Ulasan bernas Ustaz Nasrudin Tantawi tentang kalimah Allah

|

Asalnya, agama Kristian (Nasara), Yahudi dan Islam berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah swt. Tuhan yang satu dan Tuhan yang Maha Esa . Inilah jua yang termaktub di dalam Taurat dan Injil.

Namun Taurat dan Injil yang asal telah dipinda oleh para paderi dan pendita Yahudi sejak lama dulu sehingga menghasilkan Injil Barnaba, Injil Matthew dan sebagainya. Semenjak itu mereka menyengutukan (mensyirikkan) Allah swt Tuhan yang Maha Esa dengan menganggap ada Tuhan lain selain Allah seperti Tuhan anak, Tuhan bapa dan Tuhan ibu.

Konsep ketuhanan yang sedemikian adalah sangat bercanggah dengan Islam. Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Esa. Tuhan yang Satu dan tiada Tuhan yang lain selain Allah yang layak disembah.

Sikap saya jelas. Jika mereka guna kalimah Allah secara salah pasti mereka akan berdepan dengan penentangan dan kemarahan ummat Islam yang tidak rela Allah swt dipersenda dan diperlekehkan. Tetapi jika mereka menggunakan kalimah Allah dengan betul dan benar seperti menyebut bahawa Allah adalah Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Allah adalah Tuhan yang mencipta manusia, Allah adalah Tuhan yang memberi rezeki dan seumpamanya, maka itu tidak mengapa dan saya boleh bersetuju sekalipun yang melafazkan itu bukan muslim. - Baca lagi di sini

0 comments: