Kenapa Perlu Solat?

|

As-Solah
Assalamualaikum w.b.t.

Solat adalah merupakan satu arahan ALLAH yang penting dan Nabi s.a.w. mengambilnya secara terus dari ALLAH S.W.T. tanpa perantaraan Jibril a.s.

Dari segi istilah bahasa, Solat ialah Do’a. Dari istilah Fiqh, ialah tiap tiap perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu.

Solat telah mula difardhukan kepada umat Islam setahun sebelum Hijrah iaitu ketika malam Isra’ Mi’raj Nabi s.a.w.

Kenapa Perlu Solat?
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah:43)


وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah:110)

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
“..Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang ditentukan pada waktunya ke atas orang-orang yang beriman..” An-Nisaa:103

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Islam itu didirikan di atas lima asas, mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan." (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa meninggalkan solat Fardhu dengan sengaja, maka dia telah terlepas dari jaminan ALLAH" (Riwayat Imam Ahmad)


Kalau Solat Diabaikan

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta…” (Thoha:124)


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (٤٣) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
“Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Saqar (Neraka), mereka menjawab: “Kami dahulu bukan dalam golongan orang yang solat.” (Al-Muddathir:42:43)

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
“Kemudian mereka digantikan dengan keturunan yang mencuaikan Solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan menghadapi azab” (dalam Neraka) (Maryam:59)

Mafhum Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bahawasanya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabatnya, adakah kamu percaya bahawa kekotoran masih melekat pada tubuh seseorang yang lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di hadapan rumahnya?” Lalu baginda bersabda: Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan rahmat ALLAH ia dapat menghapuskan segala dosa.” (Muttafaq Alaih)

Mafhum hadith:
“Amalan yang mula-mula diperhitung daripada seorang hamba pada hari Kiamat ialah SOLAT, jika solatnya itu baik, maka baiklah seluruh amalannya. Sebaliknya jika solatnya itu buruk, maka buruklah seluruh amalannya.” (At-Tobrani)

0 comments: