yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan LPKP di sini semalam.

0 comments: