Anak haram punya UMNO, Le Tour de Langkawi tak lalu Kedah!

|

KEJOHANAN Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) bukan sekadar perlumbaan tetapi turut menawarkan keindahan semula jadi yang ada di negara ini.

Peserta disajikan dengan pemandangan yang indah sambil mengerah tenaga bersaing sesama sendiri.

Atas hakikat tersebut, tidak hairan kenapa LTdL yang mula diperkenalkan sejak tahun 1996 itu terus bertapak kukuh dalam kalendar sukan negara.

Ia juga telah menjadi tarikan kepada pasukan-pasukan luar negara untuk turut serta, malah menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Selepas 15 tahun penganjurannya, LTdL turut menjadi tumpuan pasukan-pasukan terkemuka dunia dan tahun ini ia bakal menyaksikan penyertaan daripada lima pasukan profesional.

Kehadiran pasukan-pasukan hebat ini akan terus merancakkan saingan LTdL edisi ke-15 ini bersesuaian dengan status Hors yang diberikan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), setaraf dengan jelajah-jelajah utama dunia.

Tahun ini, jelajah paling berprestij itu akan kembali dengan kelainan.

Penganjurannya akan dikendalikan sendiri oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berbanding sebelum ini yang dipertanggungjawabkan kepada organisasi tertentu.

Edisi tahun ini akan bermula pada 1 hingga 7 Mac melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,001.8 kilometer.

Ia akan menjelajah tujuh negeri bermula di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor serta Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Malaysia telah berjaya meletakkan LTdL sebagai perlumbaan paling berprestij di rantau ini dan setiap tahun penganjurannya terus mendapat pengiktirafan.

“Kita seharusnya berbangga dengan pencapaian ini iaitu kejayaan menjadikan LTdL sebagai perlumbaan berkelas dunia,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim ketika melancarkan LTdL baru-baru ini.

Apa yang pasti, penganjuran LTdL telah meletakkan nama negara pada tahap tertinggi dalam peta dunia selain mencetuskan perubahan kepada sukan lumba basikal di negara ini.

0 comments: