Hebatnya Nuramirah, apakah kita peduli?

|

... anak anak pasangan ini mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan menghafaz al-Qur'an. Terutamanya Nuramirah yang baru berumur 10 tahun ketika itu sudah pun menghafaz 30 juzuk al-qur'an dalam dadanya. Beritanya yg tersiar dalam akhbar dan majalah I keluaran 2006.

Beliau yg mula diajar tajwid pada umur 4 tahun dan mula diajar membaca Al-Qur'an ketika berumur 5 tahun dan berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Qur'an dalam masa 2 tahun selepas itu.


Beliau telah berjaya mendapat tempat kedua (naib Johan) dalam pertandingan menghafaz Al-Qur'an Peringkat Negeri Perak. Beliau ketika itu adalah merupakan peserta termuda yang mana peserta lainnya berusia antara 15 hingga 20 tahun.

Sehubungan dengan itu, Maahad (masih belum ditubuhkan ketika itu) mula mendapat perhatian orang ramai, para pelajar semakin bertambah sehingga mencecah bilangan pelajar seramai 40 orang secara tetap. Disamping itu, terdapat pelajar yg datang belajar pada waktu malam iaitu seramai 50 orang pada satu-satu masa.

Pihak Maahad juga mengambil peluang untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sekolah ketika musim cuti sekolah dengan mengadakan Program Cuti Sekolah. Pada ketika ini, pada pelajar yg bercuti akan tinggal bersama secara sepenuh masa mengikuti program pembelajaran Al-Qur'an sepanjang tempoh cuti sekolah mereka. Ini memberikan peluang pada mereka untuk mengenali dan merasai akan cabaran dan cara hidup para pelahjar hafiz ini. Juga tidak secara langsung mudah mudahan menerbitkan rasa keazaman untuk menjadi seorang hafiz di kalangan para pelajar ini insyaALLAH.

Sehubungan dengan ini, sehingga kini iaitu setelah 2 tahun program pendidikan hafazan dijalankan dan setelah 10 tahun pengajian Al-Qur'an dijalankan utk anak anak sekitar kariah dan kampung, keperluan untuk menubuhkan sebuat organisasi yg tersusun dan kukuh mula timbul. Kawasan pengajian juga semakin sempit dan kurang sesuai dengan bilangan pelajar yg semakin bertambah. Atas dasar membantu agama, tak sampai di hati pasangan ini untuk menolak harapan para ibubapa yg menghantar anak mereka untuk belajar sepenuh masa sebagai pelajar Hafiz... ruang semakin sendat.

Justeru itu, akhirnya sebuah jawatankuasa telah dibentuk dan dalam masa yang sama juga lokasi pengajian dipindahkan ke tempat baru yang lebih luas dan sesuai untuk dijadikan sebagai pusat pengajian yang baru. Maka berpindahlah ke lokasi baru iaitu di alamat 21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh Perak. Terletak dalam linkungan 2.5 Km sahaja dari tempat asal pengajian iaitu rumah pusaka tinggalan orang tuanya Azhari. Rumah ini disewa pada kadar RM750 sebulan. Kalau sebelum ini tiada sewa yg perlu dibayar, tapi kini perbelanjaan semakin bertambah.

Senarai yang berikut adalah nama nama AJK yg telah dilantik dan bekerja untuk membantu pengasas Maahad ini memajukan perjalanan Maahad ini kelak.

Pengerusi: Ust Ahmad Muzammil Bin Mohamad Shapawi
Timb Pengerusi: Kapt (B) Azhar Bin Hashim TUDM
Mudir/Setiausaha : Ust Azhari Bin Abu Hassan
Bendahari: Tuan Haji Jamal Bin Nasir
Ahli 1 : Ust Ruwaida Bin Nurdin
Ahli 2: En Mohd Fadzil Bin Shuaib
Ahli 3 : En Kamaruddin Bin Shuaib
Ahli 4: En Omar Nek Bin Mat Rasid
Ahli 5: En Shuhaimi Bin Handan
Ahli 6: Pn Edah Binti Ibrahim

Berikut adalah sepintas lalu keratan akhbar kejayaan keluarga ini dalam mendidik anak anak mereka:



0 comments: