Plaza Kroni yang tak siap2, bukannya Plaza Rakyat

|


TERBENGKALAI... Projek Plaza Rakyat bersebelahan Hentian Pudu Raya, Kuala Lumpur masih belum dapat disiapkan sedangkan projek itu penting sebagai pusat pengangkutan awam bersepadu.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengeluarkan notis amaran kepada kontraktor projek pembinaan Plaza Rakyat agar meneruskan projek tersebut seawal-awalnya minggu depan dan jika ingkar, tender akan ditarik balik.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, notis itu akan diberikan kepada kontraktor dalam masa seminggu dua ini agar mereka meneruskan kerja-kerja pembinaan.

"Dan jika dalam masa dua bulan lagi tiada apa-apa kemajuan di situ (Plaza Rakyat) maka tender kontraktor akan ditamatkan dan kita akan buka tender baru," tegasnya.

2 comments:

محمّد سيف الله بن عمر said...

Yang tujuh panggung wayang tu bagus juga tak siap.

silver said...

patut la Allah tak kasi siap, tak habis2 buat tempat maksiat