Mat Sabu: Indeks rasuah di bawah 4 Perdana Menteri UMNO

|

Malaysia pula, juga sebuah negara yang cukup terkenal disudut memerangi rasuah terutamanya dizaman Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Waktu itu Malaysia hanya menduduki lebih kurang tempat ke 20 didalam senarai rasuah, waktu itu juga Malaysia mempunyai kakitangan yang cukup cekap dan berwibawa didalam menjalankan tugas menentang rasuah.

Gejala rasuah mula meningkat dizaman Tun Dr.Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang ke 4. Indek rasuah diMalaysia yang hanya menduduki kedudukan tempat ke 25 ketika beliau mula menjadi Perdana Menteri, mula meningkat ketangga ke 40 setelah lebih 20 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Indek rasuah terus meningkat semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri walaupun Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah dinaikkan tarafnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Semasa beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri indek rasuah dinegara kita sudah menduduki tempat ke 47.

Manakala Perdana Menteri sekarang Najib Tun A. Razak, setelah setahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri indek rasuah diMalaysia terus meningkat ketempat ke 56 dan ianya sudah setaraf dengan negara-negara Afrika seperti Zimbagwe, Kenya, Nigeria dan sebagainya.

Keadaan ini telah mengakibatkan negara kita terus mundur, wang negara kita terus bocor berpunca dari amalan rasuah yang berlaku setiap tahun, tahun lepas sahaja satu kajian antarabangsa yang dibuat mengatakan wang negara kita yang bocor telah mencecah 28 billion. Satu jumlah yang cukup untuk setiap rakyat Malaysia belajar dari sekolah tadika hingga ke Universiti, juga cukup untuk menanggung belanja perubatan dihospital untuk seluruh rakyat Malaysia.

(Hj. Mohamad b. Sabu – Kg. Tasek, Ipoh, Perak 8/1/2010)

0 comments: