Dato' Seri Nizar bakal Perdana Menteri Malaysia

|

Kalau korang nak tau kenapa aku begitu marah melihat kereta DS Nizar terbalik masa kemalangan tempohari, maka inilah jawapannya...

Ketika PAS, DAP dan PKR berjaya mengumpul majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke 12 jangan kata orang UMNO, orang PAS sendiri pun tak kenal siapa dia IR HAJI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN. Aku pun tak berapa peduli sangat, hanya sekadar menjawab email dan sms dari teman-teman je tentang siapa yang akan jadi Menteri Besar Perak waktu tu.

Dalam keadaan genting itu, DS Nizar sendiri kelihatan masih belum bersedia memegang jawatan Menteri Besar Perak. Malah keempat-empat calon termasuk DS Nizar menolak jawatan tersebut. Akhirnya PAS membuat keputusan DS Nizar adalah calon yang paling layak memikul bebanan jawatan Menteri Besar Perak. Bermula dari saat itu DS Nizar mula belajar bagaimana menjadi pemimpin eksekutif tertinggi di Perak.

Pelajaran terus disambung ketika UMNO mencuri jawatan Menteri Besar Perak dengan cara yang paling bodoh. Biarpun nampak DS Nizar menjadi mangsa tetapi sebenarnya kepahitan itu adalah madu yang cukup manis buat beliau. Kerana peristiwa hitam tersebut adalah titik permulaan yang memperkenalkan DS Nizar kepada seluruh rakyat Malaysia. Nama beliau juga melonjak naik selepas dipilih menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti yang tinggi.

Malah dalam PAS sendiri populariti beliau mengatasi beberapa pemimpin utama. Ini dibuktikan ketika beliau mendapat undian tertinggi untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Jawatan Ahli Parlimen Bukit Gantang juga banyak membantu meningkatkan nama beliau. Beliau adalah seorang yang ramah dan mudah bergaul dengan rakyat. Ke mana sahaja beliau pergi rakyat tanpa mengira bangsa suka untuk bertemu dengan beliau.

Seperti yang semua orang tahu Timbalan Presiden PAS sekarang sudah semakin kurang diminati atas beberapa isu. Jadi, dalam pemilihan akan datang sudah pasti DS Nizar adalah pilihan terbaik untuk memegang jawatan tersebut. Secara automatik jawatan itu melayakkan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia secara umumnya lebih menggemari personaliti beliau untuk memegang jawatan tertinggi ini jika diberi pilihan.

Itulah sebabnya aku begitu marah kerana kita nyaris kehilangan DS Nizar dalam kemalangan yang berlaku. Syukur, Allah masih memberikan beliau peluang untuk terus bersama kita. DS Nizar adalah anugerah Allah kepada PAS dan seluruh rakyat Malaysia. Takbir!

0 comments: