Toyol UMNO: Bila orang tak peduli terpaksa cari publisiti

|

Khir: Gereja Katolik jadi alat politik menekan BN menjelang PRU-13
Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 14 — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo mendakwa gereja Katolik, yang menjadi perhatian ekoran isu kontroversi kalimah “Allah”, kini diperalatkan oleh parti-parti politik tertentu untuk tujuan memberi tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu kata Dr Khir, beliau berharap pihak gereja Katolik tidak terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan tertentu sehingga seolah-olah bertindak “dengar guruh di langit, air dalam tempayan dicurahkan”.

Hari ini sebuah gereja katolik iaitu St Elizabeth di Jalan Kota Kecil, Kota Tinggi dilempar cat merah yang dipercayai berlaku awal hari ini, antara pukul 6 hingga 7 pagi tadi dan dilakukan oleh lebih daripada dua individu.

0 comments: