Hishamuddin Rais to Najib : "Saya Tak Minat Ziana Zain"

|

Hishamuddin Rais
Najib Razak berkata ada banyak tohmah dan fitnah dalam blog dan laman-laman internet. Adakah Najib ini memang seorang 'joker' atau dia tidak mengetahui tentang apa yang sedang berlaku dalam alam siber ketika ini.

Pada awal dahulu ketika internet mula muncul, hujah utama yang digunakan oleh orang seperti Najib ini ialah tentang marabahaya internet kerana terlalu banyak laman lucah. Kini kelihatan agenda 'laman lucah' ini tidak lagi menarik perhatian umum.

Untuk sesiapa yang menjaring internet pasti tahu bahawa keinginan untuk melihat 'laman porno' ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Untuk saya orang yang menggunakan 'laman porno' ini adalah mereka yang sedang menghadapi sakit jiwa. Saya tidak tahu sama ada si Najib ini masih melayari laman jenis ini. Saya berharap TIDAK kerana saya gusar nanti dia akan diherdik oleh Datin Rosmah.

Saya telah banyak menulis tentang peranan internet. Saya telah menerangkan kepada umum bahawa dengan munculnya internet maka hegemoni penyebaran berita yang dahulu dimiliki dan dikawal oleh daulah telah pecah. Kesampaian internet telah membawa satu budaya penyampian maklumat yang baru bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia.

Internet telah membuka ruang kepada warga sesebuah negara untuk menjadi pembaca berita, penyampai berita, pembuat berita dan memberi segala bentuk pandangan. Ini kebebasan baru yang dahulunya tidak pernah dapat dirasakan oleh warga.

Malaysia yang sedang mengamalkan sistem yang menekan kewartawanan bebas dan melahirkan media berlesen, kini telah menghadapi satu keadaan baru. Internet telah dapat melintasi semua bentuk-bentuk halangan – tanpa lesen, tanpa modal, tanpa saringan – berita boleh disebarkan. Suasana inilah yang masih belum disedari oleh orang ramai terutama 'orang-orang politik' dari parti pemerintah.

Harus diakui bahawa BUKAN semua berita dari laman-laman internet ini masuk akal. Bukan semua yang ditulis dalam blog-blog itu adalah tentang politik semasa. Malah majoriti blog dan laman tidak langsung mempedulikan apa yang berlaku dalam politik harian. Jika dibuat kajian rapi pasti akan ditemui 90% blog-blog yang wujud dalam laman siber di Malaysia ini adalah hampeh - luahan perasaan Mat Jiwang, Mat Bunga dan Minah Ranggi.

Tetapi kenapa Najib dan sekutunya terus menyerang internet dan blog-blog. Mari kita kaji latarbelakang munculnya kenyataan Najib ini. Untuk saya, kes pembunuhan Altantuya perempuan dari Mongolia itu adalah latarbelakang utama. Salah seorang yang dituduh dalam pembunuhan Altantuya ialah Razak Baginda. Razak Baginda ialah 'juru fikir' dan rakan niaga Najib Razak.

Melalui laman-laman blog, rakan niaga Najib ini 'diperkatakan' telah mendapat duit komisyen yang lumayan hasil dari jual beli senjata. Menteri yang bertanggungjawab dalam hal beli senjata ini ialah Najib sendiri. Laman-laman blog telah menunjukkan hubungan intim di antara Najib dan Razak – mereka intim seperti anak dan ayah.

Hubungan 'intim anak dan ayah' ini telah diberi komentar oleh beberapa laman web dan blog. Berita duit komisyen berjuta-juta dolar ini hanya dilaporkan oleh akhbar dan majalah luar negara. Penulis blog hanya mengutip dan mengulangi laporan-laporan ini sambil bertanya apakah betul semua ini. Jika laporan ini betul bermakna ada kong kali kong diantara 'anak dan ayah'. Dari apa yang saya baca di laman blog duit komisyen ini cukup besar. Jika dicongak duit komisyen ini membolehkan semua orang Islam dalam negara ini pergi membuat umrah tiga kali ulang.

Di mana pula tersepitnya Altantuya? Dari awal lagi laman-laman blog telah menulis bahawa Altantuya ini adalah kekasih Razak Baginda. Saya pada awalnya menganggap ini tidak betul kerana Razak Baginda ini ialah penasihat Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri. Justeru wajiblah perangai dan tingkahlaku 'jurufikirnya' mencerminkan ketrampilan bossnya.

Anggapan saya ini meleset. Tiba-tiba melalui affadavit, Razak sendiri telah mengakui bahawa dia pernah 'bertogel' dengan Altantuya. Lihat bagaimana sahihnya tulisan dan laporan dari blog. Saya terpaksa gulung tembakau Siam kerana hormat dengan penulis blog yang terbukti lebih cekap dari Johan Jaafar, Rejal Arbee, Nazri Abdullah atau Kadir Jasin. Dalam kes ini wartawan berbentuk Rehman Rashid dan Tengku Fraud Adnan tidak akan diambilkira.

Kini kes Altantuya sudah jelas, seperti terberak di padang pasir. Semua rakyat Malaysia melihat bahawa dalam kes jual beli senjata ini Cik Mek Mongolia ini ada memainkan peranan. Setidak-tidaknya mengurut-urut batang opps… batang tubuh Razak Baginda setelah Razak berbuih-buih mulut bertengkar tawar-menawar dengan peniaga komunis Rusia dan peniaga kafir Perancis yang tidak mahu menurunkan harga peluru.

Bayangkan jika tidak ada Altantuya ini siapakah agaknya yang akan mententeramkan Razak Baginda semasa tawar-menawar di Paris atau di Moscow. Inilah contoh yang di war-warkan oleh Najib sebagai Melayu Unggul dan Melayu Glokal. Pastilah 'juru fikir' yang bernama Razak Baginda ini lebih cekap lagi bijak dari jeneral-jeneral kita yang terdidik di Sandhurst atau di West Point. Kalau tidak pasti urus jual beli senjata akan dilakukan oleh para jeneral?

Di sini saya ingin mengingatkan orang Melayu yang mudah lupa tentang pertanyaan seorang Bengali yang bernama Karpal Singh di Parlimen. Bengali ini telah bertanya, kenapa Altantuya sesudah ditembak mati badannya dibom? Adakah ini untuk memusnahkan anak dalam kandungannya. Soalan Bengali tanpa serban ini agak masuk akal tetapi berita ini tidak pula diusik oleh media berlesen. Hanya blog dan laman-laman yang memberi laporan lanjutan. Ini satu kehebatan blog. Mereka tahu menghidu jenis berita.

Mungkin persoalan dari Bengali ini hanya akan terjawab apabila kes ini bermula. Tetapi ada satu pekara yang saya hairan – siapa mata-mata gelap yang diupah oleh Altantuya. Mereka juga ditahan untuk sementara waktu oleh pihak polis. Siapa mereka ini? Mana asal-usul mereka. Di sinilah saya lihat blog memiliki sedikit kelemahan. Penulis blog tidak melakukan kaji selidik mencari sudut baru untuk memecah dan mengolah berita.

Bayangkan kalau si Mamat mata-mata gelap swasta ini dapat ditemubual dalam blog atau dalam tv blog pasti kredibiliti blog itu melonjak. Penonton akan menyerbu masuk lebih hebat dari Afundi.


Pada hemat saya Najib meminta orang ramai agar tidak percaya kepada laman internet dan blog ini kerana dia merasa terancam yang bisul di punggungnya yang akan meletus. Kalau saya Najib, saya pun akan merasa risau. Bayangkan apabila pihak polis ingin melakukan ujian DNA terhadap anak Altantuya di Ulan Bator, telah ada blog yang bertanya – DNA anak Razak atau cucu Razak?

Saya hanya ada satu cadangan untuk Datuk Seri Najib yang bakal menjadi PM kita semua. Kenapa tidak buat blog sendiri dalam internet. Tidak perlu banyak modal. Tidak semahal harga buang tahi lalat di pipi. Jangan kita kacau blog orang lain. Jawab dengan tulisan di blog dan bukan ugutan atau tangkapan.

Saya menawarkan diri untuk memberi pandangan tentang nama blog itu. Namakan blog ini - Saya Tak Minat Ziana Zain - jika nama ini digunakan, saya jamin dalam masa 3 bulan blog ini akan mendapat lebih dari satu juta pelawat.

Perodua MPV kantoi, mcm tak best jer

|


Yang ditunggu-tunggu selama ni dah ada. Ni kalau x puas tengok lagi spyshot Perodua MPV ni x tau le aku. memang betul2 dah x cover skit pun, logo je tutup sikit. Saiz lebih kurang myvi tapi panjang sikit. design pun lebih kurang myvi je. lampu depan cantik berbanding myvi. So korang tengok puas2 bagi skit komen..





































Beza Khairuddin Abu Hassan dulu dan sekarang

|


Gambar (kiri Khairuddin atau DUT) bersama Umi Hafilda.KANAN Khaled Jefri juga telah meninggal dunia.Pengarang buku yang menjadi jutawan dalam kes DSAI 1998.


Khairuddin di belakang Umi dan Azwan

datuk paduka khairuddin

Betulkah Najib & Ziana Zain kena tangkap khalwat di zaman Isa?

|

ISA KNOW WHAT PM DID AT PORT DICKSON WITH A SINGER FEW YEARS AGO!
Patutlah kata pembaca blog Malaysia yang nakal skit yang suka mengusik namun ramai tau ada asasnya. Mereka kata Pihak tertinggi UMNO/BN tak tahan dengan mulut celupar ISA menuding keburukan mereka (Menteri kabinet & MT) yang lebih teruk berbanding dengan beliau (Md Isa). Beliau cuma terlibat politik wang (sebenarnya politik wang adalah rasuah) dan beliau telah jalani hukuman. Dah bersih katakan. Beliau menuding Tun Mahathir yang pernah dibuang UMNO pun boleh jadi calon dan terus sehingga jadi PM pula. Tapi PM beliau tak katalah sebab tak berani tetapi dalam hati beliau tahu skandal PM di Port Dickson yang menyebabkan pegawai agama terlibat telah ditukar selepas melakukan serbuan khalwat. Belum lain-lain menteri lagi seperti kes TPM dan lain-lain.

Dan Akhirnya setelah kesuntukan masa mencari calon yang berwibawa dalam kotak UMNO maka Md Isa juga jadi pilihan dan ayam tua tambatan mereka.

Najib dan PRK yg tak bersesudahan...

|

http://zainulfaqar.files.wordpress.com/2009/05/prk-najib.jpg?w=440&h=346

PERMATANG PASIR -> BAGAN PINANG -> Blablabla... NAJIB BOLEH BLAH!

Menteri Besar tolak lori? Patut la Nizar lebih glamer dari Zambry

|

Klik gambar utk paparan lebih jelas.

Berjiwa Rakyat - Dato Seri menghulur tangan untuk sama2 menolak lori bawa lembu yang terbenam tayar pada bulan Ramadhan lepas.

Kesilapan banner Zamberuk

|

dari Hablumminannas


Actually gambor nie tak der cacat celanya..cuma dari segi teknikalnya agak kusam.. Sebab apa teman kata gitu...banner nie antara yg terselamat dari ancaman grafiti manusia yg kreatif..

ada ke sbb org tak minat atau tak nampak? cuba pikior tgk..

Location : banner nie ada kat pagar tapak Pasar tani manjung

Dah tahu empunya diri tu kalornya -----, jgn ler buat background kalor hitam, pakaian pun kena ler cerah..baru naik seri muka...teman ghaser yg buat tu jenis ghapla jingga..janji fulus@projek masuk sudah..peduli apa ..yg penting, syarat ada muka kat banner... buat kerja nawaitu tak berapa nak ikhlas...itula pasal..

kalau kalor cerah plak dah tentu kena spray dgn cat hitam pulak?.. Skrg tak payah spray dah memang gelap.

Nasib kor le labu..buat baik berpada2, buat jahat masuk api neraka..

Isa Samad, ketot bukan sebarang ketot! TIPS UTK PAS

|

Walaupun Isa Samad terpalit dengan rasuah, kita semua kena ingat dia adalah bekas MB N. Sembilan. Pengaruhnya masih kuat. Tengoklah bagaimana kuatnya tekanan UMNO Teluk Kemang hinggakan Najib tak ikut nasihat Dr Mahathir! [MANFAATKAN INI]

Isa Samad juga terkenal sebagai seorang yang kuat bekerja. Pernah dahulu sekolah penulis mengadakan kursus kepimpinan. Nak tau sapa yg rasmikan program tu? Jawapannya ISA SAMAD! Dia akan turun ke semua tempat untuk berkempen.

Isa Samad juga seorang yang licik. Lihatlah bagaimana kuasa duitnya mampu menangkan dia untuk kerusi Naib Presiden satu ketika dulu. Dia jatuh pun kerana dengki musuh2nya dalam UMNO. PAS perlu memikirkan perkara ini. [MANFAATKAN INI]

Ingatlah bahawa Isa Samad bukan mudah untuk dikalahkan, nak-nak lagi kerana UMNO memang kemaruk nak menang. Najib pun dah turun!

Ingat nama Isa Samad, ketot bukan sebarang ketot!

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang, UMNO lingkup!

|

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang
Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".

Zambry bukan individu yang layak jadi Menteri Besar

|

Dari blog serbaboleh

Dato Zambry Abd Kadir MB Perak
Saya tidak berapa mengenali Dato' Zambry cuma yang saya ingat dia pernah berdebat bersama dengan Dato' Husam Musa beberapa tahun lalu. dalam debat yang di pengerusi oleh Dato' Johan itu kesimpulan yang saya tengok dan boleh saya buat Dato' Zambry tewas dan terkelu dengan hujah-hujah Dato' Husam. walaupun digambarkan Dato Zambry sebagai salah seorang tokoh muda yang semakin meningkat naik di Perak pada ketika itu. Justeru apabila Pak Lah mengemukakan nama beliau sebagai MB Perak, terdetik dihati saya, dah tak ada orang lain ke yang lebih layak dari beliau? nampaknya Umno Perak ketandusan pemimpin berkaliber. bila dah dilantik jadi menteri besar nanti sudah tentu beliau juga akan menjadi Pengerusi Umno Negeri. secara peribadinya saya tidak bersetuju dengan perlantikan beliau, tetapi saya bukan rakyat negeri Perak. sekadar pendapat peribadi saya, beliau bukanlah tokoh yang layak dinobatkan sebagai MB Perak. butir bicaranya jelas tidak matang, dia pernah meninggalkan keluar Dewan ketika Sidang DUN berlangsung hanya kerana isu remeh yang tidak masuk akal pun untuk keluar dewan. apapun Syabas Dato'.. semoga dapat berkhidmat dengan baik dan jangan sampai terlepas jawatan MB sebelum PRU 13.

Kat Manjung pun muka Zambry kena simbah cat. Jumpa rakyat?

|

http://1.bp.blogspot.com/_HF9D0QiHfAU/SrI950x5nGI/AAAAAAAABjY/YVjGrVsTr50/s400/Zambry.JPG

Shaun Maloney, penjaring gol ini lahir di Sarawak

|


Maloney 78'

Pepatah melayu kata "Bagai melepas anjing tersepit"

|

[ibrahim-ali.jpg]
[frogDM2703_468x327.jpg]