Taktik UMNO jadi hero sambil tenggelamkan isu enjin F-5E

|

Artikel menarik dari blog Kerajaan Rakyat

Demi survival politik, nama 'Allah' di gunakan untuk mendapat sokongan. Mudah saja untuk mendapat kembali sokongan orang melayu yang semakin nipis.

Dapatkan Hakim yang dapat memberikan kemenangan kepada pihak yang menuntut pada mulanya, kemudian bawa kes ini ke Mahkamah Rayuan dan beri kemenangan kepada rayuan yang dibuat, dan UMNO akan kelihatan seperti Hero kepada orang melayu dan secara langsung sokongan orang melayu akan kembali menyebelahi UMNO kerana UMNO telah menjadi Hero memperjuangkan nasib umat Islam di Malaysia ini. Inilah trend yang dilakukan oleh UMNO untuk mendapatkan survival politik yang semakin sampai ke penghujungnya.

Inilah trik politik yang diamalkan oleh UMNO apabila desprado selama lebih 50 tahun untuk menawan kembali hati orang Melayu, kerana mereka tahu, kalau sebut pasal Islam di cemari oleh lain agama, orang Islam yang tengah tunggang Arak kat kedai arak pun akan cuba mempertahankan kesucian agamanya, turut sama menyinting lengan untuk mempertahankan kalimah 'Allah'.

Titipan di atas adalah 'Bicara Minda' seorang pengulas yang menggunakan nama samarannya sebagai - anturaya. Ringkas tetapi padat dan berisi titipannya. Terima kasih Anturaya. (Saya cadangkan saudara ubah nama samaran kepada yang lebih sesuai)

0 comments: