Keluar hopital DS Nizar terus 'terbang' jumpa rakyat

|

Selepas keluar Hospital Dato' Seri Nizar kembali ke pentas ceramah


Bidor, 10 Jan 2010 - Dato Seri Nizar yang baru sahaja dibenarkan pulang oleh pihak Hospital pagi ini telah pun kembali kepada rutinnya iaitu kembali bertemu rakyat diseluruh Negeri Perak.Beliau telah menghadiri satu majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat Perak yang bertempat di Bidor yang mana sejumlah lebi dari 500 orang telah hadir bagi menunggu dan melihat pemimpin kesayangan mereka ini.

Beliau yang tiba sekitar jam 10.00 malam disambut dengan pasukan gendang India dan laungan rakyat yang menyokong beliau.Kesemua mereka merasa teruja dengan kehadiran Dato Seri Nizar yang mana sepertimana semua tahu yang beliau telah terlibat dengan kemalangan pada hari Khamis yang lalu dan hari ini rakyat yang hadir bersyukur kerana dapat melihat beliau seperti biasa.Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Yb Gobin dan juga beberapa pimpinan yang lain.

Selepas itu Dato Seri menghadirkan diri pula ke Majlis ceramah anjuran Keadilan di Taman Raia di S.Pulai yang mana ia dihadiri oleh yb Lee kang,Yb Chan Ming Kai,Yb Dr Lee Boon Chai dan Ust Misbah.Ia dibuat di perkarangan markaz Pas selepas permit ceramah terbabit dibatalkan hari jumaat yang lalu.

Walaupun 4 hari berehat di Hospital dan mengalami kecederaan Pemimpin Kesayangan Rakyat ini tidak pernah mengeluh dan mengenal erti penat dan sakit.Beliau hadir juga undangan yang melibatkan rakyat yang bagi beliau ia tidak mahu menghampakan rakyat yang sememangnya menanti kehadiran beliau disetiap program.Lagi Gambar...

0 comments: