Kalau kamu tolak hudud, Allah boleh potong tangan & kaki kamu

|

Doktor potong ratusan kaki, tangan mangsa gempa
PARIS - Beberapa pasukan doktor Perancis yang merawat mangsa-mangsa gempa bumi di Haiti semalam menyatakan mereka tidak pernah melihat begitu ramai orang mengalami kecederaan serius selain terpaksa melakukan beratus-ratus pembedahan memotong anggota badan.

Kumpulan doktor yang dikenali sebagai Medecins Sans Frontieres (MSF) atau Doktor Tanpa Sempadan menyatakan orang ramai bersesak-sesak tiba sebaik sahaja mereka membuka sebuah hospital kecemasan di Carrefour, sebuah daerah miskin di bandar Leogane.

"Pesakit-pesakit tiba dengan dibawa menggunakan kereta sorong atau dikendong oleh sejumlah lelaki.

"Terdapat beberapa hospital di kawasan ini tetapi dibelenggu masalah kekurangan kakitangan, ubat dan peralatan," kata seorang pegawai perubatan MSF.

Sebuah lagi pasukan doktor Perancis dari pertubuhan Medecins du Monde (MDM) memberitahu, mereka terpaksa memotong kaki dan tangan beratus-ratus mangsa yang cedera dalam gempa bumi pada Selasa lepas itu.

"Kami meramal akan melakukan 400 pembedahan dalam masa beberapa hari lagi.

"Kami bekerja dalam suasana tanpa bekalan elektrik atau rangkaian telefon," kata seorang pegawainya. - AFP

0 comments: