ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia

|

ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia
TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..

Adik Setiausaha PAS Perak meninggal dunia

|

Adik Setiausaha PAS Perak meninggal dunia
Adik kepada Setiausaha PAS Perak dan juga Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Rakyat Perak, Ust.Hj. Misbahul Munir Hj. Masduki telah meninggal dunia pada jam 4.00 pagi tadi di Ipoh Specialist Center.

Jenazah akan dikebumikan pada pagi ini di Sungai Tiang Darat Bagan Datok..

Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al Fatihah....

Umat Islam sedang menanti kerja syirik Najib

|

Hari Pahlawan Tanpa Syirik
1. Beberapa hari lagi negara akan menyambut hari Pahlawan . Pada amalan biasa , Tugu Negara akan dikunjungi secara rasmi untuk majlis kalungan bunga.

2. Biarpun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengumumkan fatwanya bahawa mengalung bunga ke Tugu Negara adalah haram malah membawa kepada syirik .

3. Malangnya , fatwa itu tidak pernah dipedulikan oleh pihak kerajaan sebaliknya perayaan rasmi hari pahlawan tetap menyaksikan upacara mengalung bunga ke Tugu negara oleh Perdana Menteri .

4. Lebih malang , para ulamak kerajaan diam membisu atas perlakuan yang jelas mempunyai fatwa syrik melakukannya , sebaliknya riuh rendah mempersoalkan isu lilin Dato' Seri Nizar yang hanya dipegangnya seusai majlis Press Confrence mendesak siasatan telus dilakukan ke atas Mendiang teoh beng Hock .

5. Lilin itu bukanlah dinyalakan dalam majlis tafakkur mengenang dan menghayati atau meratapi kematian Teoh Beng Hock . Dalam erti kata lain , ianya bukanlah majlis keagamaan tetapi lebih kepada semangat solidariti . Pun begitu tidak dinafikan ianya terdedah kepada khilaf .

6. Justeru itu Dewan Pemuda PAS mendesak agar Kerajaan meniadakan upacara Mengalung Bunga di Tugu Negara yang jelas fatwanya tanpa khilaf lagi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan .

7. Dewan Pemuda PAS juga mengharapkan semua ulamak yang sensitif seperti dalam isu lilin tempohari hari bangkit bersuara dan menentang upacara syirik ini . Jangan kerana ia dilakukan oleh kerajaan maka ia didiamkan sementara perkara yang dilakukan oleh pembangkang maka mengundang respon pantas dari ulamak - ulamak ini .

8. Cara hidup dan amalan pemimpin akan menjadi ikutan rakyat . Ianya sangat berisiko tinggi berbanding perlakuan orang awam biasa .

الناس على دين ملوكهم

Manusia di atas [ mengikut ] manhaj [ cara hidup ] pemimpin mereka .

9. Saya secara peribadi menasihatkan diri saya dan juga semua pemimpin negara malah tidak lupa saya kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang beragama Islam agar berhati - hati dalam apa jua tindakan yang membabitkan silang agama dan budaya . Apa yang jelas , semua kategori yang hanya bersifat budaya dan adat resam maka ianya dibenarkan oleh Islam . Adapun perkara yang berkait dengan upacara agama , di atas apa pun alasan ianya tidak dibenarkan oleh syara' .

10. Kita berjuang untuk menawan jiwa manusia agar kembali kepada Islam . Lantaran itu , peliharalah kesucian Islam agar kita tidak dimurkai Allah swt . Biarlah ... kita barangkali bakal kehilangan sokongan manusia asal Allah swt mengekalkan redhaNya buat kita . Namun apalah ertinya sokongan padu manusia andai Allah swt murka kepada kita .

Rakyat bayar gaji polis, jangan jadi kuda UMNO

|

Jangan sertai perhimpunan haram - Polis beri amaran kepada kumpulan ingin berkumpul di Istana Negara

KUALA LUMPUR - Orang ramai diberi amaran supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram yang dirancang oleh dua kumpulan yang berbeza ideologi berhubung isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan semalam berkata, kedua-dua perhimpunan tersebut tidak mempunyai permit, malah sesiapa yang menyertai perhimpunan tersebut adalah menyalahi undang-undang.

Ekoran itu, beliau menyeru kepada penganjur kedua-dua kumpulan yang mempunyai agenda berbeza itu supaya membatalkan perhimpunan dan perarakan yang sedang dirancang.

Sebelum ini, Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) berkempen akan mengadakan perhimpunan besar-besaran yang digelar perhimpunan 100,000 rakyat di ibu negara bagi menghapuskan ISA.

GMI merancang akan mengumpul orang ramai di beberapa lokasi di ibu negara sebelum mereka berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam masa sama, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga merancang berkumpul di beberapa lokasi di ibu negara sebelum berarak ke Istana Negara tetapi dengan agenda berbeza iaitu menyokong ISA dikekalkan.

M I C - K E Y - M O U S E

|

PEMEGANG saham Maika Holding membuat bantahan dengan menghantar memorandum terhadap pembayaran premium Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur, hari ini. Polis menyuraikan 100 pemegang saham yang berkumpul. - Foto Ghazali Bujang

Kilang peluru

|

Munitions plant (9 pics)
Munitions plant (9 pics)
Munitions plant (9 pics)
Munitions plant (9 pics)
Munitions plant (9 pics)
Munitions plant (9 pics)
Munitions plant (9 pics)
Munitions plant (9 pics)
Munitions plant (9 pics)

DS Nizar hadiri Jamuan Makan Malam di Teluk Kertang

|

dari blog Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang

Tarikh: 28 Julai 2009
Waktu: 8.00 malam
Tempat: Perkarangan Rumah Berhala Hock Chuan Keong (Sam Teong Ong)

Program ini adalah acara tahunan persatuan rumah berhala tersebut. Jemputan telah diterima oleh Pusat Khidmat dan telah dipanjangkan kepada YB DS Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau telah berbesar hati meluangkan masa untuk memenuhi jemputan pada malam itu walaupun ada program di Kuala Kangsar. Kedatangan beliau mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.

Selepas ucapan YB Nga Kor Ming, YB DS Ir. Mohammad Nizar telah diberi kesempatan untuk berucap dan beliau telah menyentuh berkenaan perihal Teoh Beng Hock atau Zhao Mingfu. Bukan isu politik tetapi isu kemanusiaan, tidak sepatutnya kejadian sebegitu dahsyat berlaku di Malaysia. Beliau juga merayu supaya rakyat tidak lagi menyokong UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.

Selepas menjamu selera beliau beramah-mesra dan bersalaman dengan rakyat sebelum berangkat ke Kuala Kangsar.




Askar belasah DBKL: “patah gigi aku, patah gigi aku”

|

Baju hitam untuk Himpunan Mansuh ISA

|

Transform yourself into a zombie! (2 pics)

Transform yourself into a zombie! (2 pics)

Pergi Jahanamlah UMNO - TG Nik Aziz

|

IA JELAS SATU PEMBUNUHAN

|

Tragedi kematian Teo Beng Hock yang mayatnya ditemui di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam kononnya akibat terjatuh dari bangunan itu telah mewujudkan pelbagai spekulasi. Terjun, terjatuh atau dijatuhkan?

Ada pelbagai teori yang diutarakan dan yang nyata, apa yang dikatakan pada peringkat awal penemuan tragedi berkenaan seperti yang dikhabarkan kepada rakyat bahawa mayat yang ditemui adalah kerana Teoh terjatuh atau terjun tidak diterima oleh akal yang waras dan orang yang membuat andaian serta memberikan maklumat sedemikian ternyata pendusta dan sengaja berniat jahat untuk menyembunyikan fakta kebenaran.

Jatuh dari tingkat 14 ke tingkat tanpa sebarang kecederaan fizikal luaran adalah sesuatu yang tidak mungkin diterima akal. Panggillah ahli pathologi paling handal dunia, atau panggil sahaja sesiapa yang mendakwa sedemikian, kemudian jatuhkan mereka dari tempat tinggi tanpa sebarang peralatan keselamatan, sudah tentu mereka tidak mampu untuk melakukan.

Termasuklah Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull yang menyatakan sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut. Dan kenyataan seorang menteri bernama Nazri Abdul Aziz. Mereka berdua patut membuktikan dengan terjun dari Tingkat 15 bangunan Plaza Masalam dan kemudian tunjukkan tiada kecederaan fizikal.
Mohd Shukri berkata, SPRM tidak pasti sama ada mangsa mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan itu dan menambah mangsa memberi kerjasama baik sepanjang keterangannya direkodkan.
Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu…,” kata Nazri
Pada hari semalam, seorang pelajar lelaki Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), maut selepas jatuh daripada Tingkat 16, Blok 5 Apartmen Vista Angkasa di Kerinchi.

Mangsa dikenali sebagai Tan, 22, ditemui tertiarap jam 11.30 pagi dalam keadaan mengerikan dengan badan berlumuran darah dan kepala pecah di tempat letak motosikal.

Hal sedemikian tidak berlaku kepada Teoh Beng Hock. Pergi jahanam dengan teori-teori yang cuba melakukan cover-up yang menyatakan Teoh "terjun atau terjatuh"!

Polis yang menyiasat berlebih-lebihan untuk menghalakan "serangan" ke atas Pakatan Rakyat seperti Datuk Khalid Abu Bakar perlu disiasat motifnya berbuat demikian.

IA JELAS SATU PEMBUNUHAN

Perak: Benda belum confirm tapi dah canang satu Malaysia

|

Perak bakal jadi pengeluar spirulina terbesar dunia
IPOH - Sebuah syarikat multinasional dari China telah menunjukkan minat untuk membina sebuah kilang pembuatan makanan tambahan spirulina yang dianggarkan bernilai RM300 juta di Perak dalam tempoh dua tahun akan datang.

Exco Kanan Perak, Datuk Hamidah Osman berkata, sekiranya rancangan itu menjadi kenyataan, negeri ini bakal menjadi antara pengeluar spirulina terbesar dunia. Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai syarikat berkenaan.

Menurutnya, buat masa ini kajian awal sedang diperincikan oleh syarikat tersebut dan Perak dipilih kerana ia memiliki banyak gunung-ganang yang akan memudahkannya membangunkan kilang yang akan menggunakan teknologi penyulingan air gunung.

"Kerajaan negeri amat mengalu-alukan cadangan tersebut dan kami sentiasa memberi perhatian dan sokongan kepada industri bioteknologi yang akan dimajukan di negeri ini,'' katanya.

Ini macam la kalau mau main golf, terus menang BMW

|

Kebijaksanaan TG Nik Aziz lawan kebodohan UMNO

|

Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS
Jul 27, 09 4:34pm
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.

Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

"Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun' kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap 'desperado' Umno 'yang gilakan PAS'.

"Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti," kata Nik Aziz lagi.

"Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato') Mustapha Mohamed," kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.

Oleh itu, hari ini Nik Aziz hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.

Sementara itu, ketika bercakap kepada media di Kota Bharu hari ini, beliau berkata, PAS tidak bercadang mengadakan hubungan peringkat 'parti dengan parti' sebagaimana di zaman Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa".

Laporan media

Sabtu lalu, pihak melaporkan bahawa Nik Abdul Aziz menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Sehubungan itu, laporan tersebut memetik menteri besar Kelantan itu berkata, beliau menyambut baik usaha kerajaan pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Manakala Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dilaporkan menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu.

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini Muhyiddin telah memutarbelitkan kenyataan Nik Aziz berhubung kesediaannya melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Sebelum ini, isu kerajaan perpaduan antara PAS-UMNO menjadi isu panas dalam PAS serta di kalangan anggota Pakatan Rakyat.

Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang menentang keras cadangan tersebut sehingga beliau menggesa Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang menyokong cadangan tersebut, supaya melepaskan jawatan dalam parti dan selaku ahli Parlimen Bachok.

Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan.


Dari peluru ke kertas undi - Amin Iskandar

|

Dari peluru ke kertas undi
JULAI 27 — Hampir dua minggu berada di Kabul, Afghanistan. Sudah dua kali berpindah hotel. Akhirnya dapat juga hotel yang sesuai. Hotel yang pertama ASSA II, bekalan elektriknya tidak stabil. Sekejap-sekejap terputus. Terpaksalah berpindah. Tak tahan juga panas tak berkipas apabila bekalan elektrik terpadam.

Terpaksalah berpindah ke Hotel Capital Inn.

Disini, bekalan elektriknya stabil. Internetnya laju. Pekerja-pekerjanya peramah. Oleh kerana penulis adalah satu-satunya yang tinggal di hotel yang baru beroperasi itu, layanan seperti raja diberikan.

Masalah di hotel ini, bekalan airnya perlahan. Bayangkanlah, untuk membasahkan seluruh badan, anda memerlukan 30 minit! Itu belum ditambah dengan keseluruhan proses mandi, satu jam paling awal.

Akhirnya dipindahkan ke Golden Star Hotel. Kali ini tak ada apa nak “komplen” kerana diberi “suite”!

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kabul memakan masa yang panjang. Dari KLIA mengambil masa hampir tujuh jam ke Dubai untuk transit sebelum naik pesawat ke Kabul.

Dari Dubai ke Kabul pula, penerbangan memakan masa tiga jam. Dicampur dengan waktu transit, anda memerlukan lima belas jam untuk sampai ke negara ini.

Dahulu sekitar tahun 2004 dan 2005 masih belum ada banyak pesawat komersil yang terbang ke Kabul.

Kalau ada pun hanyalah Ariana Airlines dan Pakistan Airlines yang hanya terbang ke Kabul dua tiga hari sekali.

Bagi yang terlibat dengan kerja-kerja kemanusiaan dan kerja-kerja “demokrasi” seperti pemantauan pilihanraya, diberikan kemudahan menggunakan pesawat United Nations Humanitarian Air Service (UNHAS) yang terbang masuk ke Kabul dua tiga kali sehari.

Jika bernasib baik, dapatlah menggunakan pesawat UNHAS yang bersaiz “Boeing” kerana lebih stabil dan terbang dengan jarak biasa pesawat.

Jika menggunakan pesawat yang bersaiz kecil, ianya terbang lebih rendah. Setiap kali merentasi kawasan bukit-bukit yang luas, terbayang imej-imej pejuang Taliban menembak mangsa mereka dengan menggunakan “bazooka” atau “rocket launcher” yang sering dilihat dari CNN atau BBC.

Pesawat UNHAS yang bersaiz kecil ini juga apabila ditiup angin akan bergegar ibarat “nyamuk”. Apabila angin bertiup kearah kiri ia akan bergerak ke kiri, bila angin tiup kearah kanan ia akan turut bergeral kearah kanan.

Setelah empat tahun, Afghanistan telah menjadi lebih maju. Setiap hari terdapat pesawat komersil yang terbang masuk ke Kabul seperti Kam Air, Ariana Airlines dan Safi Air.

Keadaan keselamatan di Afghanistan kini jauh lebih teruk berbanding pada tahun 2004 dan 2005. Regim Taliban yang dijatuhkan apabila Amerika Syarikat dan Tentera Bersekutu mula menceroboh Afghanistan selepas Tragedi 11 September 2001, kini telah menjadi lebih tersusun dan mempunyai “sel” diseluruh negara.

Pilihanraya Presiden yang bakal berlangsung pada 20 Ogos 2009 mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan. Menurut seorang aktivis media, Aimal Khan, jika peratusan keluar mengundi rendah, serendah 30 peratus, Taliban dianggap menang kerana berjaya “mensabotaj” pilihanraya presiden tersebut.

Dan jika ini berlaku, keadaan keselamatan akan menjadi lebih parah daripada apa yang berlaku pada hari ini. Yang akan menjadi mangsa jika keadaan sebegini berlaku tidak lain tidak bukan ialah rakyat biasa.

Kota Kabul kini sesak. “Kereta” sudah menjadi lebih banyak daripada jalanraya. Toyota yang paling banyak membuat duit kerana kenderaaan berjenama tersebut kelihatan dimana-mana dan boleh dikatakan 90 peratus daripada kenderaan yang dilihat disini.

Beberapa hari lalu penulis sempat ke sebuah pusat membeli-belah yang dinamakan Roshan. Kelihatan ramai pemuda dan pemudi lalu lalang. Akan tetapi lelaki hanya bersama lelaki begitulah juga bagi anak-anak gadis.

Di Afghanistan, “berdating” diantara pasangan yang berlainan jantina merupakan satu pantang larang besar. Menurut Masoud yang merupakan penterjemah kepada penulis, jika terdapat pasangan lelaki dan perempuan berdua dikedai kopi atau ditaman, dalam beberapa minit sahaja pasti pasangan ini akan didatangi oleh “orang-orang tua”.

“Orang-orang tua” ini akan memarahi pasangan tersebut dan mereka akan dipisahkan dan disuruh pulang kerumah. Kalau tak bernasib baik, yang lelaki akan dibelasah dan perempuan akan ditampar.

Dalam keadaan yang sebegini, lebih selamat bagi pasangan-pasangan sejenis untuk “berdating”.

Kebanyakkan barang-barang yang dijual di Roshan ini datangnya dari China dan Turkey. Jenama-jenama seperti Giorgio Armani, Lacoste, Ralph Lauren dan banyak lagi semuanya ada. Akan tetapi produk-produk ini datang dari China atau Turkey.

Bagi yang gilakan barangan antik, bolehlah ke Chicken Street. Chicken Street menjadi tumpuan utama masyarakat antarabangsa yang tinggal di Afghanistan. Sebutlah apa sahaja yang anda mahu, semuanya ada disini. Cuma “chicken” sahaja yang tidak dijual disini.

Kempen pilihanraya telah pun bermula. Di televisyen sudah boleh dilihat debat dianjurkan bagi calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya presiden yang bakal berlansung tidak lama lagi.

Apabila melihat debat diantara calon presiden dianjurkan dan disiarkan secara “live” didalam televisyen, penulis merasa cemburu.

Jika Afghanistan sebuah negara yang baru sahaja berjinak-jinak dengan pilihanraya boleh menganjurkan debat diantara calon yang bertanding dalam pilihanraya, mengapa tidak Malaysia yang jauh lebih aman dan maju?

Perdebatan yang sihat akan memberikan pengundi peluang untuk melihat sejauh manakah calon-calon yang bertanding dapat mengartikulasikan idea-idea mereka. Selain daripada itu, rakyat juga diberikan peluang untuk bertanyakan sendiri soalan kepada calon-calon yang bertanding.

Ini adalah kerana, setiap rakyat berhak untuk mendapatkan informasi-informasi yang mencukupi sebelum mengundi dalam pilihanraya. Inilah piawaian antarabangsa dalam pilihanraya.

Cuaca disini nyaman tetapi kering. Jika tidak ada losyen badan atau tangan, kulit akan kelihatan seperti “reput”. Rata-rata masyarakat Afghan adalah peramah. Mereka suka kamera dan diambil gambar. Tapi yang paling bagus bertanyalah dahulu sebelum mengambil gambar. Takut-takut ada yang marah pula nanti.

Dalam kehangatan bahang kempen pilihanraya presiden ini, situasi keselamatan semakin tidak menentu. Setiap hari ada sahaja kedengaran berita-berita yang berkaitan dengan pembunuhan, penculikkan dan keganasan.

Nama-nama cantik untuk SPRM

|

Samseng Pendera Rakyat Malaysia

Siapa Peduli Rakyat Mati

Gambar-gambar menarik utk tatapan Zamberuk

|


Benda ni yg patutnya Mufti lebih ambil tahu

|



Mau tau siapa lelaki misteri itu...

|

Tekaan 2 pengunjung tepat. Manusia dalam artikel Siapa lelaki misteri yang muncul di Taman Kuningsari ada dalam gambar di bawah.



Benda kalau tak berkat macam ni la jadinya...

|

Bahan lucah dalam e-Book
Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN
berita@kosmo.com.my


AHMAD SAID melihat seorang murid menggunakan e-Book pada majlis penyerahan komputer itu di Kuala Terengganu bulan lalu.

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah di Terengganu membuktikan mereka telah 'celik IT' apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah.

Setakat ini 12 murid dari sebuah sekolah kebangsaan di Gong Badak telah dikesan menyalahgunakan komputer tersebut yang pada asalnya bertujuan menjadi pengganti kepada buku teks sekolah.

Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka.

Namun, kesannya bukan sahaja komputer itu dirampas tetapi lebih teruk mereka berhadapan dengan kemungkinan dibuang sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman mengesahkan perkara itu dengan berkata, e-Book milik kesemua murid itu telah dirampas hasil pemeriksaan mengejut guru sekolah berkenaan baru-baru ini.

"Ini masalah yang serius kerana perbuatan membawa bahan lucah ke sekolah boleh mengakibatkan murid-murid itu dibuang sekolah,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Bandar yang dibina atas kehancuran negara umat Islam

|

Adakah anda tahu bandar apakah ini?
























INI ADALAH GAZA!

Professor Maurice Bucaille: "I believe in Islam, I believe in Quran"

|



There are so many things that one can draw Truth and lessons from, but we do not seem to spend time thinking about them.



This is the closest picture taken of Pharaoh

Ramesses II

Here's the story of France with Pharaoh Ramesses

When Francisco Mitra became the president of France in 1981

France requested from the Egyptian government to host the mummy of Pharaoh

For the purpose of running laboratory and archeological examinations on the mummy of the most notorious dictator ever lived on earth

Upon arrival, a very royal attendants were there including the French president himself and all ministers who bowed in honor for the mummy

When the ceremony ended, the mummy was carried to a specially-designed section at the Archeology Centre of France

Were it started to be tested by the greatest French archeological and anatomical scientists in order to discover more about such a great mummy

The scientists were headed by Professor Maurice Bucaille

Scientists were trying to restore the mummy while Professor Maurice was mainly concerned with how did this mummy die!

The final report of the scientists was released late at night which states that the remaining salt in the mummy is an overt evidence that it was drawn in the sea, and the body was rescued very shortly where it was immediately embalmed to be saved

An amazing thing was still confusing Professor Maurice is that how could this body possibly be safer than any other mummy despite being taken out of the sea up until this time




Professor Maurice was writing his final report on what he thought would be a new discovery about saving Pharaoh's body immediately after his death and embalming it

And there, someone whispered to him that Muslims claim to know something about the drowning of this mummy

Yet the Professor firmly denied such thing saying that it's impossible to discover this without the development of science and without using his high-tech and complicated laboratories and computers

To his surprise, he was told that Muslims believe in a book called "Quran" and this Quran narrates the story of Pharaoh's drowning and ensures the safety of his body after his death as to be a Sign to mankind.

The Professor couldn't believe his own ears and started to wonder:

How can a book existed 1400 years ago speak about the mummy that was only found 200 years ago, in 1898??!!

How can that be possible while the ancient Egyptian heritage was discovered only a few decades ago and no one knew about it before??!!

The Professor sat down pondering on what he was told about the book of Muslims while his Holy Book narrates only the drowning of Pharaoh without saying anything about his body

"Is it possible that this mummy in front of me is the one who was chasing Moses??!!"

"Is it possible that Muhammad knew this 1400 years ago??!!"



Pharaoh Ramesses II smites the bad guys.

The Professor couldn't sleep that night till they brought him the Old Testament where he read: "the sea drowned Pharaoh and his army, no one else was left alive" He was surprised that the Holy Book didn't mention about the destiny of the body and that it will be saved

When the scientists were done with the mummy, France returned it to Egypt, but Professor Maurice couldn't rest for a moment since he was told that Muslims know about the safety of the body. So, he decided to travel and meet anatomy Muslim scientists and there he spoke about his discovery of the safety of the mummy after its death in the sea and so on.

One of the Muslim scientists stood up and simply opened the Quran and pointed to the Professor at one verse:

"This day shall We save you in your body, that you may be a Sign to those who come after you! But verily, many among mankind are neglectful of Our Signs"

(Quran 10:92)

The Professor was struck when he read that and immediately stood in front of the crowd and said loudly: "I believe in Islam, I believe in Quran"

Then he went back to France with a different face he traveled with.

In France, he dedicated 10 years investigating the scientific discoveries and comparing them with the Quran and trying to come up with one scientific contradiction with the Quran. Finally he quoted one verse from the Quran to be his conclusion:

"No falsehood can approach it (this book) from before or behind it: it is sent down by One Full of Wisdom, Worthy of all praise"

Quran 41:42)



liquid offering poured before the pharaoh.

As a result of all years of his research, Professor Maurice wrote a book that shook all Europe, especially the scientists there

"Quran, Torah, Bible and Science:

A Study of the Holy Books in the Light of Modern Science"

All copies were sold out at a very short time

I personally visited the Cairo Museum where the mummy is preserved and there you get astonished at the scenery of thousands of people from all over the world visiting the place everyday , unfortunately, many of the tourists there would think: "Woow, look at that! Amazing!! So nice to see people of all times!! Without realizing the intended lesson that Allah has kept this body a Sign to all mankind of anyone who denies Allah and His messengers.

In another chapter in the Quran:

"When Moses came to them with Our clear Signs, they said: This is nothing but sorcery faked up: never did we hear the like among our fathers of old!

Moses said: "My Lord knows best who it is that comes with guidance from Him and whose end will be best in the Hereafter: certain it is that the wrong-doers will not prosper.

"Pharaoh said: "O Chiefs! No god do I know for you but myself: therefore, O Haman! Light me a (kiln to bake bricks) out of clay, and build me a lofty palace, that I may mount up to the god of Moses: but as far as I am concerned, I think (Moses) is a lair!"

And he was arrogant and insolent in the land, beyond reason, - he and his hosts: they thought they would not have to return to Us!

So We seized his and his hosts, and We flung them into the sea: now behold what was the end of those who did wrong!

And We made them (but) leaders inviting to the Fire; and on the Day of Judgment no help shall they find.

In this world We made a curse to follow them: and on the Day of Judgment they will be among the loathed (and despised)."

(Quran 28: 36-42)

Mufti Perak patut keluar fatwa makan udang geragau kering

|

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!