Terbakar hati ana bila lihat keadaan DS Nizar - bekas pegawai khas

|

Kenapa terlalu bodoh membiarkan DS Nizar memandu kereta berseorangan? Kenapa orang kelilingnya tidak ambil peduli keselamatan beliau? Ini bukan kali pertama beliau memandu berseorangan. Pernah DS Nizar memandu pulang bersendirian pada waktu malam selepas menjalankan tugas wakil rakyat di Bukit Gantang.

Ana yang pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Gantang begitu terkilan dengan musibah ini. Pernah ana suarakan isu keselamatan ini kepada Pegawai Khas yang lebih senior tapi dia menjawab "Ahh... tak payah". Itulah sikap bodoh sombong kita.

Pesuruhjaya PAS Perak WAJIB keluarkan arahan supaya semua wakil rakyat PAS mesti diiringi oleh sekurang-kurangnya seorang pemandu ketika keluar atas apa saja urusan.

1 comments:

wak-labu said...

laju sangat kut...