Get ready untuk tahun baru, dengar lagu Ungu

|

Rosmah, petaka yang berpuaka

|

Dah kata dah, UMNO memang haram jadah dari dulu!

|

KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.

Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini.

Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan.

Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima.

“Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus.

Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat.

Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya.

Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.

“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Mati lah Najib, dari 'Port Dickson ke Mongolia' pulak...

|

KAJANG, 31 Dis: Zunar serta beberapa kartunisnya sedang menghasilkan sebuah buku kartun baru bertajuk 'Dari Port Dickson ke Mongolia' dan dijangka berada di pasaran pertengahan Januari 2010.

Produk baru mereka itu dihasilkan setelah dua produk sebelumnya, Gedung Kartun dan Perak Darul Kartun mendapat sambutan hebat dari masyarakat bukan sahaja di negara ini malah negara luar.

Berucap pada pelancaran buku Perak Darul Kartun peringkat negeri Selangor di stadium Kajang malam tadi, beliau memberitahu mereka akan mengeluarkan satu produk buku kartun setiap bulan bagi memenuhi tuntutan masyarakat.

"Bulan Januari ni kita tengah buat sekarang, ceritanya Dari Port Dickson ke Mongolia, adalah..siapa yang tahu..tahu lah ceritanya," katanya sinis.

Pelancaran tersebut dibuat pada 'Karnival Rakyat, Jom Halal' bersempena sambutan Jubli Perak Pas kawasan Hulu Langat yang sedang berlangsung bermula 25 Disember lalu hingga 3 Januari ini.

"Apa yang berlaku di Malaysia ini banyak sangat benda kartun contohnya, isu katak di Perak, enjin jet boleh hilang..dan kami cuma menterjemahkannya dalam bentuk ini," katanya kepada hampir satu ribu hadirin yang hadir.

Selain pelancaran Perak Darul Kartun, beberpa lagi persembahan pentas turut berlangsung malam tadi termasuk bacaan sajak oleh Piyan Habib dan nyanyian oleh Ito (Blue's Gang).

Perak Darul Kartun adalah komik terkini hasil karya terbaru Zunar bersama pasukan kartunisnya yang terdiri dari Ronasina (Mohd. Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad).Orang-orang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar).

Ianya sebagai penerbitan berterusan syarikatnya Sepakat Efektif selepas permit penerbitan Gedung Kartun ditarik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ogos lalu.

KDN juga bertindak menyerbu pejabat mereka dan berjaya merampas 408 naskhah Gedung Kartun termasuk plat percetakan.

"Mereka (KDN) boleh rampas majalah saya, buku saya, produk-produk saya, yang mereka tak boleh rampas, otak saya.

"Saya tetap akan melukis walaupun atas kertas tisu tandas," katnya ketika menceritakan kejadian rampasan pada hari ke tiga Ramadhan itu.

Perak Darul Kartun juga mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dengan harga pasaran RM10 senaskhah.

Bagaimanapun ianya hanya dijual dengan harga RM4 sempenan Karnival Rakyat berlangsung.

Turut menyumbang karya dalam komik tersebut adalah Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu.

Manakala penulis penyumbang/kolumnis ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin.

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu ianya juga memuatkan ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” dan tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.

Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.

"Kami tahu apa yang kami lukis, dan kami bukan pelukis upahan," tegasnya.

Tak payah buang masa Musa Hasan, sila jawab!

|

I am eagerly awaiting 2010 when I can start releasing the documents on corruption involving various Ministry of Defence contracts. Meanwhile, as we celebrate New Year’s Eve tonight, get a load of what the IGP has been up to in this Statutory Declaration by a Chinese underworld figure. Hey, even the crooks are calling the IGP a crook. And there is more.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

DS Nizar dikagumi, punya daya kepimpinan dan ketrampilan

|

My Personal Opinion On Datuk Seri Nizar Jamaluddin
I am not a PAS member but I must say I salute Nizar. I have the belief that due to Nizar's clean, honest and fair leadership, many non Muslim nowadays are no longer fearing an Islamic-minded and pious person like him to be their leader. Throughout his less than a year tenure as the Perak MB, Nizar has proven to the non Muslims that there is equality and fairness in Islam. A few days after the last General Election, everybody knew that even Kit Siang opposed the choice of Nizar as the MB. But I honestly believe even if Kit Siang competes with Nizar in any by-election now, he will also loose to Nizar.

I respect Hadi Awang for his indept knowledge on Islam. He is an ulamak. No doubt about that. But when come to leadership, Nizar has performed much better than Hadi Awang or even any other MB in Malaysia. An ulamak like Hadi Awang not necessarily can be a good MB like Nizar or Nik Aziz. Not all ulamaks can be great leaders, the same way not all football players can be good players in all positions given to them. Can the great Fernando Torres or Robinho be a great Goal Keeper or Centre back? Can he?

The style of Hadi Awang obviously failed to impress the non Muslim (and also majority of Terengganu Muslims) about the beauty of Islamic leadership, because if he has indeed managed to win their hearts and minds, surely PAS still rules Terengganu now like Tok Guru Nik Aziz has done for nearly 20 years in Kelantan. Yes you hear me right, it is 20 years, not 20 weeks, not 20 months but 20 years as an ulamak MB.

In fact, if Nizar ever managed to replace that 'out-of-touch' Hadi Awang as the PAS President, PAS certainly will be seen by the non Muslims as a party that can govern Malaysia in this modern world. To have Nizar and Tok Guru Nik Aziz at the helm of PAS leadership is indeed like having a 'dream team'. I must say it will create a formidable force the same way if we have 'Fernando Torres' and 'Robinho' in our Malaysian football team.

By the way, I have checked thoroughly almost all Nizar's statements related to what's happening in Perak. I found out what Nizar really fighting for is the Perak State Assembyly to be dissolved, hence we can go back to the Rakyat to decide which party to govern Perak, once and for all. Not an iota of statement from him proved the otherwise. He certainly did not go for an audience with the Sultan Perak to ask the Sultan to announce he is the Perak MB (unlike Zambry). He just asked for royal consent to dissolve the Perak Assembly. Was it too much a request? Was it? Bytheway, even my primary school kid asked me this question: "Ayah, why UMNO is so afraid to go back to Rakyat? Why?"

Actually with all this Perak issue that can give any ordinary Ali, Ah Chong and Muthu on the street an unimaginable headache, Nizar has the options to just wash his hand, resign and go back to his previous low profile life . Anyhow, BEFORE he became the MB Perak, he was already a millionaire . But no, he still wants to continue to fight for the truth. His bravery is second to none. I can't believe that despite concerns that he might be denied entry, Nizar still attended the royal banquet at the Istana Iskandariah hosted by the Sultan Perak on the 14th of February, even though at that time Zambry has already been installed as the new fake MB.

Bytheway, look at how Nizar carries himself. Even if we look at the most trivial aspect such as his 'hair style', Nizar already impressed many Malaysians with his 'intellect-style' hair combing, not to mention his neat and modern dressing. Nizar has indeed shown that 'modern-style' and 'Islamic-style' can go side-by-side. The typical appearance of a PAS-style leader who always wears kupiah, serban and long robe is no longer in the mind of majority of the non muslims in Perak. Yes, nothing wrong with this 'sunnah' attire but my point here is Nizar has managed to show that the most important thing about Islamic leadership is fairness, dynamic and clean leadership.

I remember last time my die hard PAS supporter-father in law used to reprimand me for wearing a neck-tie, because in his ultra conservative opinion wearing a neck-tie made me imitating the 'kafir' and western style of dressing. Well... this is my reply to him: "Ayah, what about your underwear. Isn't your underwear also looks like the shape of underwear used by the 'Kafir' Brad Pitt or 'kafir' Tom Cruise? So aren't you also imitating the 'kafir' and western style of dressing. He was speechless.

Best of Luck to you my Beloved Datuk Seri Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin!

Tak perlu buang masa cari RPK, penjenayah berlambak di Malaysia

|

Polis London Diminta Bantu Kesan Raja Petra
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Polis percaya pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang telah dikenakan waran tangkap, masih bersembunyi di London dan usaha sedang dibuat untuk mengesannya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau telah meminta bantuan pihak polis di London untuk mengesan Raja Petra.

"Hasil risikan, polis percaya dia masih bersembunyi di London dan dengan itu saya telah meminta bantuan pihak berkuasa di sana untuk mengesan Raja Petra," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata Raja Petra dikehendaki pulang ke negara ini bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Kalau rasa diri tidak bersalah Raja Petra perlu tampil bersihkan nama, kenapa perlu bersembunyi? Dia perlu balik ke sini," katanya.

Mengulas mengenai permohonan perintah ekstradisi terhadap Raja Petra, Musa berkata permohonan itu mengambil tempoh yang lama sebelum Raja Petra dapat dibawa pulang ke negara ini melalui cara itu.

"Sepatutnya tidak perlu perintah (ekstradisi) ini. Dia sendiri perlu serah diri," kata Musa.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor melalui laman webnya.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa dia kini menetap di sebuah kediaman sewa di kota London. -- BERNAMA

Animal cruelty at the Qingling Wild Animal Park in Xian, China

|

Baby Tiger Forced to Take Good Pictures… Or Else

It seems there will never be an end to the amount of cruelty the Chinese show animals in exchange for the money they earn from tourists.

At the Qingling Wild Animal Park in Xian, China, baby tigers are chained to tables to allow tourist the opportunity to get a good, close-up, picture.

china tiger01 Baby Tiger Forced to Take Good Pictures... Or Else picture

When this 3 month old Tiger didn’t co-operate and allow the tourist a good photograph, he was beaten severely by the zoo keeper.

china tiger02 Baby Tiger Forced to Take Good Pictures... Or Else picture

The Tiger’s tooth was broken and blood can be seen dripping from his mouth.

Sad what animals have to go through for some tourist’s pleasures.

(link)

Gambar babi-babi hutan di belakang Tesco Kamunting

|





Zambry is so stupid!

|

Zambry wants arowana breeding zone for Perak
PARIT BUNTAR, Dec 30 – The Perak government plans to create arowana breeding zones in the Kerian district, especially in Bukit Merah, Bagan Serai, to avoid exploitation of padi fields which were widely being used as breeding ponds.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said the exploitation was becoming a concern as it involved padi fields in Kerian, which were part of the government’s food supply plan for the nation.

“With this suggestion, we will ensure that only certain areas are for arowana breeding. We also found that the Kerian area, especially in Bukit Merah, it has mostly been turned into breeding areas for the fish.

“It is profitable for the breeders, but its effect on padi plantation in Kerian is worrying. It is estimated that 400 padi fields are being used to breed arowana fish,” he told reporters after launching and handing over keys for the Taman Toh Jabit rental houses here today.

He said although arowana fish breeding was a lucrative industry in Kerian, it had a negative impact on the country’s padi production as well as created problems in cases of land ownership transfer.

On Dec 7, the Agriculture and Agrobased Industry Ministry asked the Perak government to gazette about 100 hectares of land in Bukit Merah, near here, as an aquaculture zone, especially for the breeding of arowana. – Bernama

Zambry kempunan lagi... nak elak, buat2 sibuk pasal benda lain

|

Presiden PAFA lancarkan Jersi dan Barisan Pemain Perak

Presiden PAFA disambut oleh pemain

Wakil SPECS
Presiden PAFA
Proses menandatangai perjanjian
Memetrai perjanjian dengan wakil SPECS
Sesi perkenalan jersi baru Pasukan Perak
pihak pengurusan sesi 2010
Barisan pemain bergambar bersam pengurusan

29.12.2009 Ipoh : Bertempat di Ipoh Perade telah berlangsung satu majlis Pelancaran Jersi dan Pasukan Bola Sepak Liga Super 2010. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil Specs yang menaja Pasukan Bola Sepak Perak untuk saingan tahun 2010. Dato Seri selaku President Pafa telah hadir sama bagi merasmikannya dan menandatangani surat perjanjian bersama dengan Syarikat SPECS.

Majlis diakhiri dengan memperkenalkan 6 jersi dan memperkenalkan para pemain yang akan beraksi tahun hadapan. Dalam majlis tersebut juga telah diperkenalkan barisan pengurusan dan juga jurulatih baru skuad Kejor Yob Kejor iaitu Raja Azlan.

Di dalam majlis tersebut Dato Seri meletakan harapan kepada skuad ini yang mana dengan kembalinya K.Nathakumar ke Perak akan membawa skuad ini terus mara dan memenangi saingan tahun 2010.

Orang Melayu tidak semestinya Orang Islam

|

Orang Melayu dan Orang Islam adalah berbeza. Kalau anda tengok seorang lelaki melayu memakai seluar pendek atau seorang perempuan melayu tidak bertudung, katakan kepada kawan anda "Itu bukan Orang Islam tetapi itu Orang Melayu".

Wartawan mStar Online yg jahil wajibkan menonton Avatar

|

malas nak komen, korang klik 'Avatar' Filem Yang Hampir Sempurna Dan Wajib Ditonton!

Projek apa yg Rosmah bagi kat Trunk, Waiko Engineering Works?

|

Mat Amin menjawab pemikiran Zulkifli Nordin

|

BERFIKIR MENGIKUT ACUAN PENJAJAH
Isu kepulangan Chin Peng telah mendapat liputan yang meluas di kalangan berbagai lapisan masyarakat negara kita. Satu kesimpulan yang boleh dirumuskan ialah pemikiran generasi sekarang sudah maju, sudah mulai melangkah keluar dari kepompong sempit penjajahan walaupun catatan sejarah yang ada pada hari ini diolah mengikut kaca mata penjajah.

Tulisan yang berjudul CHIN PENG: IKON KEBENCIAN YANG DIREKA yang ditulis oleh Puspawati yang disiarkan Merdeka Review mencerminkan minda yang bebas bagi mereka yang benar-benar ingin meneroka sejarah tanah air tanpa mengikut acuan mana-mana pihak.

Malangnya, tulisan itu mendapat ulasan negative oleh seorang ahli Parlimen, Zulkifli Nordin yang disiarkan dalam blognya dan juga di Merdeka Review dengan tajuk CHIN PENG: KOMUNIS ATAU TERORIS?

Dalam tulisannya bertajuk CHIN PENG: KOMUNIS ATAU TERORIS? Zulkifli menyatakan: “Chin Peng dan konco-konconya mahu memerintah negara, mereka mahu mengambil alih kerajaan dengan cara bersenjata, cara terorisme dan keganasan. Mereka mahu paksa rakyat menerima ideologi dan cara pemerintahan kukubesi mereka. Tidak ada beza antara Chin Peng dan Hitler, Mussolini dan mereka yang sewaktu dengannya. “



Daripada tulisan ini jelas menunjukkan pemikiran Zulkifli Nordin masih terkongkong dibawah tempurung sempit penjajahan. Inilah pemikiran UMNO walaupun beliau berada dalam Parti KeAdilan Rakyat. Sukar untuk membuat kesimpulan sama ada beliau sengaja mahu menghalang kebebasan berfikir generasi sekarang atau benar-benar tidak mengetahui latar belakang sejarah perjuangan kemerdekan tanah air.

Dalam perjuangan kemerdekaan negara kita hanya ada 2 golongan sahaja – satu golongan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan dan satu lagi golongan kanan yang menyokong kerajaan penjajah. PKM adalah salah satu kekuatan dari golongan kiri, dan golongan ini pernah membentuk PUTERA-AMCJA – wadah perjuangan terbesar dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air kita. Parti politik yang pertama ditubuhkan dalam sejarah tanah air kita ialah PKM 1930 dan KMM pada tahun 1937. Manakala golongan kanan pula pada umumnya terdiri dari golongan atasan dan pertengahan Melayu. Golongan inilah yang sehidup semati dengan kaum penjajah. Mereka inilah yang membentuk UMNO pada tahun 1946.

Saya kira Zulkifli Nordin juga tidak faham mengapa perang berlangsung antara 1957 – 1989 apabila dia menyebut “Kita sudah merdeka tahun 1957, dan keganasan yang dilakukan oleh Chin Peng adalah pada tahun 1960an sehingga 1980an.“

PKM melancarkan perang ke atas kekuasaan penjajah British untuk kemerdekaan tanah air setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat dan mengharamkan semua pertubuhan kiri. Ini suatu fakta yang terang. Akan tetapi kerana minda yang hanya berputar di dalam tempurung sempit penjajah, perang untuk kemerdekaan ini telah dilihat sebagai perang keganasan untuk menegakkan ideologi komunis.

Sama ada nasionalis, sosialis, agama atau komunis yang akan mengisi corak kemerdekaan itu masih harus ditentukan oleh rakyat semua kaum negara kita melalui proses demokratik. Dalam manifestonya yang dikeluarkan 1 Sepetember 1957, Jawatankuasa Pusat PKM telah menegaskan bahawa:

“Parti Komunis Malaya tidak mahu menyembunyikan kepercayaan dalam cita-cita komunizem, akan tetapi kami sentiasa berpendapat bahawa tugas Malaya dewasa ini bukanlah melaksanakan komunizem dan sosializem, malahan adalah mewujudkan kemerdekaan bangsa, demokrasi, kebebasan, keamanan dan kemakmuran.”

Dr. Burhanuddin dalam ucapannya juga menyatakan bahawa: “Tegasnya lagi, adalah satu impian saja untuk seseorang sosialis mengharapkan bahawa sosialiszem yang menjadi ideologinya itu boleh ditubuhkan dan ditegakkan dalam satu negara yang belum merdeka dan berdaulat dalam politik dan ekonominya"…."Pendeknya, sosializem tidak dapat ditubuhkan dalam taman yang masih semak samun dalam belukar-belukar penjajahan.”

Dari sini jelaslah bahawa, perjuangan tahap itu adalah perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, bukan perjuangan untuk menegakkan ideologi.

Akan tetapi mengapa perang masih berlangsung selepas merdeka? Fakta-fakta menunjukkan bahawa PKM berusaha memberhentikan perang melalui perundingan dengan kerajaan Perseketuan Tanah Melayu dan kemudian Kerajaan Perikatan dan seterusnya Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi, hasrat PKM itu tak pernah dilayan dengan adil oleh pihak kerajaan. Sehingga tahun 1989, di era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohd, barulah kedua-dua pihak duduk semeja merundingkan perdamaian dan kemuncaknya berlakulah penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Hadyai pada tahun 1989.

Manifesto 1 September, PKM secara terang-terang menyebut: “Harus dijelaskan, bahawa dewasa ini menamatkan peperangan, menamatkan darurat dan mewujudkan keamanan dalam negeri adalah tugas yang paling mendesak bagi rakyat segala bangsa di seluruh negeri ini. Jika peperangan ini tidak ditamatkan dan darurat tidak diakhiri, maka rakyat dari segala bangsa di negeri kita ini tidak akan mungkin dapt hidup bersama dalam damai, dan negara kita akan terus menderita bencana penjajahan, dan cita-cita suci untuk pembangunan ibu pertiwi kita pun akan menjadi hampa layang.”

Zulkifli Nordin menulis berkenaan masalah apa yang disifatkannya sebagai keganasan Chin Peng dengan berkata:

“Tetapi di bawah sana, mayat rakyat pelbagai kaum bergelimpangan dibunuh kejam oleh pengganas teroris pimpinan Chin Peng. Saya melihat sendiri mayat Ketua Polis Perak dan pemandunya, kedua-duanya berbangsa Cina, yang dibunuh kejam di persimpangan Anderson School & Fairpark pada tahun 1970an.”

Perang sifatnya bunuh membunuh. TPNM membunuh kekuatan penjajah manakala penjajah pula membunuh kekuatan TPNM, termasuk orang ramai yang menyokong revolusi bahkan sebahagiannya hanyalah dicap sahaja. Kalau nak bandingkan, kekuatan PKM lah yang paling menderita pembunuhan atau kekejaman perang kerana Kerajaan British menguasai tentera, polis, mahkamah dan disokong oleh golongan pertengahan Melayu. Lagi pula penjajah British mendatangkan angkatan tentera yang amat besar dari negara-negara tanah jajahannya ke Malaya untuk memerangi PKM. Cuba fikirkan jumlah angkatan bersenjata British 400 ribu lebih yang didatangkan ke Malaya adalah satu angka yang besar jika dibandingkan dengan penduduk negara kita yang ketika itu hanya berjumlah 5 juta jiwa sahaja. Selain itu penjajah British mempunyai perlengkapan militer yang begitu canggih, bom yang begitu besar manakala PKM hanyalah senjata kuno sahaja.

Mengapa Zulkifli tak menyebut Manap Jepun, Mat Indera, Nordin dan ramai lagi yang digantung mati oleh penjajah British. Dan tahukan YB bahawa sebelum dibawa ke tiang gantung, mereka ini sudah menghadapi berbagai jenis siksaan yang diluar batas peri kemanusiaan, seperti dicabut kuku, dicharge dengan elektrik dan macam-macam.

Tan Sri Rahim Noor walaupun pernah terlibat langsung dalam "perang menentang komunis", namun masih boleh berfikir secara objektif. Kata-kata yang dituturkan beliau yang disiarkan Malaysiakini adalah fikiran yang rasional dan cara memecahkan masalah secara tepat.

“Bagi saya, perjuangan bersenjata, baik besar-besaran mahupun kecil-kecilan, semua ada sebab musababnya. Kalau tidak itu bukan pemberontakan.” … “Kalau anda kata pihak tentera, polis dan rakyat awam telah amat teraniaya. Sila juga tanya pihak PKM. Mereka tentu berkata: macam mana pula dengan saya dan pihak saya?”

Kesimpulan saya ialah Zulkifli Nordin masih berfikir dalam acuan penjajah dan cuba menyekat minda yang bebas supaya masuk semula ke dalam tempurung sempit bersamanya.

Berdirilah dipuncak tinggi, bukalah minda seluas-luasnya !

Confirm pembunuh SPRM cekik Teoh Beng Hock sampai mati!

|

Laporan pakar sahkan Teoh dibunuh
Tue, Dec 29, 2009

Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.

Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.

Kah kah kah! Mesti baca, kisah Zambry dari pencuri jadi pengganas

|

AS halang Zambry masuk kerana didakwa pengganas
Tue, Dec 29, 2009

Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suarat Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.
Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.
Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.

Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.

Broadband = jalur lebar? Huduhnya terjemahan ni...

|

Bangang mana yg mula2 buat terjemahan bodoh ni... Sepatutnya dikekalkan perkataan 'broadband' atau pun kat Malaysia layak di panggil 'berukband' sebab tak mencapai kualiti yg diharapkan.

Dari perkataan Inggeris 'broadband' = 'high-capacity internet connection', kalau diterjemah ke bahasa malaysia bermaksud sambungan internet berkelajuan tinggi. So, pakar2 bahasa eloklah cari perkataan lain yg lebih menarik dari 'jalur lebar'.

Makan, transport dll free, gaji bersih (tak masuk elaun2 lagi)

|

1. Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan

2. Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan

3. Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan

4. Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan

Cantik logo ni, tapi Pakistan mari da...

|

http://risepakistan.net/news/images/Rise_Pakistan_Ad.jpg

Exco UMNO Terengganu berjaya buktikan dirinya seorang yg JAHIL

|

YB. Drs. Khalil Idham Lim lebih cerdik dari Zambry

|

IPOH, 27 Dis: Pakatan Rakyat Perak merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa kemalangan bas dua tingkat di Jelapang di samping menuntut agar diadakan siasatan menyeluruh serta diberikan pampasan yang sewajarnya.

Dalam kenyataan medianya, Setiausaha Pakatan Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan sangat bersimpati dengan nasib yang menerima mangsa.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang dikeluarkan semalam:

Berikutan dengan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini, dengan ini saya mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak turut bersimpati dan bersedih dengan keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,harapan kami semuga semuanya bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semua yang meninggal dunia ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan roh orang yang beriman. Kepada semua marilah kita menyedekahkan bacaan Al Quran kepada mereka semua..Al Fatihah...

2. Satu sisatan yang terperinci dan menyeluruh mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab diadili dengan sebaik mungkin termasuklah pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3. Siasatan juga perlu melibatkan keadaan jalan, pembahagi jalan dan lain-lain aspek yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.

4. Walaupun tidak setimpal dengan nilai kehilangan nyawa, pihak yang terbabit mestilah membayar pampasan yang sepatutnya bagi membela keluarga mangsa tersebut.

Kenyataan Media/ 26 Disember 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri Perak

Bandingkan saranan KP MIROS dengan idea bangang Zambry

|

IPOH - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) disaran supaya melakukan kawalan lebih ketat terhadap penggunaan bas dua tingkat termasuk mewujudkan mekanisme untuk mengawal pengeluaran permit bas dua tingkat kepada syarikat pengangkutan awam.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah (gambar) berkata, pengeluaran permit itu juga sewajarnya mengambil kira kemampuan pemandu sesebuah syarikat untuk mengendalikan bas dua tingkat.

"Kalau boleh kita adakan kawalan supaya pemilihan untuk menggunakan bas dua tingkat bukan sahaja untuk memberikan pulangan dari segi lebih banyak tempat duduk, tetapi ia diikuti dengan tanggungjawab supaya pemandu yang memandunya diberi latihan yang mencukupi.

"Lokasi yang lebih sesuai untuk penggunaan bas dua tingkat juga perlu dikenal pasti supaya lokasi-lokasi yang berisiko tinggi terhadap penggunaan bas dua tingkat ini boleh kita kawal dengan baik," katanya.

Lemahnya cara Zambry berfikir, memang tak layak jadi MB

|

IPOH 26 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang sedih dengan kemalangan meragut 10 nyawa di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini awal pagi ini, mencadangkan supaya operasi semua bas ekspres pada waktu malam dihentikan.

Beliau yang berharap Kerajaan Pusat menimbangkan cadangannya itu, turut mengarahkan siasatan segera dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat tersebut.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, katanya, kejadian itu amat menyedihkan kerana mengorbankan banyak nyawa.

"Nyawa orang ramai adalah yang paling utama. Jika cara ini (henti perjalanan waktu malam) boleh melindungi nyawa orang ramai, mengapa tidak dilaksanakan.

"Saya juga minta satu siasatan dibuat terhadap punca sebenar kemalangan maut ini," katanya yang bergegas melawat keluarga mangsa sebaik dimaklumkan di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Dalam masa sama, kata Zambry, kerajaan negeri telah mencadangkan agar jalan-jalan Persekutuan di negeri ini diperbesarkan dan dijadikan dua lorong bagi mengelakkan kemalangan.

"Selain itu, kita meminta dibina lebuh raya di pesisir pantai dan lebuh raya mini supaya kemalangan dapat dielakkan," katanya.

Zambry berkata, kemalangan boleh dielakkan jika pemandu berdisiplin dan sentiasa mematuhi undang-undang ketika berada di lebuh raya.

Dalam lawatan kira-kira sejam itu, beliau menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Harga rokok: Idea bodoh akan gagal, tauke kompom untung

|

Harga minimum rokok RM6.40 - Usaha mencegah kanak-kanak, remaja daripada terjebak dalam tabiat merokok
KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tegas beliau, banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok sebanyak 3.8 peratus," katanya.

Menurut beliau, peraturan baru itu dikuatkuasakan melalui Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang telah diwartakan.

Tindakan polis, nampak sangat Teoh Beng Hock mati dibunuh

|

Polis akan ambil keterangan ADUN Seri Kembangan
Dis 27, 09 3:32pm
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan daripada ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang didakwa cuba menakut-nakutkan polis.

"Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Beliau berkata kenyataan ADUN itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis.

"Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng," katanya.

Khalid memberitahu pemberita demikian pada Hari Mesra Bersama Masyarakat Dengan Polis di Seri Kembangan hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata, Lim akan disoal siasat kerana mendakwa Teoh Beng Hock mati dibunuh, ketika ketua menteri Pulau Pinang itu berucap di konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 19 Disember lalu. - Bernama

Khutbah apa yg Mahmoud Abbas pergi dengar nih!

|

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1226/Kosmo/Dunia/du_06.1.jpg
PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas (dalam bulatan) turut menghadiri satu
perhimpunan Krismas di Gereja Nativity di Baitulaham, Tebing Barat semalam

Kalau macam tu bubarkan la DUN Terengganu wahai MB Mecedih

|

Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."

Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.

Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.

Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.

"Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit...berkias-kias...tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN," kata beliau kepada Harakahdaily.

Melalui program ini, Yayasan Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang ini yang bermula sejak tahun 1980 lagi.

Tahun ini, 6,740 pelajar menerima sumbangan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM1 juta.

Kerajaan negeri tidak meminta perkara besar dari semua sumbangan yang sangat banyak ini cuma 'satu undi untuk BN' bagi setiap rakyatnya yang layak mengundi sahaja.

"Kalau begitu, ini rasuahlah," kata bapa kepada pelajar berkenaan.

Kalau duduk di kerusi MB kat pejabat SUK susah nak makan cam ni

|


Mahathir hanya berani cabar di zaman UMNO. Kalah UMNO, lari!!!

|

Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion

Dis 22, 09 7:43pm

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Mantan perdana menteri...

Mahathir: Siasat juga RM270 bilion zaman Pak Lah

Dis 24, 09 4:34pm

Tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru...

Pope pulak kena serang malam Krismas

|




A woman jumped the barriers and knocked the Pope down

Masihkan KJ mampu melompat sebegini

|


Close up muka bagero suka cakap merapu

|

[untitled.bmp]

Koleksi retro Najib yg akan membuatkan anda jatuh kerusi!

|

[najib_wanita.jpg]

Koleksi retro Najib lawan tuhan

|

[Image017.jpg]
[Image018.jpg]

Koleksi retro Najib dgn wife dulu, kasi ilmu sama Bung

|


Baca betul2 kerja-kerja jahat pemimpin UMNo taraf kucai

|

SHIT: 2 pemimpin UMNO sepupu kongsi 2 adik-beradik artis?

|

Dulu heboh diperkatakan : Najib ada hubungan sulit dengan 'Zina Zain' dan pernah ditangkap khalwal di Port Dickson.


TERKEJUT – menurut rakan media – Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain kata rakan media. Alamat – kita tidak mahu meneruskan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin sebelum PKR meneruskan spekulasi tersebut. Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi itu tidak merosakkan Umno tambahan ini melibatkan Menteri Kanan – saudara Perdana Menteri – dah la Perdana Menteri penuh dengan spekulasi dan tuduhan penglibatan dengan kes Altantuya, SU Politiknya dengan rasuah, rakan baiknya Razak baru terbebas dari tuduhan membunuh, ini saudaranya pula dikatakan terlibat dengan skandal bagi Anuar Zain kereta mewah.

[isham.jpg]

Rupa-rupanya sepupu Najib ini ada buat hubungan sulit pula dengan adik 'Zina Zain' itu pula...

Ketuanan melayu tingkatan 3 katoi fly lepas buat seks di gerai

|

Pelajar curi keluar jumpa kekasih mengaku selalu berzina
KUALA TERENGGANU: Selepas beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, kegiatan remaja berusia 15 tahun di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, dihidu keluarga kerana pulang ke rumah pada awal pagi, Khamis lalu.

Selepas ditangkap keluarganya ketika menyelinap masuk ke rumah pada dinihari, pelajar Tingkatan Tiga terbabit tidak dapat berselindung lalu mengaku sudah terlanjur.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, berkata mangsa ke Balai Polis Kampung Raja, Besut membuat laporan kejadian itu, jam 9.30 malam, kelmarin.

Katanya, kejadian pertama berlaku di bilik rumah mangsa, di taman perumahan kos rendah di Nyiur Tujuh jam 3.30 pagi pada 15 Disember lalu.

Kamaruddin berkata, mangsa selalu keluar rumah melalui pintu belakang, termasuk pada kejadian kira-kira jam 2 pagi, 17 Disember lalu untuk bertemu teman lelaki sebelum membonceng motosikal ke kedai makan di Jalan Kampung Lampu, Kampung Raja.

Beliau berkata, mereka mengadakan hubungan di kedai makan itu sebelum dihantar pulang.

Kamaruddin berkata, suspek berusia 19 tahun sudah dikenal pasti dan usaha mencarinya sedang dijalankan.

Katanya, mangsa dihantar untuk membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian, Kelantan.

UMNO trying to spin the words of Allah

|

Home Ministry plans the whip for snatch thieves
KUALA LUMPUR: The Home Ministry is seriously considering imposing mandatory whipping on snatch thieves.

Deputy Home Minister Datuk Wira Abu Seman Yusop said this was one of the measures being mulled to curb the scourge.

“The ministry is aware that ‘ragut’ is the number one crime in the country and we are seriously considering using mandatory whipping against these offenders,” he said during a meeting with representatives of the Malay-sian Crime Prevention Foundation yesterday.

The meeting was held to discuss the issue and to look at measures to tackle the problem.

The call for mandatory whipping for snatch thieves was first mooted by police 10 years ago. It resurfaced recently following a rash of cases which resulted in deaths or injuries.

In the latest case, Abdul Rahman Mohd Khadladin, 34, died of serious head injury when his motorcycle rammed a wall after a snatch thief kicked his moving machine while trying to snatch his wife Noriha Ahmad Rahman’s handbag early this month.

Noriha, 33, suffered broken arms.

Although whipping is provided under Section 379 of the Penal Code, it is not mandatory and most snatch thieves get away with a prison sentence.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein’s adviser and special officer Datuk Michael Chong, who was also at the meeting, urged non-governmental organisations to play a bigger role in combating crime, especially those involving young children like the murder of a girl found in a retention pond on Tuesday.

“We at the ministry have always taken criticisms from NGOs positively. But instead of criticising, the groups should also work with us to reduce crime,” he said.

In another development, a housewife Fong Mee Ling has sought Chong’s help to track her missing 15-year-old daughter.

Hoo Kiet Yee, the eldest daughter of three siblings, has been missing since Nov 17.

“This is the fourth time my daughter has disappeared. The first time was in 2006 when she was only 12. She came home after two days,” said Fong, 42.

Fong added that each time her daughter went missing, she would come back home on her own after stories on her disappearance were published in the newspapers.

Apa-apa hal tangkap dulu orang yg buat laporan. Mudahkan!

|

Buruh, wanita ditahan berhubung kematian kanak-kanak
KUALA LUMPUR: Seorang buruh lelaki dan seorang wanita ditahan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan yang mayatnya ditemui terapung di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, dua hari lalu.

Wanita itu ditahan semalam selepas dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengenai kehilangan anak perempuannya manakala lelaki itu pula ditahan petang ini hasil keterangan yang didapati daripada wanita berkenaan.

Kedua-dua mereka berusia 34 tahun dan polis tidak memberi butiran sama ada mereka mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa, berkata kedua-dua mereka direman selama enam hari bermula hari ini.

Polis menahan wanita itu selepas mendapati timbul unsur mencurigakan ketika memberi keterangan.

"Susulan daripada keterangan yang diambil daripada wanita itu, polis berjaya mengesan seorang kenalan wanita berkenaan dan mengarahkan lelaki itu datang ke Balai Polis Sentul kira-kira jam 4 petang tadi untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan ujian DNA ke atas mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti itu akan diketahui dalam tempoh dua minggu.

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika sedang membersihkan kolam tersebut kira-kira 11.30 pagi.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman, berkata seorang wanita berusia 34 tahun telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

"Wanita ini membuat laporan bahawa anak perempuannya yang berumur 12 tahun hilang sejak dua hari lalu, iaitu pada hari yang sama mayat separuh bogel seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui terapung di kolam tadahan banjir.

"Kita sedang berusaha untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan saya berharap orang ramai berhenti daripada membuat spekulasi dan andaian bahawa kes ini mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lapan tahun iatu Nurin Jazlin Jazimin pada 16 September 16, 2007 dan kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun Sharlinie Mohd Nashar pada 9 Januari 2008," katanya. - Bernama

Walaupun muka Polis Malaysia ganas, penjenayah tak heran

|

http://www.dailychilli.com/images/stories/2009/12/22_31/girldie_khairi.jpg

Zaman UMNO: Perdana V6 pulak hilang lepas enjin jet F-5E

|

Tiga kereta Perdana V6 Terengganu hilang
Thursday, 24 December 2009 11:22 AM
Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Pembaziran wang rakyat oleh rejim BN terus berlaku dan kali inio di Terengganu yang melibatkan kehilangan tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.

Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.

Wakil rakyat PAS/PR, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempertikaikan kehilangan itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.

''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.

Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.

''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.

''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.

Sebuah dari kereta itu telah ditemui manakala dua lagi kekal hilang.

Sementara itu, turut dilaporkan hilang awal tahun ini ialah sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang hanya dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan.


Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang tambahan pula harganya mencecah RM1 juta.