DS Nizar tak masuk ICU la, ramai rakyat pergi melawat

|

Terkini 10.50am: DS Nizar di masukkan ke wad
DS Nizar kini ditempatkan di wad 8C Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk direhatkan selepas mengalami kemalangan tadi. Keadaannya akan dipantau sebelum dibenarkan pulang. Kebanjiran orang ramai yang bertali arus datang ke hospital sebaik menerima berita kemalangan DS Nizar sebentar tadi juga dilihat sebagai sebab beliau dipindahkan ke wad. Antara yang bergegas mengunjunginya adalah pimpinan Pas Perak seperti Ust Misbahul Munir, Ust Nor Azli Musa, pimpinan PKR Perak seperti YB Chang Lih Kang, juga pimpinan DAP Perak seperti YB Kulasegaran dan YB Sam.

DS Nizar kemalangan

Dato Seri Nizar telah mengalami kemalangan pada pagi ini (9.20 pagi) di Jalan Raja Nazrin Shah apabila kereta yang dipandunya sendiri cuba mengelak kereta yang keluar secara tiba-tiba daripada jalan Seruan. Keretanya yang mengalami rosak teruk apabila terbalik dengan keempat-empat tayarnya keatas. Tetapi DS Nizar hanya mengalami kecederaan ringan dan luka kecil di siku kanannya dengan hanya satu jahitan. Saya masih berada bersamanya di wad pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. Beliau kelihatan ceria menyambut ketibaan kami. Berita yang mengatakan bahawa beliau dimasukkan ke wad icu adalah tidak benar sama sekali. Gambar-gambar DS Nizar akan saya postkan kemudian.

0 comments: