Berita sedih/gembira? UMNO masih di zaman batu, tak berubah

|

Muhyiddin bidas kerajaan pembangkang tidak bawa kemajuan
MIRI 21 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu kerana gagal memajukan negeri yang ditadbir menyebabkan rakyat tidak menikmati kemajuan dalam erti kata sebenar.

Beliau berkata, hasil lawatannya ke beberapa negeri berkenaan baru-baru ini juga mendapati, mereka masih gagal untuk melaksanakan program pembangunan walaupun telah lama diberi mandat oleh rakyat.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan negeri pembangkang hanya lebih banyak berpolitik dan tidak mempunyai agenda tertentu terutamanya dalam soal membangunkan negeri mereka.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih banyak berusaha untuk membangunkan rakyat dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal politik.

``Bukan soal politik yang kita terlalu berikan perhatian walaupun tidak dinafikan politik itu penting. Kita hanya mahu dekat dan terus berdamping dengan rakyat,'' katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di sebuah hotel terkemuka di sini malam ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Timbalannya, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta para pemimpin parti komponen BN negeri.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Sarawak akan diberikan perhatian yang istimewa dalam pembangunan infrastruktur bagi tempoh tiga tahun.

Beliau menjelaskan, kerajaan telah mewujudkan `makmal' yang bertujuan mengatasi segala masalah berbangkit berhubung pembinaan kemudahan infrastruktur di negeri ini.

Malah katanya, kerajaan kini mempunyai rekod 100 peratus berhubung masalah yang dihadapi terutamanya berkaitan masalah kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih dan pembinaan jalan-jalan kampung di Sabah dan Sarawak.

0 comments: