Rosmah Mansor join urusan struktur bayaran tol, PERGH!

|

SUBANG JAYA - Pengguna lebuh raya di negara ini boleh mengharapkan berita gembira termasuk kemungkinan penurunan kadar tol apabila penstrukturan semula pakej tol diumumkan kerajaan tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mengikut perancangan, satu kadar tol yang lebih munasabah akan diperkenalkan di bawah penstrukturan semula itu.

"Penstrukturan semula kini dalam peringkat akhir dan mengikut prinsip (pakej baru itu) akan memberi kepuasan kepada pelanggan," katanya semasa berucap merasmikan bangunan ibu pejabat baru syarikat PLUS Expressways Berhad (PLUS), Persada PLUS di sini semalam.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shahziman Abu Mansor.

Tambah Najib, selain perubahan dari segi kadar tol, penstrukturan terbaru itu juga mengambil kira aspek dan tanggungjawab syarikat pemegang konsesi untuk memastikan lebuh raya di bawah kendalian mereka tidak mengalami kesesakan.

1 comments:

JKR Sessi 15 said...
This comment has been removed by the author.