1Bangla: Najib Didahulukan. Rosmah Diutamakan

|

Daily picdump (102 pics)

Beca motor dari Acheh

|

http://farm4.static.flickr.com/3118/2840407384_6b90421cd5.jpg?v=0

Dato’ Shah Rukh Khan Mengaku Tak Puasa? Tanya Ali Rustam

|

018982166 Shah Rukh Khan Mengaku Tak Puasa

Shah Rukh Khan yang terkenal dalam bintang bollywood dengan tidak malunya mengaku tidak berpuasa

Saya sekurang-kurangnya mahu puasa 3 hingga 4 hari di bulan Ramadhan.

Pergh kalau 3 hingga 4 hari ponteng puasa mungkin boleh diterima, tetapi dalam setahun hanya 3-4 kali sahaja Shah Rukh Khan berpuasa, memang sangat memalukan.Macam ini ke pangkat seorang Dato’ , ya Dato’ Shah Rukh Khan.Kami tahu Shah Rukh Khan sangat sibuk dengan kerja anda sebagai artis.Tetapi agama jangan pula dilupakan, penat manapun bekerja, anda wajib berpuasa.

Michael Learns To Rock Concert CANCELLED

|

SHAH ALAM: Authorities have confirmed today that the Michael Learns To Rock concert originally scheduled for next month has been cancelled due to ongoing protests from PAS Youth leaders.

Michael Learns to Rock

Jet komisen Sukhoi Su-27 terhempas, tapi bukan di Malaysia

|

Jet terhempas depan penonton

ORANG RAMAI melihat kepulan asap selepas jet Su-27 (gambar kecil) terhempas di Radom, Poland semalam.





WARSAW - Sebuah jet Belarus terhempas semalam dalam satu pertunjukan udara di tengah Poland menyebabkan dua orang yang menaikinya terbunuh, kata beberapa pegawai.

Jet itu, Su-27 terhempas semasa melakukan satu pertunjukan di Radom yang terletak 105 kilometer ke selatan Warsaw, Poland.

Imej di televisyen menunjukkan jet itu hilang di sebalik pokok sebelum kepulan asap menjulang ke udara.

Kementerian Pertahanan Belarus menyatakan nahas itu kemungkinan berpunca daripada sekumpulan burung yang memasuki enjin jet. - AP


Puaka UMNO-BN sememangnya boleh dikalahkan

|

Parti berkuasa 54 tahun kalah

HATOYAMA



ASO

TOKYO - Parti pemerintah Jepun, Liberal Demokrat semalam mengaku kalah kepada pembangkang, Parti Demokrat dalam pilihan raya parlimen.

Kekalahan itu merupakan satu sejarah kerana parti Liberal Demokrat kalah selepas 54 tahun berkuasa.

Menurut satu tinjauan yang dilakukan oleh semua stesen televisyen utama, Parti Demokrat dijangka memenangi 300 atau lebih 480 kerusi di Dewan Parlimen.

"Keputusan itu cukup teruk," kata Perdana Menteri, Taro Aso pada satu sidang akhbar di ibu pejabat parti Liberal Demokrat sekali gus mengaku kekalahan kepada pembangkang.

"Terdapat perasaan tidak berpuas hati yang mendalam dengan parti kami," katanya.

Aso berkata, beliau akan memikul tanggungjawab berikutan kekalahan itu.

Menurutnya, beliau akan meletakkan jawatan sebagai presiden parti Liberal Demokrat.

Beberapa pemimpin anggota parti itu akan turut meletakkan jawatan walaupun keputusan rasmi dijangka dikeluarkan pada pagi ini.

Kekalahan parti Liberal Demokrat akan membuka jalan kepada pemimpin parti Demokrat yang diketuai Yukio Hatoyama untuk menggantikan Aso.

Kekalahan parti Liberal Demokrat itu berpunca daripada kebimbangan berhubung isu ekonomi seperti peningkatan hutang negara dan masalah penduduk tua yang semakin ramai.

Parti Demokrat semasa berkempen berjanji untuk membina semula ekonomi dan menetapkan gaji minimum pada kadar yang lebih tinggi. - AP


Jawapan Rashid Maidin berkenaan Tunku Abdul Rahman

|

Soalan: Bagaimanakah sikap perwakilan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu masa itu?
Rashid Maidin: Perwakilan mereka disertai oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, David Marshall dan juga Abdul Hamid Jumat. Sungguhpun perundingan itu perundingan damai, malangnya sikap mereka sangat keras, bahkan bermusuhan. Kami diberi kata dua, iaitu sama ada menyerah diri atau dihapuskan. Kami tentu tidak boleh terima kata dua sedemikian.


Soalan: Apakah sikap PKM dalam perundingan itu?
Rashid Maidin: PKM mahu menamatkan perang, tapi biarlah dengan syarat adil dan munasabah. PKM menegaskan soal menyerah diri tidak timbul kerana kami bukan pengganas, tapi pejuang kemerdekaan. Yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi pemerintah penjajah British. PKM juga menyokong rombongan Tunku pergi ke London berunding dengan British untuk kemerdekaan. Tunku mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan Malaya, dan beliau berjanji untuk menemui kami lagi setelah kembali dari London. Sayangnya, ini tidak berlaku. Sebaliknya, Kerajaan Tunku menerima syarat-syarat penjajah British dan meneruskan perang warisan penjajah itu ke atas kami.

Perutusan Hari Kemerdekaan oleh YAB DS Nizar

|

Macam ku kenal je PM yg rambut cam ni. Siapa ye...?

|

Daily picdump (129 pics)

Pak Lah baru tukar BMW. Geramnya aku...

|

Daily picdump (129 pics)

Lembu sudah marah sama UMNO sampai terbakar

|

Daily picdump (129 pics)

Melayu patut jadi Melaju, bukannya Melembu

|

~ KOMEN: Lembu tak bersalah, yg salah ialah Parti Lembu (cap UMNO)

Daily picdump (129 pics)

Kepala lembu utk rakyat. Daging, tulang Rosmah sapu

|

PM: RM100 juta saham untuk golongan miskin
Ogos 29, 09 11:27am

Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta dalam bentuk saham amanah

bagi membantu golongan miskin di bandar.

Perdana Menteri berkata kerajaan kini sedang mengumpul maklumat mereka yang miskin tegar dan relatif di bandar bagi menentukan bilangan yang layak menerima bantuan itu.

"Kita akan beri bantuan kepada mereka secara percuma dan sekiranya dapat dikumpulkan (maklumat), kita akan bagi mereka (golongan miskin) supaya dapat menambah pendapatan mereka terutamanya mereka yang miskin tegar," katanya berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga Kuala Lumpur anjuran Yayasan Al-Bukhary di Masjid Al-Bukhary di Kuala Lumpur malam tadi

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Pengerusi Yayasan Al-Bukhary Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Najib berkata Kementerian Wilayah Persekutuan telah juga menawarkan penjualan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur kepada warga kota yang miskin dan akan mula dijual pada 10 Okt ini.

Beliau berkata tawaran penjualan rumah itu merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang berkenaan dan ia sekaligus membuktikan perjuangan berterusan kerajaan bagi membantu golongan miskin di bandar raya ini.

Perdana Menteri berkata masalah kemiskinan tidak harus dikaitkan dengan kawasan luar bandar sahaja kerana masalah itu turut dihadapi di kawasan bandar.

"Sehubungan itu, kerajaan amat prihatin dengan masalah golongan ini dan penilaian terhadap mereka (golongan miskin) pun berbeza.

"Katakanlah dengan pendapatan RM2,000 sebulan untuk luar bandar seperti Baling di Kedah dan Pekan di Pahang, ia amat selesa sekali. Tetapi kalau pendapatan begitu di bandar ia belum lagi selesa," katanya.

Sebelum ini, Raja Nong Chik dilaporkan berkata pendapatan isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin ialah RM2,500 sebulan.

Najib menegaskan bahawa usaha untuk memerangi kemiskinan akan terus diperjuangkan kerajaan.

Perdana Menteri turut bersama-sama masyarakat tempatan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih di Masjid Al-Bukhary di Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur. BERNAMA

UMNO memang jahat, punca segala masalah

|

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam
Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Posting terdahulu yang berkaitan: Persoalan Kuil Sek 19 & Tindakan Pewaris (10 Januari 2009)

Gaya mencurigakan dari Naib Ketua Pemuda UMNO

|

Mahyuddin Manaf pijak tapi tak ngaku bawa kapla lembu UMNO

|

~ KOMEN: UMNO terlalu desperate sampai terpaksa guna kepala lembu. Patutnya polis kena datang sebab nak tunjuk 'real' tapi sayang polis tak hadir. So, lakonan agak hambar. Lu pikir la sendiri...

Harussani lebih layak digelar Tok Peti, bukannya Mufti

|

~ KOMEN: Kenapa? Kerana Tok Peti hanya berbunyi setiap kali diketuk. Bandingkan ulasan Harussani yang hambar dengan ulasan TG Haji Hadi yang sarat dengan hujah-hujah yang bernas.

Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan
Salhan K Ahmad
Ogos 26, 09, 5:14pm
Hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan.

Mufti Perak berkata, hukuman sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media "sepatutnya 80 kali sebatan".

"Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan.

"Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan).

Harussani diminta mengulas perdebatan hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno susulan keengganannya membuat rayuan, sementara pihak berkuasa pula menangguhkannya dengan alasan tiada kepakaran menyebat dari perspektif syariah.


Hukuman rotan syariah tidak melukakan
Abdul Hadi Awang
Ogos 26, 09, 5:51pm
komentar Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Wahai rakyat negeri Perak, ini muka terharam 'MB' kamu...

|

[zambry_teh-tarik-satu.jpg]
macha.jpg image by orangdalam

Najib & Rosmah happy giler menari tarian ugama Kristian?

|

http://2.bp.blogspot.com/_dSnODtzIVXc/SldEy8T5jVI/AAAAAAAAAYo/Vd9CVzlGEn8/s400/najib-poco2.jpg

Oleh : Adeq Best

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat (masa dalam PLKN,secara paksa rela). Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalanya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis, membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina buk anny a dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerak anny a, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM....

Lagi gambar makcik UMNO brutal yg pertahan kezaliman

|

KINI

DULU
http://cache.daylife.com/imageserve/0aL97D62bC6h2/610x.jpg

DAN SELAMANYA...


Tragedi menimpa Nik Abdul Aziz Nik Mat

|

KUANTAN - Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub dekat Lurah Bilut semalam.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada pukul 2.20 pagi.

Dua mangsa yang cedera ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz iaitu Nik Nab Nik Mat, 45, dan anak Nik Nab, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Rosli Abdul Rahman berkata, semasa kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.

~ KOMEN: Ya Allah, peliharalah TG Nik Aziz....

Gedung Kartun Zunar dapat promosi percuma KDN

|

Malaysiakini:
Majalah sarat sindiran pedas isu politik
Sindir PM, majalah humor dirampas

MerdekaReview:
KDN serbu Gedung Kartun

Detik Daily:
Mengapa Najib, Rosmah takut sangat dengan Zunar?

Zunar terajui majalah alternatif Gedung Kartun

The Nut Graph:
Problematic licensing laws hamper freedom of expression

DARI BLOG:

Mother Of 3 Mohd: Pejabat majalah Gedung Kartun diserbu KDN!!!

Sampah Seni: Gedung Kartun - Zunar dan kawan; telah beredar; dptkan di pasaran

Duniacacamarba: GURAUAN ZUNAR MELAMBAI KDN KE PEJABATNYA

Majoriti vs Minoriti: Gedung Kartun Diserbu KDN!

Tukartiub : Tentera Mangolia siap sedia datang merampas majalah karton

Kulupsakah : KDN serbu GEDUNG KARTUN!

NGO / Pemimpin:

Anwar Ibrahim, Ketua Umum Keadilan dan Ahli Parlimen Permatang Pauh:


Dalam perjalanan pulang, saya diberitahu Kementerian Dalam Negeri telah bertindak menyerbu pejabat majalah satira terbaru, Gedung Kartun, pagi ini. Majalah tersebut diusahakan oleh kartunis terkenal, Sdr Zunar, bersama 15 tenaga kreatif lainnya. Malahan Sasterawan Negara A. Samad Said turut menyumbang sebuah rencana untuk keluaran sulungnya.

Pantas dan tangkas sekali aksi Kementerian Dalam Negeri menyekat edaran satira yang memuatkan lakaran Dato Sri Najib bersama bendera dari Mongolia itu. Walhasil, kita tidak melihat ketangkasan serupa apabila menyiasat salah guna kuasa membabitkan pemerdagangan manusia dan menteri gagal memberikan penjelasan yang memuaskan berhubung laporan bank-bank kita digunakan dalam transaksi pembelian senjata antara Korea Utara dan junta Myanmar.
Baca lagi:
Tangkas Menyerbu Untuk Mengampu


Amir Saari, Adun Batu Caves, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan


Bagi kami perkembangan terbaru ini menunjukkan situasi kebebasan media dan
kreativiti di Malaysia berada di dalam keadaan yang cukup parah dan
membimbangkan. Kami percaya usaha ini adalah bertujuan politik dengan arahan
politik pihak yang kurang senang dengan kritikan jujur Zunar dan beberapa rakan
dalam pada politik nasional.
Baca lagi:
RAMPASAN ‘GEDUNG KARTUN’: KERAJAAN BN MEMBUNUH SUARA HATI RAKYAT


Gayathry Venkiteswaran Executive Director, CIJ & Wong Chin Huat
Chairman, WAMI
CIJ and WAMI urge the Ministry to return copies of Gedung Kartun to its
publisher so that it can be made available to the public. We also urge the
Ministry to reveal what it's plan is for the supposed review of the PPPA and to
include civil society in its consultations.

Baca lagi:
Problematic licensing laws hampers distribution of new cartoon

Kenapa Kartika tak jadi kena sebat? Ketua Pemuda UMNO

|

http://img.photobucket.com/albums/v93/tokjanggut/hishamuddin_anchorbeer.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_G4UF_wN334k/SQg-dlwLWHI/AAAAAAAAFhc/Y702fRAjRqg/s400/Fullscreen+capture+10292008+64230+PM.jpg

UMNO takkan haram judi sebab itu makanan pemimpin mereka

|

Rusia haramkan kasino, judi
ARKIB : 02/07/2009

MOSCOW 1 Julai - Operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup hari ini, apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut.

Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat.

"Mulai pukul 7 petang (11 malam tadi) semalam, semua dewan perjudian mula ditutup," kata salah satu notis yang dikeluarkan kepada dewan perjudian mesin slot di selatan Moscow.

Pusat-pusat kasino pula dijangka mengalih operasi atau menukar kegiatan masing-masing kepada kelab poker, sesuai dengan saranan pegawai undang-undang Rusia yang mencadangkan permainan poker yang lebih berkonsep kesukanan.

Pelaksanaan undang-undang itu turut menamatkan era kelam kabut apabila ahli perniagaan dan kegiatan gengster menjadikan kasino-kasino di tengah Moscow bagi mengaut keuntungan yang luar biasa pada tahun 1990-an.

Tugas khas melaksanakan undang-undang itu telah dikuatkuasakan di ibu kota Rusia, kata jurucakap kerajaan bagi bandar raya Moscow, Maria Sokolva kepada agensi berita Ria-Vonosti.

Bermula 1 Julai, kasino di Rusia mungkin hanya boleh beroperasi, jika ia berada sekurang-kurangnya 1,000 kilometer dan lebih dari Moscow.

Kawasan yang terkenal dengan zon perjudian haram di kalangan rakyat Rusia ialah di barat Kaliningrad meliputi kawasan sepanjang laut selatan Azov, daerah Altai di Siberia, dan kawasan yang jauh di pedalaman Primorye, berhampiran utara Korea dan Jepun.

Tetapi kebanyakan pengusaha industri perjudian sedang berusaha mencari kawasan baru di sana untuk memindahkan operasi mereka.

Pelaksanaan undang-udang itu akan memberi impak besar kepada Moscow, yang mempunyai 524 kasino dan dewan perjudian, dan masih terdapat 109 buah lagi kasino beroperasi di selatan bandar raya Saint Petersburg, sehinggalah undang-undang itu kuatkuasa. - AFP

Dewan Pemuda PAS bantah konsert Michael Belajar Jadi Batu

|

Bantah Konsert Michael Learns To Rock
BANTAH KONSERT MICHAEL LEARNS TO ROCK -
ETERNITY TOUR 2009:
LIVE IN MALAYSIA
PADA 5 SEPTEMBER INI,
DI ARENA OF STARS, GENTING HIGHLANDS.

1. Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras–kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan konsert Michael Learns to Rock - eternity tour 2009 : live in malaysia yang bakal berlangsung di arena of stars, genting highlands pada 5 september 2009 ini.

2. Konsert ini adalah suatu penghinaan besar kepada negara Malaysia dan umat Islam yang sedang menyambut bulan Ramadhan al Mubarak kini. Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan penghinaan besar terhadap ummat Islam di Malaysia.

3. Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitiviti kerajaan UMNO/BN terhadap perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Tarikh 05 September 2009 adalah suasana penting bagi negara ini khasnya ummat Islam yang sedang menyambut bulan ramadhan.

4. Pertama , ummat Islam sedang menghadapi bulan ibadah yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Sepatutnya ia tidak dicemari oleh konsert seperti ini yang membawa masuk sekumpulan artis luar negara yang tentunya tidak mempunyai langsung sensitiviti terhadap masyarakat tempatan. Pastinya konsert ini akan membawa ummat leka dan lalai malah merosakkan moral dan akhlak mereka.

5. Kedua , berhadapan pula dengan ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos. Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak–anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme.

6. Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik, bermoral dan berdaya saing, sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu.

7. Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan tindakan Kerajaan UMNO/BN, di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Islam dan kaum Melayu di negara ini. Khasnya, di mana peranan dan keperihatinan Pemuda UMNO terhadap isu ini, sedangkan ini juga adalah satu penghinaan besar terhadap agama Islam.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat tegas menyatakan sikap, bahawa konsert seperti ini mesti dibatalkan segera dan ini adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam. Andai mereka tidak peduli amaran ini, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak–agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung.

9. Di sini, kami Pemuda PAS mencabar Pemuda UMNO untuk sama-sama membantah penganjuran konsert maksiat ini.Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, PEKIDA, ABIM, JIM, TERAS dan GAMIS turut bersama-sama membantah konsert tersebut. Ini bukan untuk kepentingan politik tetapi melibatkan maruah dan harga diri ummat Islam.

10. Jika begini terus menerus sikap kerajaan UMNO/BN, mereka bukan sahaja jauh dari rahmat dan berkat Ilahi tetapi InsyaAllah akan terus dibuang dan dihumban oleh rakyat yang semakin hari semakin jelak dan muak dengan sikap berpura–pura Islam mereka.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga turut menggesa agar majlis fatwa dan para mufti menunjuk sikap dan menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan Pusat yang membenarkan penganjuran pesta maksiat ini agar mereka tidak hanya responsif terhadap isu seperti kenyataan di manipulasi pihak media terhadap YAB Dato Tuan Guru Nik Aziz tempuh hari, tetapi diharap turut menunjuk peranan majlis fatwa itu sendiri bagi membersihkan bumi malaysia ini dari maksiat dan mungkar tajaan kerajaan UMNO/BN.

Klip video yg boleh membuatkan anda muntah darah

|

Klik [ SINI ]

31 Ogos, rakyat Malaysia disaran kibarkan bendera Mongolia

|


Bendera Mongolia yang terkini diperkenalkan pada 12 Februari 1992. Rekabentuknya serupa dengan bendera tahun 1949 tetapi dengan bintang sosialis dipadamkan di bendera yang terkini. Bendera ini terdiri daripada tiga jalur tegak yang seimbang, berwarna merah di bahagian tiang, biru dan merah. Di bahagian tiang terdapat lambang negara Mongolia iaitu, "soyombo", dalam warna kuning. Soyombo merupakan penyusunan simbol-simbol abstrak yang melambangkan elemen-elemen semulajadi seperti api, matahari, bulan, tanah, air dan simbol yin-yang.

Kartun-kartun kreatif yang bikin Najib dan Rosmah sakit perut

|





Tabung Haji UMNO tak bley pakai, labur dlm High5 Roti Bangla

|

KUALA LUMPUR - Dua bekas pengurus besar Tabung Haji, Datuk Mohd. Amin Sidek dan Datuk Mohammad Shafie diperintah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman itu mulai petang semalam.

Sejurus selepas Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu, kedua-dua tertuduh kelihatan tenang tetapi disambut dengan tangisan oleh anggota keluarga masing-masing yang berada di dalam mahkamah.

Zainal Azman membuat keputusan itu selepas menolak hujah dan alasan-alasan bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman oleh kedua-dua peguam tertuduh, Mohd. Firuz Jaffril dan V. Rajadevan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad berhujah bahawa faktor kesalahan yang pertama dihadapi bukanlah faktor penting yang membolehkan mahkamah mempertimbangkannya.

Dzulkifli juga membantah hujah peguam, Firuz, supaya mahkamah mengambil perkiraan mengenai umur kedua-dua mereka yang kini sudah menghampiri 60 tahun dan tidak sesuai sekiranya dikenakan hukuman penjara yang terlalu lama.

"Saya rasa terdapat banyak kes yang melibatkan usia yang sebegitu berada di penjara iaitu 60 tahun tetapi itu bukanlah merupakan satu alasan yang munasabah," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersimpati dengan keadaan mereka sekarang iaitu kedua-dua mereka ingin menghabiskan masa menjalani ibadah puasa bersama keluarga tetapi itu bukan satu faktor yang istimewa atau khas sehingga perlu diberi pengecualian.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas mereka kerana didapati bersalah menipu dan pecah amanah membabitkan RM200 juta wang Tabung Haji, lapan tahun lalu.


MOHD. AMIN & MOHAMMAD SHAFIE

Arwah Ustaz Asri lebih layak dari Sudirman, Rosmah sakit jiwa

|


ALLAHYARHAM Sudirman ketika mengadakan persembahan
sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 1991.

PETALING JAYA - Ikon gagasan 1Malaysia layak dimiliki oleh penghibur nombor satu negara, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad walaupun beliau sudah meninggal dunia lebih dua dekad lalu.

Pandangan itu disuarakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-52 tidak lama lagi.

"Kalau beliau (Sudirman) masih ada dengan kita, beliau boleh dilantik sebagai ikon 1Malaysia, boleh jadi dalam bidang nyanyian atau kesenian.

"Sayangnya beliau pulang ke rahmatullah terlebih dahulu sebelum konsep 1Malaysia diisytiharkan," kata Rosmah selepas beliau menyaksikan majlis penyerahan DVD dan VCD Sudirman One Thousand Million Smiles di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama di sini semalam.

Menurut Rosmah, Sudirman layak digelar ikon 1Malaysia kerana beliau semasa hayatnya terkenal sebagai penyanyi yang sering tampil dengan imej dan mendendangkan lagu-lagu patriotik.

Lepas ketuanya masuk UMNO, PPIM makin merapu

|

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kerajaan memasang Sistem Penentu Kedudukan Sejagat (GPS) di setiap lori gula bagi membolehkan ia dikesan dengan mudah.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, jika kaedah itu digunakan, kerajaan tidak perlu menempatkan pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri untuk memantau setiap perjalanan penghantaran gula.

"Saya bukan tidak sokong langkah kerajaan itu tetapi saya rasa ia tidak praktikal. PPIM telah lama mencadangkan agar semua lori dipasang dengan GPS.

"Ia bukan sahaja boleh mengesan pergerakan lori terbabit, malah boleh mengesan kelajuan dan kecurian. Ia lebih mudah daripada hantar orang untuk pantau," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

TNB zalim kepada rakyat Malaysia, pekerjanya kena tetak

|


AHMAD menunjukkan kesan tetakan pada topi keledar di pejabatnya di Bachok semalam.


BACHOK - Sakit hati dengan tindakan pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik rumahnya yang tertunggak bayaran, seorang lelaki bertindak menetak kepala pekerja TNB terbabit di sebuah rumah di pekan Gunong di sini semalam.

Bagaimanapun, pekerja TNB tersebut, Ahmad Taib bernasib baik kerana memakai topi keledar ketika diserang.

"Saya bernasib baik kerana memakai topi keledar, kalau tidak kepala saya parah ditetak oleh lelaki terbabit.

"Kejadian itu berlaku selepas saya memotong bekalan elektrik di rumahnya di pekan Gunong semalam (kelmarin)," katanya yang bertugas di Unit Pemotongan Bekalan Elektrik TNB, Bachok.

Ahmad, 37, berkata, sebelum kejadian, dia mendapat arahan memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di pekan Gunong pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas pemilik rumah berkenaan gagal menjelaskan tunggakan bil elektrik sebanyak RM1,600.

Pembunuh Pondan Bersiri berkeliaran di KL, susah cari makan

|

Mayat berpakaian wanita

SEORANG anggota bomba menarik mayat lelaki yang berpakaian wanita dari kolam takungan banjir di Jalan Air Tawar, Setapak kelmarin.

KUALA LUMPUR - Mayat disangka wanita yang ditemui oleh seorang pemancing di kolam takungan banjir Jalan Air Tawar Setapak di sini kelmarin sebenarnya seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh.

Ketika ditemui pukul 3 petang kelmarin, mayat yang memakai baju T berwarna biru, memakai pakaian dalam wanita, gaun midi berwarna ungu dan berambut kerinting mencecah bahu itu pada mulanya turut disangka mati lemas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, selepas bedah siasat, pihaknya terperanjat apabila dimaklumkan terdapat beberapa kesan tetakan pada kepala dan belakang badan mangsa.

Katanya, selain itu, bedah siasat turut menemui satu kesan tikaman di perut mangsa yang disahkan menjadi punca kematiannya.

"Kita juga dimaklumkan oleh doktor yang mangsa sebenarnya seorang lelaki dan bukanlah wanita seperti yang dimaklumkan semalam (kelmarin).

"Kita percaya mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kolam tersebut,'' katanya

di sini semalam.

Wabak UMN0 hancur di Pmtg Pasir, peguam 'belut' tumpas

|

PAS kekalkan kerusi Permatang Pasir
Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my


TIGA wanita memakai topeng penutup mulut dan hidung bagi mengelak penularan wabak UMN0 di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah di Bukit Mertajam semalam.

BUKIT MERTAJAM - PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang apabila calonnya, Mohd. Salleh Man, 52, diumumkan memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperoleh majoriti 4,551 undi.

Pada pilihan raya kecil semalam, Ustaz Salleh yang memperoleh 9,618 undi telah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38, yang memperoleh 5,067 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya kira-kira pukul 7.30 malam di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Berapit, di sini.

Ustaz Salleh mengalahkan Rohaizat, bekas peguam yang dipecat Majlis Peguam kerana kes pecah amanah duit koperasi milik orang miskin. Rohaizat juga adalah seorang yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mengaku memiliki isteri kedua yang menderita akibat nafsunya yg tidak dapat dikawal.

Peguam 'belut' tumpas
Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Kelicikan seorang peguam yang dapat meloloskan diri daripada diberkas polis sejak tiga tahun lalu menemui noktahnya apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Lelaki berusia 47 tahun yang hidup bagaikan pelarian kerana kerap berpindah randah untuk menyembunyikan diri itu ditahan pukul 8 pagi oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur ketika hendak berlepas ke Hong Kong.

Difahamkan, ketika ditahan, dia memberikan alasan kononnya hendak memulakan pekerjaan dengan sebuah syarikat guaman di sana tetapi siasatan polis mendapati dia dipercayai ingin pergi berjoli.

Satu sumber memberitahu, peguam yang masih bujang itu amat dikehendaki bagi membantu siasatan kes pecah amanah membabitkan kerugian RM169,000 tiga tahun lalu.

Tak perlu patuh pada 1 Malaysia

|

Saya tidak akan merayu - Kartika
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my


SHUKARNOR dan Kartika menatap akhbar Kosmo! yang memaparkan kisah penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika di rumah mereka di Sungai Siput, Perak semalam.


SUNGAI SIPUT - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor tidak akan berganjak dengan pendiriannya untuk menerima hukuman enam sebatan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata, dia menghargai kenyataan beberapa pihak termasuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta beliau menimbangkan untuk merayu hukuman sebatan itu.

"Bagi saya, usaha untuk 'merayu' sebenarnya sudah berakhir iaitu selepas Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus memukul tukul di mahkamah dan menjatuhkan hukuman terhadap saya.

"Sejak saat itulah saya sudah nekad dan bersedia menerima hukuman (enam sebatan) itu," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Jawang di sini petang semalam.

Sebelum itu, di Kuala Lumpur semalam, Najib berkata, Kartika boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebat yang dikenakan ke atasnya dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum.

Menurut Kartika, ada sesuatu yang tidak kena jika dia memohon kepada mahkamah supaya hukuman sebatan itu tidak dilaksanakan sedangkan sebelum ini dia mempunyai masa dan hak untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini sudah lima kali saya naik turun mahkamah dengan tujuan dapat mengelakkan hukuman sebat tetapi tiada siapa yang ambil kisah. Dalam tempoh merayu saya tidak berbuat begitu, inikan pula selepas waran penahanan telah dikeluarkan semalam (kelmarin)," ujarnya.

Hukum makan belangkas

|

dari http://baheis.islam.gov.my/

Tarikh Hantar Soalan :21/01/2009 05:45 PM
Soalan : apakah hukum memakan belangkas penyu, ketam batu dan tenggiling serta siput sungai? dan adakah dalil tentangnya.
Jawapan : Ketam batu dan siput sungai hukumnya halal untuk dimakan. Manakala belangkas , tenggiling dan penyu haram hukumnya untuk dimakan.
Status : Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan :PANEL SJAI 220109
Tarikh Selesai : 22/01/2009 10:45 AM

Keenakan belangkas

Oleh AFIFI HAFIZ M.NOR


BUKAN manusia sahaja yang yang mengutamakan kebersihan, tetapi juga belangkas. Faktor kebersihan inilah menjadikan Tanjung Buai yang terletak di antara Sungai Johor dan Sungai Lebam dalam daerah Kota Tinggi, Johor menjadi lokasi pilihan belangkas untuk mendarat setiap kali air pasang kerana airnya yang masih belum tercemar.

Belangkas yang seringkali dikaitkan dengan manusia melalui pepatah 'seperti belangkas' merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut dan paya air tawar. Ia agak mudah ditangkap.

Haiwan yang panjang ekornya boleh mencapai sehingga 51 sentimeter itu biasanya mendarat ketika air pasang dan menjadi sumber rezeki kepada para pencarinya.

Kehadiran haiwan yang badannya mirip topi besi tentera itu ternyata membawa rezeki 'terpijak' kepada penduduk Tanjung Buai.


MENU belangkas masak asam pedas kering sering mendapat sambutan.

Hanya belangkas betina yang ditangkap dan dijual kepada peniaga restoran pada harga di antara RM2 hingga RM5 seekor, bergantung kepada saiz.

Menurut pemilik sebuah restoran, Ibrahim Baharum, 61, dia menjadikan belangkas sebagai menu utama di restorannya yang terletak di persimpangan jalan ke Teluk Sengat.

"Setiap hari, saya akan ke Kampung Tanjung Buai untuk membeli belangkas daripada penduduk kampung.

"Kemudian, saya akan menyimpannya di rumah rakit untuk memastikan stok belangkas saya mencukupi," katanya.


MEMASAK belangkas mudah tetapi untuk menyiangnya, kita perlu berhati-hati.

Ujar Ibrahim, belangkas cukup enak jika dimasak asam pedas kering.

"Ada juga pelanggan yang meminta belangkas untuk dimasak sup.

"Biasanya, menu belangkas akan habis setiap hari," ujarnya kepada Kosmo!.

Tambahnya, memasak belangkas memang mudah tetapi untuk menyiangnya, seseorang perlu berhati-hati.

Ini kerana, katanya, sejenis toksin yang boleh membuatkan sesiapa yang memakannya mabuk perlu dibuang.

"Kalau kita termakan toksin itu, kita mungkin akan berasa pening kepala dan cara untuk menghilangkannya adalah dengan meminum air kelapa," ujarnya.

Menurutnya, isi belangkas lebih sedap daripada isi ketam dan orang kampung percaya, ia boleh dijadikan makanan tambahan untuk menguatkan tenaga.

"Saya masak sehingga 40 ekor belangkas setiap hari," tambahnya.


RESTORAN-RESTORAN di Kota Tinggi yang menyajikan hidangan belangkas mendapat sambutan baik pengunjung.

Restoran Ibrahim yang beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 3 petang itu sering menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bandar Penawar, Desaru, Bandar Emas serta beberapa kawasan Felda di sekitar Kota Tinggi. Ia juga mendapat perhatian para pelancong dari luar daerah termasuk Singapura.

Sebuah lagi restoran yang menyajikan menu belangkas adalah Restoran Belangkas Mahkota di Kota Tinggi.

Restoran yang terletak di Jalan Kota Tinggi- Mersing sejak 10 tahun lalu itu sering menjadi lokasi persinggahan penggemar masakan belangkas dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina.

Seperti sajian di restoran Ibrahim, menu istimewa dan sering mendapat permintaan tinggi adalah belangkas masak asam pedas kering.

Ia dijual pada harga RM5 bagi satu hidangan.

UMNO pun ada Unit Amal? Ops bukan, yg betul Unit Mungkar

|


Kerja orang UMNO yg pasti akan disoal di akhirat

|

[TAKE+BEER+copy.jpg]

Ahmad Boestamam-Tokoh Nasional Patriotik Yang Besar

|

Ahmad Boestamam-Tokoh Nasional Patriotik Yang Besar

(Suluh Rakyat, Jilid 3, Bilangan 1, Januari - Februari 1983)
- ihsan Muzium Sejarah, Kampung Perdamaian Sukhirin

Bangang pemimpin UMNO (Hisham), dgn kartun pun takut!

|

KDN serbu pejabat majalah Zunar
Ogos 25, 09 11:05am
kemaskini 12.05pm Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun pagi ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang mengusik perdana menteri.

Lapan pegawai itu tiba di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi ini - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia

Pegawai bahagian kawalan penerbitan KDN turut merampas 408 naskhah majalah tersebut - yang sarat dengan kartun dan humor isu-isu semasa dan politik.

Ia juga memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).

Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4.

bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.
Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan".

Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA (foto kiri).