Nak cari pengganti bomoh fotostat boleh pergi ke Ipoh, Perak

|

nizar n zambry IPOH – Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan usaha-yang dilakukan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam mengurustadbir Negeri Perak.

Ini kerana apa yang beliau laksanakan sudah diterjemahkan semasa pimpinan Menteri Besar yang sah, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak.

Pemangku Ketua DPPN Pk, Mohd Nur Amin berkata, semasa pimpinan Nizar, perkara ini telah menjadi agenda bagi menguruskan permasalahan Orang Asli.

Kerajaan negeri ketika itu telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kehidupan Sosial Masyarakat Orang Asli yang telah diketuai oleh Exco Kanan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air serta Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurutnya, “kami melihat Zambry tersepit dengan tindakannya bagi mengembalikan keyakinan rakyat Negeri Perak terhadap Umno- Barisan Nasional (BN).

“Rakyat tentu dapat menghidu pembohongan Zambry yang sebenarnya tidak mencetuskan sebarang perubahan kecuali mengiktiraf dan meniru cara pemerintahan dan kepimpinan Nizar. Saya yakin rakyat Perak akan menolak kepimpinan Zambry dalam pilihanraya yang akan datang.”

“Sepanjang 11 bulan di bawah pentadbiran PR, nilai pelaburan tercatat ialah sebanyak RM770 juta pada tahun 2008 berbanding dengan kerajaan BN tahun 2009 hanya mendapat RM608.66 juta,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, di sini semalam.

Beliau berkata, pelaburan menjadi susut ekoran rampasan kuasa pada awal Februari 2009 menyebabkan pelabur tidak berani untuk melabur kerana kerajaan negeri yang ada tidak kukuh.

“Dengan suasana yang rakyat boleh lihat sekarang ialah ketidakmampuan pentadbiran Zambry untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negeri Perak di samping keangkuhan beliau membelakangi mandat dan kepentingan rakyat, hanya untuk mempertahankan kuasa kudeta yang diperolehi secara tidak demokratik,” katanya.

Muhd Nur mengulas kenyataan Zambry yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa orang asli hasil mesyuarat exco, kelmarin.

Dalam kenyataan berkenaan, Zambry menyatakan tujuan penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk memperkasakan orang Asli serta membangunkan segala prasarana yang diperlukan oleh golongan ini.

0 comments: