Kes bunuh sesama UMNO

|

Pembunuhan Datuk Mohamad Taha Talib
Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan. Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di rumahnya di Jalan 16/6, Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman (46 tahun - ketua kampung), Nordin Johan (33 tahun - peniaga), Aziz Abdullah (65 tahun, kerja sendiri, PJK) dan Aziz Tumpuk.

Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh , Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi , 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di rumahnya di Jalan 16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982. Puncanya kedua-dua mereka adalah musuh politik dalam UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing berebut jawatan .[1]

Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman ( 46 tahun - ketua kampung ), Nordin Johan ( 33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah ( 65 tahun , kerja sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk. Walaupun bagaimanapun penyokong Mokhtar Hashim dibebaskan.

Perbicaraan selama 75 hari pada 1983 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 6 Mac 1983 Hakim Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ( biasanya 20 tahun sahaja, bukan dipenjara sampai mati ).

Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Dato Abu Zahar Ujang. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang menyiasat kes itu ialah Musa Hassan. [2]

Tidak ada saksi yang nampak Moktar Hashim di ladang kebun getah , pada waktu bulan mengambang. Tetapi pistol dan peluru yang menjalani ujian balistik jelas menunjukkan ia milik Mokhtar Hashim. Kebanyakan ahli parlimen menyimpan pistol mereka demi keselamatan peribadi.

Selepas perbicaraan selama 75 hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hakim Hashim Yeop Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (biasanya 20 tahun) kepada Datuk Mokhtar Hashim.

0 comments: