Kalau aku ada kuasa aku akan kerat 'anu' Hisham. SIAL!

|

Mahkamah malam akan diwujudkan
PUTRAJAYA- Kerajaan akan mewujudkan mahkamah malam bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes jenayah terutama jenayah jalanan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kerja awal untuk merealisasikan perkara itu telahpun dimulakan yang melibatkan kerjasama antara polis, Pejabat Peguam Negara sebagai pihak pendakwa dan hakim.

Katanya, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.

"Kita tidak mahu, contohnya, peragut yang kita tangkap hari ini tapi tiada pendakwa untuk dibawa ke mahkamah dan mahkamah tiada masa untuk mendengarnya dan akhirnya kes ini akan dibicarakan setahun dua selepas itu dan pada masa itu ia tidak membawa makna, dan mungkin peragut itu yang dibebaskan atas jaminan telahpun melakukan tiga atau empat lagi jenayah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya sama ada mahkamah yang ditubuhkan nanti akan beroperasi seperti mahkamah biasa, Hishammuddin berkata ia bergantung kepada logistik dan kapasiti mahkamah dan hanya Ketua Hakim Negara boleh memberikan nasihat mengenainya. - Bernama

0 comments: