Mahu Kekal Sihat? Jangan Berhutang – Pesan Datuk Aziz Satar

|

Mahu Kekal Sihat? Jangan Berhutang – Pesan Datuk Aziz Satar


(Sumber Gambar: Dato’ Aziz Satar oleh baliomegatron)

Tahun 2010, genap usia pelakon legenda ini 85 tahun. Namun, beliau kekal sihat & aktif. Apa rahsianya?

Membaca satu tulisan media berkenaan gaya hidup Aziz Satar buat kami rasa kagum dengan falsafah yang di’pegang.

Walaupun bergelar Datuk dan mempunyai status sebagai pelakon zaman P.Ramlee, Aziz Satar masih mengamalkan gaya hidup sederhana.

Ketika ini, beliau masih duduk dalam rumah sewa yang selesa dengan kadar RM124 sebulan. Cukup untuk beliau & isteri barunya tinggal berdua.

Selain menjaga pemakanan & kerap melakukan aktiviti fizikal ringan, Aziz Satar juga berkongsi satu petua untuk kekal sihat & gembira.

Jangan berhutang. Aziz Satar masih memakai kereta yang di’miliki sejak 18 tahun lalu & kereta itu juga di’beli secara tunai.

Menurut Aziz Satar, orang kaya yang sebenar adalah mereka yang tidak berhutang dengan sesiapa.

0 comments: