BERITA BURUK! Belanjawan Kementerian Kesihatan kurang 40-45%

|

Kalau anda nak tau, kerajaan UMNO sekarang sudah semakin sengkek. Ini adalah maklumat yang baru diterima. Kalau tak percaya, sila tanya ketua-ketua jabatan atau pengarah di hospital-hospital milik kerajaan. Belanjawan setiap jabatan di hospital kerajaan untuk tempoh 6 bulan pertama pada tahun ini telah dikurangkan sebanyak 40-45%. Banyak tu...

Ketua-ketua jabatan sudah mula pening kerana pengurangan belanjawan ini akan menyukarkan jabatan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Ubat-ubatan, peralatan hospital, bahan-bahan mentah dan lain-lain akan berkurangan atau terpaksa dibeli barangan yang berkualiti rendah.

Dalam masa yang sama Petronas berbelanja berbilion ringgit untuk Team Silver Arrow dengan pemandu sensasi Michael Schumacher. Kalau di Brunei, sektor kesihatan Brunei dibiaya sepenuhnya oleh hasil minyak. Bagaimana pula di Malaysia? Lu pikir lah sendiri!!!

RAKYAT DIANAK-TIRIKAN, PENCAPAIAN HAMPEH DIUTAMAKAN!

1 comments:

Anak Perak said...

pendidikan pun...

http://bloganakperak.blogspot.com/2010/01/peruntukkan-pendidikan-susut-dengan.html

hmm...