SB's on duty

|

klik gambar untuk paparan lebih jelas

2 laman blog baru Parlimen Bukit Gantang sudah beroperasi

|

KEMENANGAN UNTUK RAKYAT

Antara dosa pemimpin2 UMNO ialah memisahkan kasih sayang ibu dan anak

|

dari blog Laila GMI

ISA memisahkan nenek dan Abah hingga hujung nyawa...
Jam 2.30 petang, jenazah telah disembahyangkan, namun belum ada tanda-tanda yang Abah akan tiba dari Taiping. Dimana saja kelibatku berada, pasti tetamu akan bertanya "bila lagi Mat Sah akan sampai? ". Aku hanya mengangkat bahu sambil memberi senyuman nipis.

Akhirnya, jam 3.15 petang, Abah dengan diiringi beberapa orang polis berpakaian biasa, berjalan masuk ke halaman rumah.Ketika Abah menjejakkan kaki ke ruang tamu ditempat dimana jenazah nenek di letakkan, suasana menjadi senyap seketika. Semua yang hadir memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik berwarna hijau.

Abah duduk berteleku disebelah jenazah, perlahan-lahan beliau tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan..... itulah ciuman terakhir dari Abah untuk nenek....Ku perhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. Mungkin selama ini Abah tidak pernah terfikir, penahanan dibawah ISA akan menyebabkan beliau dan ibu kandung kesayangannya terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa..... Ahh...terlalu zalim ISA ini ku rasakan.....

Sebaik saja mengangkat wajahnya setelah mencium pipi nenek, ku lihat Abah menyapu matanya yang merah dan berair beberapa kali.Aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak melihat Abah berbuat demikian. Aku amat memahami, tentunya kerinduan Abah terhadap nenek tidak pernah terubat kerana selama tujuh tahun di kurung di Kem Kamunting, peluang untuk Abah bertemu nenek amat terbatas sekali. Pastinya Abah amat terkilan, cita-citanya untuk menjaga nenek ketika nenek tua dan sakit, tidak kesampaian.....

Menyaksikan peristiwa itu, semua yang berada disekeliling jenazah nenek, turut merembeskan airmata. Masing-masing tak tertahan untuk meluahkan sebak didada. Tok Mat cuba menenteramkan Abah dengan kata-kata yang baik.

Abah tidak lama berada disisi jenazah nenek.Sebaik saja mayat dimasukkan kedalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung abah untuk dibawa kedalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan keluarga Tok Mat di Segambut.Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan....

Aku memandu sendiri ditemani Suhaib ke Segambut. Abah telah lama tiba disana dan beliau dibenarkan keluar dari Van untuk sama-sama membantu pengkebumian itu. Kesemua polis brpakaian biasa turut berada dikawasan sekitar lahad yang digali untuk menyimpan tubuh arwah nenek.

Aku menunggu hingga segalanya selesai termasuk bacaan doa talkin. Kemudian Tok Mat dan anak-anak bergilir-gilir menyiram air mawar dipusara nenek. Sebaik saja siap siraman terakhir, Abah diberi masa beberapa minit untuk bersalaman dengan adik-beradik dan saudara-mara yang hadir di tanah perkuburan itu...... termasuk aku dan Suhaib.Aku tidak sempat bercakap dengan Abah. Aku hanya sempat mencium tangannya.....peganganitu terlepas dan bila kepala ku angkat, beliau telah berada beberapa meter jaraknya dariku , berjalan pantas di kerumuni sekumpulan lelaki menuju sebuah van bercermin hitam pekat yang diparkir betul-betul dihadapan kawasan perkuburan.......

Selepas itu, aku tidak tahu dimana Abah berada... adakah beliau masih bermalam di salah satu balai polis di Kula Lumpur ini, atau pun terus dibawa pulang ke Kem Kamunting.....

Yang jelasnya, kerinduan, cinta dan kasih sayang dari seorang ibu seperti nenek, yang telah dipisahkan dengan anaknya tanpa perikemanusiaan oleh akta Zalim ISA ini.... akhirnya dibawa bersama ke liang lahad..

Al Faatihah..

Inilah sebabnya polis atas arahan Zambry/Najib/UMNO tak benarkan berpuasa

|

[limnizar.JPG]

Azilah Hadri 3 orang yang berbeza?

|

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/05/azilah-hadri.jpg

http://westmalaysia.com/wp-content/uploads/2009/01/pic_23-300x268.jpghttp://ibrahimbaba.files.wordpress.com/2008/07/azilah-hadri.jpg

Nah baca terkini... Khir Toyo pun sokong supaya tol dihapuskan

|

Rakyat Didahulukan (1): Hapuskan Tol Dalam bandar
Tuesday, May 26, 2009
...

8. Apakah makna rakyat diutamakan? Ada orang berkata kepada saya jika benar rakyat mahu diutamakan kerajaan perlu menghapuskan sebahagian pondok tol di dalam lembah klang yang sudah terlalu sesak, seksa dan sakit hati.

9. Saya ada terbaca mengenai cadangan pengambil alihan PLUS. Memang PLUS menguasai sebahagian besar lebuh raya di Malaysia. Namun kebanyakan laluan PLUS berada di luar lingkungan keperluan harian penduduk kecuali Tol batu 3 dan beberapa lain dalam bandar yang relatifnya masih murah.

10. Saya fikir keperluan mendesak ialah mengatasi masalah tol di Lebuh Raya Damansara-Puchong LDP), Lebuh Raya Bertingkat Ampang, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas). Saya mungkin tertinggal beberapa lebuh raya lain yang mungin juga perlu dipertimbangkan untuk penghapusan tol atau dikurangkan.

11. Lebuh raya-lebuh raya ini merupakan di kawasan yang berpenduduk padat dan perjalanan yang pendek dan terpaksa mengharungi kesesakan untuk membayar tol dan selepas membayar tol seperti di LDP. Malah kadang-kadang tol sendiri menjadi punca kesesakan.

12. Tol-tol seperti Kesas dan LDP ini juga dikenakan kadar yang tinggi tidak sesuai untuk kegunaan harian untuk bekerja. Anehnya, ada juga orang menggunakan lebuh raya ini secara percuma dan ada yang kena bayar bergantung di mana beliau tinggal.

13. Bukankah ini tidak adil kepada sebahagian orang? Ini juga bermakna mereka yang membayar di LDP dan Kesas turut membayar kepada sebahagian orang lain yang tidak melalui tol walaupun menggunakan lebuh raya yang sama.

14. Pada hemat saya, rakyat bersedia berkongsi sebahagian kos infrastruktur pembinaan lebuh raya untuk keselesaan seperti Lebuh Raya Utara - Selatan. Lluan yang mereka gunakan sekali sekala.

15. Yang menjadikan orang ramai sakit hati ialah keluar rumah untuk bekerja sahaja sudah terpaksa membayar dua tiga kali tol. Kadarnya pula agak tinggi bagi mereka yang terpaksa menggunakannya setiap hari.

16. Misalnya dari pekerja yang tinggal di Shah Alam dan bekerja di Bukit Jalil perlu menggunakan Kesas setiap hari ia membayar RM 8.40 sehari. Sebulan hampir RM 200 diperuntukkan untuk tol pergi dan balik kerja sahaja. Belum masuk kos petrol lagi. Bagi mereka yang tinggal di Sunway dan bekerja di Putrajaya pula mereka terpaksa membayar sebanyak RM 6.40 sehari. Jika sebulan sudah berapa?

17. Saya anggarkan bagi kakitangan biasa, mereka terpaksa membelanjakan hampir 1/3 pendapatan mereka untuk tol dan petrol sahaja. Itu belum termasuk kos penjagaan dan pendidikan anak, hutang rumah dan kereta serta hutang pendidikan lagi, Ditambah lagi dengan kenaikan tarif letrik dan harga barangan maka ramailah yang sakit hati dan sudah "tawar hati" terhadap kerajaan.

18. Justeru saya berharap jika benar rakyat diutamakan maka pengurangan secara besar kadar tol atau pemansuhan terus tol-tol dalam bandar dipertimbangkan secara serius. Jangan nanti sampai rakyat berkata kerajaan cakap tidak serupa bikin.

Gambar pick up truck TATA dan Nissan Vanette untuk Parlimen DS Nizar

|

[DSCN2370.JPG]

[100_4776.JPG]

[DSCN2367.JPG]

[DSCN2369.JPG]

Go Green!

|

http://3.bp.blogspot.com/_B0T5H-FOx38/SDkgq3jwBNI/AAAAAAAAAKo/czsOGXbiTd8/S760/DSC03215.JPG

Perjuangan membubarkan DUN Perak bukan perjuangan kosong

|

Salam buat semua. Mungkin anda atau mungkin aku sendiri pernah terfikir berjuang untuk membubarkan DUN Perak seperti yang DS Nizar lakukan sekarang ni adalah kerja sia-sia. Percayalah persepsi sebegitu sebenarnya adalah salah. Please look at the bigger picture. Siapa musuh yang ditentang DS Nizar? Jawapannya sudah tentu UMNO. Berlawan dengan UMNO bererti kita menentang kejahatan kerana sudah banyak bukti UMNO ini sebuah parti yang menyalahgunakan perkataan Melayu untuk mendapatkan keuntungan kepada hanya segolongan elit Melayu dan menjahanamkan majoriti orang Melayu yang lain. Lebih parah lagi UMNO turut memudharatkan pegangan Islam kepada orang Melayu itu sendiri.

UMNO tidak akan berhenti melakukan kerosakan. Fikirlah nasib anak cucu kita kemudian hari jika UMNO terus diberi kepercayaan untuk memerintah negara ini. Perjuangan DS Nizar ialah perjuangan jangka sederhana yang akan melakarkan kejayaan cemerlang di masa depan. Matlamat utama dalam menentang UMNO ialah mengalahkan mereka dalam PRU13 dan seterusnya menggunakan saluran undang-undang untuk mengharamkan terus gerombolan ini dari terus wujud di tanah air Malaysia yang tercinta ini. Ameen...

http://farm4.static.flickr.com/3057/3393924189_e9c5c1c453_o.jpg

Ni sorang lagi top striker Malaysia main untuk Scotland. FAM buat apa?

|

Shaun Maloney

Squad Number: 13
Position: Forward
Place of Birth: Miri, Malaysia
Date Of Birth: 24/ 01/ 1983
Height: 5'7
Weight: 10st 12lbs

This Season
Appearances: 19(7)
Goals: 5
Yellow Cards: 1
Red Cards: 0
Minutes on Pitch: 1586

More Shaun Maloney news.
Shaun MaloneyShaun Maloney Celtic 2008/09 profile size

Malaysian-born Shaun Maloney is a product of the Celtic youth system and made his debut for the Hoops in the Old Firm derby in April 2001, shortly after joining the club.

He sustained cruciate knee ligament damage in February 2004 which ruled him out of action until the following February but since then Maloney was a fixture for the whole of 2005/6, making 44 appearances and scoring 16 goals. He also made history by becoming the first player in Scotland to win both the Player of the Year and Young Player of the year awards.

Maloney also made his debut for Scotland in their 1-0 defeat against Belarus, and could well be a fixture for the national team for years to come.

In January 2007 he left Celtic to link up again with Martin O'Neill at Aston Villa for £1m. His first half season at Villa Park was a satisfying one as he made 15 starts and scored one goal.

However, he struggled in 2007/08 and after prolonged rumours of a return to Celtic, he moved back in August 2008.

Christiano Ronaldo Malaysia sekarang ni ada di US. Patut la bola tak maju

|

dari Rausyanfikir

UMNO masalah macam ni pun tak boleh fikir. HARAMKAN JE TOL TU...

|

15 minit bayar tol terlalu lama - Menteri
Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kepayahan ramai warga kota untuk membayar tol di laluan tunai pada waktu puncak dirasai sendiri oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor (gambar kecil) yang terpaksa menunggu 15 minit sebelum dapat membuat bayaran di Plaza Tol Jalan Duta semalam.

Shaziman yang memandu sendiri kereta Proton Perdana V6 dalam kempen turun padang, mengikuti barisan sepanjang 100 meter di plaza tol itu pada pukul 8.45 pagi, hanya dapat melepasi kaunter tol 15 minit kemudian.

"Barisan saya tak sampai 100 meter, itupun sudah kena tunggu hingga 15 minit tetapi kalau sampai satu kilometer pasti pengguna menunggu satu jam, bayangkan berapa banyak masa dibazirkan,'' ujarnya kepada pemberita semalam.

Untuk itu, beliau mencadangkan supaya pemegang konsesi lebuh raya melakukan promosi besar-besaran supaya lebih ramai pemandu menggunakan Smart Tag atau Touch 'N Go.

Beliau berharap Proton dan Perodua dapat memberikan peralatan Smart Tag sebagai aksesori tambahan kepada pembeli kenderaan baru.

Mengenai cadangan mewujudkan sistem gantri bagi mempercepatkan proses pembayaran tol, Shaziman berkata, ia dijangka diketahui akhir tahun ini.

Tahniah UMNO Perak kerana lahirkan 2 ekor pemimpin pengecut

|

Yang ni takut bubar DUN
http://4.bp.blogspot.com/_i5-K4MLrko0/Sd1EHz_hQFI/AAAAAAAAHcc/aJPiT8TS_AQ/s1600/zambry%2Bkalah.jpg

Yang ni pulak takut berdebat secara langsung di tv!
http://www.nst.com.my/Current_News/Election08/Videos/pix/v0075.jpg

Bukan sekadar nasi ayam: Zambry yg betulnya MB Mahkamah Rayuan

|

Bukan sekadar MB Mahkamah tapi MB Mahkamah Rayuan!

Yang betulnya Zambry patut kata Nizar jadi MB Mahkamah Tinggi dan dia pulak MB Mahkamah Rayuan. Selalunya orang yang tinggi di atas dan orang yang merayu di bawah. Nizar bawa ke mahkamah dia pun TIRU bawa ke mahkamah jugak. So, siapa yg lebih hebat? Tentulah Nizar! Kena lagi Zambry... Nampak sangat si Zambry ni tak cukup cerdik dan tak ada kelayakan jadi MB.

MB Mahkamah Rayuan hantar sms mengaku ekonomi Perak tengah lingkup

|

dari sini

~ KOMEN: Mula-mula kata sultan, lepas tu kata mahkamah, sekarang kata Allah pulak. Penyakit gila kuasa sudah makin kronik nampaknya!

mb haram

Peribahasa baru: Berani Kerana Halal, Takut Kerana Haram

|

~ KOMEN: Inilah sikap buruk Zambry/UMNO. TG Nik Aziz ikhlas beri nasihat nak perbetulkan kesilapan Zambry, alih-alih dia pulak gatal bagi nasihat batulkan tuan guru. Memang sah si haram ni jenis tak hormat guru. Part maksum tu yg paling tak tahan...

Nizar sebenarnya 'MB Mahkamah'
IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, gelaran "Menteri Besar Mahkamah' patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Beliau berkata, oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnya gelaran itu diberikan kepada bekas Menteri Besar Perak itu dan bukan dirinya.

"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Dr. Zambry kepada pemberita di sini semalam semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Sabtu lepas bahawa beliau adalah "Menteri Besar Mahkamah" dan tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.

Ayoyo... bini Kayveas antara ahli majlis tertinggi PPP

|

Bini dia Datin Blance Olbery... lol!


Betapa hebatnya penangan Nizar kepada Zambry

|

Artikel dari The Star Online bertajuk Zambry’s toughest battle – winning over voters

The issue has taken its toll on Dr Zambry. He has lost weight, his paunch has almost disappeared and he told reporters that even his hair was going.

The High Court decision declaring Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin as the rightful mentri besar on May 11 had hit him like a punch in the face.

As such, he had been genuinely unsure how yesterday would turn out.

He had tried to keep busy, to maintain a schedule of business as usual, but reporters in Ipoh noted that he seemed distracted in the days leading to the Court of Appeal decision.

At a press conference on Wednesday, one senior Ipoh reporter noted that he was so unfocussed that “he was talking about B when we were asking him about A”.

And at a function in Kampar on Thursday, he stumbled over his speech.

Although he had won a stay of execution to remain in office, it was like living in limbo, not knowing how much longer he would be around.

Nizam Isa, his press secretary, had not even bothered to unload the boxes of files from the boot of his car.

“The boss has been calmer than us. Yesterday, he scolded me for acting panicky. He told me to stop it, that we have to accept whatever the court decides,” said Nizam.

Gambar mahligai mewah penyokong UMNO

|

[DSCF0009.JPG]

Kualiti pendidikan di Indonesia terbukti jauh lebih hebat dari Malaysia

|

Gadis 17 tahun jadi doktor

YOGYAKARTA - Seorang remaja kelahiran Banda Aceh, Riana Helmi menjadi doktor pada usia 17 tahun 11 bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Dr. Riana yang bertubuh kecil berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun enam bulan dengan memperoleh purata nilai gred kumulatif 3.67.

"Ya, Alhamdulillah, saya menjadi siswazah perubatan termuda," kata gadis itu di Universiti Gadjah Mada, di sini.

Dr. Riana lahir di Banda Aceh, Nanggroe, Aceh Darussalam pada 22 Mac 1991 dan dia mendaftar memasuki fakulti perubatan universiti itu pada September 2005 menerusi saluran bakat istimewa.

Ketika itu, dia berumur 14 tahun.

Gadis itu tidak menyembunyikan kesukarannya ketika menyiapkan tugasan ketika belajar bersama pelajar yang lebih tua daripadanya.

"Kesulitan kerana tugas yang banyak tetapi syukurlah semua itu dapat saya atasi," katanya yang belajar mengenai kanser payu dara.

Dr. Riana bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya dengan menjadi doktor pakar.

Sejak kecil, dia dikenali kerana memiliki kecerdasan yang istimewa ketika belajar di sekolah menengah di Sukabumi, Jawa Barat dengan melompat kelas.

Dia akan menjadi doktor perubatan sepenuh masa selepas dua tahun menjalani latihan.

"Saya sama seperti pelajar-pelajar lain yang tidak menumpukan sepenuh masa hanya dengan belajar," katanya. - Agensi

Kemenangan rayuan MB haram muka tak tau malu bukan kemenangan hakiki

|

Jumaat Mei 22, 2009
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.

Federal Court is the next course of legal process, but the Court of People may soon take over

|

jeff ooi says:

Who says our judiciary isn't independent? It's just that the Courts work like pendulum often times.

Today, Barisan Nasional's Zambry Abd Kadir has been ruled by the Court of Appeal as the rightful menteri besar of Perak.

The judges also ruled that the Sultan was right in appointing Zambry the MB and that there was no need for a vote of no confidence in the House against Nizar.

With that, the May 11 Kuala Lumpur High Court decision that declared Pakatan Rakyat leader Mohammad Nizar Jamaluddin as the rightful menteri besar of Perak has been reversed, and overturned.

The 3-member bench comprised Justices Md Raus Sharif, Zainun Ali and Ahmad Maarop.

Lead judge Md Raus said it was a unanimous decision by the 3-member panel of judges.

When asked if shocked with judgment, Nizar's lead counsel Sulaiman Abdullah said: "We have extraordinary judges with extraordinary ability."

Federal Court is the next course of legal process, but the Court of People may soon take over.

Mungkin sebab ni kut Najib bergegas jumpa PM Singapura

|

Selangor belajar dari Singapura untuk bangunkan sungai

SINGAPURA, 20 Mei: Kerajaan negeri Selangor akan menjadikan pendekatan Singapura membersihkan Sungai Singapura dan Kallang Basin sebagai projek contoh untuk pembangunan sungai di negeri itu.

Untuk itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengunjungi Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong baru-baru ini.

Khalid juga turut berbincang dengan Lembaga Kemudahan Awam dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan untuk tujuan itu.

Dalam pertemuan dengan Lee, Khalid mempelawa kerajaan Singapura untuk turut sama melabur dalam projek pembangunan Sungai Klang yang dijangka menelan belanja RM50 bilion dan menyediakan peluang pekerjaan kepada 15,000 orang itu.

Najib takde alasan, kena tempuh pilihanraya jugak!

|

ADUN PAS meninggal dunia
May 22, 09 8:11am

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192

Ni apa hal pulak mamat ni...

|

Perak Crisis the movie - A pictorial summary

|

director drrafick

Ustaz Azizan buktikan beliau tak gila kuasa macam pemimpin UMNO

|

Timbalan presiden: Azizan tarik diri
May 19, 09 6:08pm

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menarik diri daripada merebut jawatan timbalan presiden PAS pada muktamar agung parti itu bulan depan.

azizan abdul razakPesuruhjaya Pas Kedah itu berkata keputusannya disebabkan beliau mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azizan berkata beliau akan bertanding mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat yang disandangnya sejak lebih 10 tahun, lapor Bernama.

"Saya telah lama dalam parti dan jika ada orang lain yang lebih layak dan lebih muda, berilah peluang kepada mereka untuk memimpin PAS di peringkat nasional", katanya.

Azizan adalah antara lima orang yang dicalonkan bertanding jawatan tersebut. Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Turut dicalonkan ialah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lain naib presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Ranking Nizar makin naik, rakyat Malaysia makin menyampah dengan Zambry

|

Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir: 28.8%
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin: 71.2%

nak mengundi klik [sini]

Photobucket

AIRPORT: Si Haram ni tak habis-habis mencuri. Ni curi idea Kerajaan PR pulak

|

~ KOMEN: Antara kerja-kerja jahat UMNO, sekat pembangunan PR dan buat pembangunan pada BN saja

dari mStar

Katanya beliau telah mengutus sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon peruntukan segera sebanyak RM50 juta bagi pembangunan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Beliau berkata peruntukan itu antara lain akan digunakan untuk memanjangkan landasan lapangan terbang itu sepanjang 200 meter lagi dari 1,798 meter ketika ini untuk membolehkan pesawat jenis Airbus mendarat di situ.

"Saya anggap ini sebagai satu projek berimpak tinggi yang memerlukan keputusan segera daripada pihak kerajaan dan saya harap Perdana Menteri akan memberikan kelulusan sebaik sahaja beliau menerima surat saya," katanya.

Zambry berkata kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan AirAsia dan sekira segalanya berjalan lancar, ia akan menjadi syarikat penerbangan kedua selepas FireFly beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

Beliau berkata AirAsia boleh menawarkan khidmat penerbangan Ipoh ke Singapura buat permulaan selain ke Medan dan Guangzhou pada masa akan datang. BERNAMA

baca pula artikel bumiperak pada 3 Jan 2009

MB Nizar: Lapangan Terbang Ipoh boleh dibesarkan

Suatu ketika dahulu Lapangan Terbang Ipoh sentiasa sibuk naik-turun pesawat yang menjadi hubungan keluar masuk pelawat dan barangan kargo ke Negeri Perak. Setiap hari ada penerbangan beroperasi iaitu MAS laluan ke Kuala Lumpur. AirAsia laluan ke Senai Johor, KartikaAir ke Medan/Padang/Jakarta dan RiauAir ke Medan.

Gambar: Penerbangan terakhir MAS membawa jemaah Haji dari Ipoh pada tahun 2005

Pada tahun 2005, satu demi satu syarikat-syarikat penerbangan menamatkan operasinya ke ke Lapangan Terbang Ipoh. Ini kerana kekurangan penumpang disebabkan Lapangan Terbang Subang telah beralih ke KLIA, Sepang. Kedua kerana Lapangan Terbang Ipoh tidak dinaiktaraf untuk kapalterbang besar yang semakin bertambah.

Sekarang ini Lapangan Terbang Ipoh sunyi cuma tinggal satu RiauAir dua kali seminggu ke Medan, Indonesia. Firefly masih belum beroperasi untuk laluan Ipoh ke Subang. Berbagai usaha dan persefahaman telah dibuat, namun semuanya tinggal janji. Ada cadangan untuk memindahkan Lapangan terbang ke tapak baru di Seri Iskandar dengan alasan kawasan sediaada di Ipoh terhad.

MB Perak Ir Nizar berpendapat Lapangan Terbang SAS, Ipoh cadangan dari beberapa pihak mengesahkan landasan ini boleh dipanjangkan dan cukup untuk pendaratan Boeing 747.

“Berdasarkan maklumat pihak ini, kita boleh memanjangkan landasan dan pesawat 747 boleh mendarat” kata Ir Nizar kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pegawai-pegawai masjid di Ipoh, 21 Dis 2008.

Pada 19 Dis 2008, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat memperbarui kenyataannya bahawa landasan Lapangan-terbang Sultan Azlan Shah Ipoh tidak mungkin dapat dipanjangkan oleh kerana kekurangan kawasan lapang. Yang kedudukannya dikelilingi gunung dan kawasan penempatan yang padat.

Ir Nizar juga menyatakan kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedang melihat kemungkinan memberi potongan 10% ke 30% setiap harga tiket tambang kepada syarikat penerbangan yang mahu beroperasi ke Ipoh.

“Kita akan berunding dengan syarikat penerbangan tempatan dan juga antarabangsa.” ujarnya. Di sini lihat gambar udara Lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh yang dicadangkan akan dinaiktarafkan...

Shahidan buktikan pemimpin UMNO selalunya liat nak lepas jawatan walaupun tak layak

|

~ KOMEN: Sebenarnya barua ni penipu, dia masih banyak duit la...

Shahidan 'pokai' tanggung PFA




PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim 'pokai' gara-gara terpaksa menanggung perbelanjaan persatuan itu seorang diri tanpa bantuan kerajaan negeri.

Mana tidaknya, beliau terpaksa menggunakan wang sendiri bagi menyara tiga pasukan yang diselia oleh persatuan itu iaitu skuad Liga Super, Piala Presiden dan KSK Tambun Tulang yang bersaing dalam Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Akibat kesempitan sumber kewangan juga PFA terpaksa menangguhkan sebulan gaji pemain dan hanya membayar separuh daripada gaji tersebut untuk bulan ini bagi menampung kos lain.

Menurut Shahidan, masalah kewangan PFA semakin kritikal ketika ini berpunca daripada kerajaan negeri yang enggan menyalurkan bantuan kewangan sehingga menyebabkannya hampir 'pokai' apabila terpaksa menghabiskan sehingga RM200,000 sebulan.

"Sekarang saya terpaksa berhutang untuk tanggung PFA, saya sudah keluarkan wang simpanan dan kini saya betul-betul 'kering' dan kena berhutang lagi untuk bayar gaji mereka (pemain dan pegawai).

"Saya menanggung PFA lebih daripada saya menjaga keluarga saya. Akibat tidak cukup wang untuk sara persatuan ini dengan ah long pun saya dah kena pinjam sekarang," katanya pada sidang media selepas perlawa- nan antara Perlis dengan Kelantan malam kelmarin.

Jelasnya, beliau meminta kerajaan negeri tampil membantu pasukan itu supaya sukan bola sepak Perlis kembali segar untuk sekali lagi mengukir kejayaan dalam kancah Liga Malaysia.

"Kerajaan negeri jangan aniaya pemain, mereka tidak boleh ambil mudah perkara ini, kalau marahkan saya pun janganlah seksa pemain. Kasihan pemain kerana mereka juga ada keluarga dan tanggungan.

"Saya dah cukup sengsara menanggung masalah ini seorang diri, semuanya saya jual cuma tinggal saham saja sikit lagi itu pun tidak boleh jual kerana harga jatuh," ujarnya.


PEMAIN Perlis meraikan kejayaan mereka menewaskan Kelantan pada saingan Liga Super di Stadium Utama, Kangar kelmarin.


Jelasnya, sehingga kini juga PFA masih belum membayar bonus sebanyak lima kali kepada pemain selepas mereka berjaya sejak awal musim lalu.

Tambahnya, keadaan itu berlarutan sejak beliau tidak diterima sebagai Menteri Besar Perlis selepas Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.

Begitupun Shahidan memberitahu, beliau berterima kasih atas komitmen pemain skuad Liga Super Perlis yang berjaya menewaskan Kelantan 2-0 di Stadium Utama, Kangar malam kelmarin, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga.

Beliau berkata, PFA turut menghadiahkan kemenangan itu kepada Raja Perlis sempena hari keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang ke-66 semalam.

Kerana ni lah Najib bagi rasuah jawatan kepada Soi Lex

|

Chua-Husam bincang 'isu sensitif'
May 18, 09 7:13pm

Pertemuan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, asalnya bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian kemelut politik di Perak.

Bagaimanapun kenyataan bekas menteri kesihatan itu boleh menimbulkan spekulasi baru apabila menyatakan terdapat "isu-isu sensitif" yang mereka bincangkan dan "tidak boleh dilaporkan."

Bekas ahli parlimen Labis itu menjelaskan, mereka berdua juga membincangkan isu-isu politik negara, selain krisis rampasan kuasa BN di negeri tersebut.

Dalam pertemuan tersebut, pihak MCA turut diwakili oleh anaknya dan ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong dan juga ahli jawatankuasa pusat parti itu Loh Seng Kok.

Dr Chua menjadi perhatian nasional akhir-akhir ini apabila muncul spekulasi beliau akan melompat kepada Pakatan Rakyat selepas didakwa telah dipinggirkan dalam partinya sendiri.

Selepas pertemuan mereka hari ini, Husam gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut.

Dalam kenyataannya, Dr Chua juga berkata orang ramai kini muak dengan permainan politik berlebihan antara BN dan Pakatan Rakyat, selain krisis berlarutan di Perak sejak Februari lalu.

Pertemuan dua pemimpin itu diusahakan oleh Husam dalam rangka PAS mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin BN.

Sabtu lalu, beliau mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pertemuan PAS-MCA itu, Dr Chua berkata beliau menyatakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, jika disahkan sebagai menteri besar Perak, wajar mengadakan sidang tergempar DUN bagi menguji sokongan yang diperolehinya.

Tambahnya, jika gagal mendapat sokongan, beliau wajar meletakkan jawatan dan membenarkan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir mengambil alih kerajaan.

Atau, tambah Dr Chua, Mohammad Nizar membubarkan DUN dengan keizinan Sultan Perak.

"Bagaimanapun, saya juga menjelaskan bahawa sama ada Pakatan Rakyat atau BN berjaya, mereka tidak akan boleh membentuk kerajaan yang stabil," katanya lagi.

"Kami setuju bahawa terlalu banyak permainan politik buat masa sekarang. Rakyat sudah meluat pada ahli-ahli politik."

Beginilah caranya UMNO bagi rasuah kepada bangsa lain

|

~ KOMEN: Dapat pangkat jeneral wa cakap cakap lu... camne pun jawatan tu hanya boneka je...

BN lantik Chua ketua penyelaras rampas negeri Pakatan
Jimadie Shah Othman | May 18, 09 7:23pm

Dewan Tertinggi BN hari ini melantik Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai ketua penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat.

Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan jawatan baru yang diperkenalkan 'untuk memfokus terhadap negeri-negeri yang bukan diperintah oleh BN.

Jangan percaya kata-kata Najib 'BN enggan lawan PKR di Penanti'

|

BN enggan lawan PKR di Penanti
Jimadie Shah Othman | May 18, 09 6:50pm

kemaskini 8.24pm Seperti dimaklumkan lebih awal, Barisan Nasional tidak bersedia mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Aku gembira dan was-was bila pemimpin UMNO berkata begini

|

AKU GEMBIRA

DUN Perak dibubar hanya khabar angin - Zambry
Isnin Mei 18, 2009

SERI ISKANDAR: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menafikan desas-desus kononnya Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat dan menyifatnya sebagai satu khabar angin yang sengaja dimainkan oleh pakatan pembangkang.

"Biarlah ia kekal sebagai khabar angin buat mereka kerana kita tahu memang itu (bubarkan DUN) yang mereka inginkan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian sambutan Jubli Perak dan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota dekat sini oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

TAPI AKU WAS-WAS

Ditanya sama ada satu sidang khas DUN Perak akan diadakan pada minggu depan, Zambry berkata: "Itu juga saya anggap sebagai khabar angin."

Elizabeth Wong kata TG Nik Aziz adalah 'the best and the great'

|

KETEREH, 17 Mei (Hrkh) - Kerajaan Selangor mendedahkan ada pihak mengadu sukar melaksanakan projek di negeri terbabit kerana tidak ada budaya suapan sejak diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.

Anggota Exco, Elizabeth Wong berkata, ketelusan yang diamalkan menyebabkan budaya suapan yang berleluasa di bawah kerajaan terdahulu tidak lagi berlaku sekarang.

Katanya, budaya suapan tidak berlaku kerana pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi seperti makan angin ke Disneyland atau jumpa Mickey Mouse dan Donald Duck.

"Tapi wang rakyat digunakan untuk rakyat. Contohnya kerajaan negeri mengadakan skim Takaful untuk warga emas seperti dilaksanakan di Kelantan.

"Kerajaan Selangor juga akan menubuh tabung khas bayi baru lahir. Dan apabila usianya meningkat 18 tahun mereka boleh keluarkan tidak kurang dari RM1,500," katanya pada ceramah di Taman Puspa, Kok Lanas, malam semalam.

Oleh itu Elizabeth mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor banyak menerima tekanan pelbagai pihak termasuk Umno dan golongan kapitalis sejak memerintah negeri terbabit.Image

Bagaimanapun katanya, tekanan itu tidak mematahkan semangat kerajaan yang sentiasa menyedari mendapat sokongan padu rakyat.

"Kita tidak takut kepada sebarang tekanan. Kita dipilih oleh rakyat. Maka amanah rakyat menjadi kewajipan kita. Tidak ada sebab untuk takutkan kepada tekanan," jelasnya.

Menurutnya juga keseluruhan rakyat Selangor menerima baik kerajaan sekarang kerana banyak membawa pembaharuan kepada kestabilan tanpa mengira kaum.

Pada ceramah itu beliau melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

Image "Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw. - mj

Menteri Luar Anifah Aman harumkan nama Mongolia dan Kerajaan Perak di Washington!

|

~ KOMEN: Kau ingat kau berucap di perhimpunan agung UMNO ke?



QUESTION: You can do it. Opposition leader – or opposition figure Anwar Ibrahim faces charges again, and I believe a trial later this summer, on charges that the State Department itself in the annual human rights report said are politically motivated. Did you raise his case specifically in your meeting today?

And, Mr. Minister, if you would care to comment on that case and specifically on the American position that the charges against Mr. Ibrahim are politically motivated.

SECRETARY CLINTON: Well, with respect to the latter question, we raised rule of law issues and the larger questions concerning the institutional reforms that Malaysia has been pursuing. We’re on record as to our opinion as to that particular case, and I think that speaks for itself.
...

FOREIGN MINISTER ANIFAH: I’d like to address the comment on Anwar Ibrahim. You know, we have utmost faith in our judicial system. And recently, as late as a few days ago, the court has declared that the chief minister of a particular state which comes from the opposition as election of a chief minister which is a rulings against the government. And insofar as Anwar Ibrahim is concerned, (inaudible) he – we know him very, very well. And he has – more or less, what he has said, especially overseas, most of the things are untrue; for example, like the involvement of our honorable prime minister and the murder of a Mongolian citizen. And he has repeatedly said before the elections that he will provide evidence and yet, until today, he has not given anything.

And also just for the information of the audience here that, you know, he also said that he will form a government on 16 September and he has changed the dates many time. And he was trying to entice the members of parliament. And I was personally offered to jump into the oppositions and offered a very lucrative position, and also to be told it’s like a deputy prime minister. And these are not known to the world at large. And he has started, you know, trying to buy into other, you know, legislative members. And I think what he is doing – he has not accepted the result of what – the last elections. And we have lost five states and we willingly and accept the people’s verdict. And all the time we leave it to the people to decide, and which, on the other hand has not been able to accept.

And it’s also my concern and that of our government that it is what he has been doing overseas to tarnish the image of Malaysia, which impinge trade and indirectly and directly, you know, bring hardship to the people of Malaysia, which he said he’s very, very concerned about. And therefore, it is our wish and hope that he will respect the democratic system in Malaysia, which is very open and which, I think, we have conformed to the wish of the people. And we have repeatedly told him that if he believes that he is the rightful prime minister, or his party has been sidetracked, then it is – wait for the next election. And he has continuously gave wrong impressions and accused all the government officials of being corrupted, which is part and parcel of the system (inaudible). And the people have rejected him in Malaysia, and is a proof that he has not been able to accept.

Keputusan undian MStar Online, majoriti rakyat Malaysia pilih Nizar dan tolak Zambry

|

http://3.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/Sg6yno3AX3I/AAAAAAAAFIs/BgQQU-seeTM/s1600/mstarnz.jpg

Keputusan undian MStar Online pada hari ini (16.5.2009)

Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir 34.2%

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 65.8%

Majoriti rakyat Malaysia mahu DUN Perak dibubarkan

|

ntv7smspoll

Keputusan Undian SMS Dalam NTV7 (Edisi Bahasa Inggeris) Jam 8.00 Malam 14.5.2009

Pilihanraya baru diadakan di Perak bagi menyelesaikan kekalutan politik Perak

Ya: 99%
Tidak: 1%


http://1.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/Sg6ySEfUngI/AAAAAAAAFIk/JwQj1n3e0v0/s1600/bharian1.jpg

Keputusan undian Berita Harian Online pada hari ini (16.5.2009)

Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan?

Ya 87.7%
Tidak 10.6%
Berkecuali 1.7%

VK Linggam terlibat dengan kes rayuan Zambry MB Haram?

|

HAKIM MAHKAMAH RAYUAN KES MB PERAK ADALAH LANTIKAN LINGGAM
Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.

kah kah kah… KOREK… KOREK… KOREK… kah kah kah..

kah kah kah… PATUTLAH PINTANG BIN PUKANG… kah kah kah…

kah kah kah… BARULAH SATU MALAYSIA FAHAM…. kah kah kah….

Che Det tambah ketakutan Najib supaya tidak cuba sahut cabaran pilihanraya negeri

|

Pakatan menang jika p'raya di Perak
Andrew Ong | May 14, 09 1:15pm

Tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat yang berlarutan sejak Februari lalu, kata mantan perdana menteri.

Jika ia diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Rakyat akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.

Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat.

"Inilah tanggapan saya. Saya tidak membuat sebarang tinjauan.

"Hanya tanggapan selepas keputusan di (pilihanraya kecil) Bukit Gantang dan macam-macam lagi, dan juga dengan bercakap dengan orang lain," katanya di Cyberjaya hari ini.

Dr Mahathir merujuk kemenangan besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan di Perak, di kerusi parlimen tersebut pada 7 April lalu.

Nizar sekarang terus bertarung untuk mendapatkan jawatannya itu daripada menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir selepas tiga ADUN Pakatan berpaling tadah, awal Februari lalu.

Nazri Botak Padang Rengas kata Pilihan Raya Negeri akan memecah-belahkan rakyat?

|

Pilihan Raya Negeri Perak Akan Wujudkan Polarisasi Kaum: Nazri
15 Mei, 2009 22:12 PM

KUALA KANGSAR, 15 Mei (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum.

Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.

"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecah-belahkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Mesyuarat Agung Cawangan-Cawangan Umno Bahagian Padang Rengas di siniJumaat.

Katanya pilihan raya negeri Perak juga hanya akan menyebabkan perbelanjaan besar duit rakyat kerana dianggarkan kos sebanyak RM40 juta diperlukan kerana membabitkan 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, katanya Umno tidak bimbang untuk menghadapi pilihan raya negeri Perak kerana yakin menang kerana Barisan Nasional kini mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan mempunyai sokongan tiga wakil rakyat Bebas. -- BERNAMA

Klip video program MIC, gimik lagu Star Wars dan lawak jenaka Darth Vellu

|

3 anggota UTK dituduh rompak pelajar

|

3 anggota UTK dituduh rompak pelajar
Oleh Siti Nurazlinee Azmi
sitinurazlinee@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Tiga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman dan seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap lapan tuduhan merompak lapan pelajar, pada April lalu.

Tertuduh, tiga anggota UTK yang kini digantung tugas Koperal Sabaruddin Harun, 32; Pemangku Koperal Ahmad Razi Abd Talib, 27; Lans Koperal Aminuddin Salim, 28 dan Zaidi Abdullah@Mohd Yusoff, 34, memohon untuk dibicarakan terhadap tuduhan itu.

Mereka didakwa merompak wang tunai RM320, lapan telefon bimbit, dua cermin mata, tiga minyak wangi, rantai emas, gelang perak dan dua cincin milik Tan Kai Huat, 35; Liang Hwa Lei, 40, Liang Sin Yee, 17; Tan Thiam Heng, 15; Lee Kah Wai, 24; Liang Chun Loong, 21; Tan Thiam Keong, 13 dan Liang Min Kong, 15.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di No 115 Jinjang Selatan Tambahan, Sentul di sini, jam 11 malam, 11 April 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sabaruddin juga menghadapi satu lagi tuduhan iaitu menunjukkan senjata api jenis ‘glock’ ke atas Sin Yee ketika melakukan rompakan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971, yang boleh dihukum penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt menawarkan jaminan RM24,000 untuk semua tuduhan bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Sabarudin dengan alasan dia menghadapi dua tuduhan termasuk mengikut Akta Senjatapi.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin kemudian memerintahkan Ahmad Razi, Aminuddin dan Zaidi dikenakan jaminan RM10,000 bagi lapan tuduhan dengan seorang penjamin.

Zainal Abidin turut mengenakan syarat iaitu, mereka perlu melapor diri di Balai Polis Bukit Aman setiap minggu kecuali Zaidi di Balai Polis Melaka Tengah, setiap dua minggu.

Peguam semua tertuduh, Pritam Singh Doal memohon supaya mahkamah membenarkan Sabaruddin diikat jamin kerana anak guamnya menghidapi sakit tulang.

Sabaruddin tidak ditawarkan jaminan dan mahkamah menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan semula kes ini dan meneliti laporan perubatan Sabaruddin bagi mahkamah mempertimbangkan semula jaminannya.

Nak tau kenapa Zambry tersangkut di pagar Bangunan SUK Perak?

|

Undi Tidak Percaya Kepada Zambry Pula!
PKR Gerik, Thursday, May 14, 2009

Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (sebagai Menteri Besar) jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya.

"Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini.

(Sumber: star online)

pendikar gunung kriang: Bagi Mahathir hanya ada dua pilihan: bubarkan DUN atau undi tak percaya kepada DS Nizar.

Tapi Mahathir kata pilihan pertama berisiko tinggi: jika bubarkan DUN dan buat pilihanraya baru, BN pasti kalah. Oleh itu yang ada cuma pilihan kedua: buat undi tidak percaya kepada Nizar dalam sidang DUN.

Tapi bagaimana hendak buat undi tidak percaya kepada Nizar sebagai Menteri Besar, sedangkan Zambry sekarang mengaku dialah Menteri Besar Perak. Jika hendak buat undi tidak percaya kepada Nizar, jawatan Menteri Besar perlu dikembalikan semula kepadanya dan lepas itu barulah undi tidak percaya kepada Nizar sebagai Menteri Besar boleh dibuat. Masalahnya Zambry tidak mahu Nizar kembali menjadi Menteri Besar, walaupun hanya sehari.

Jadi jika pilihan pertama dan kedua seperti yang disyorkan Mahathir tidak boleh pakai, apa pilihannya lagi?

Ada satu lagi pilihan untuk BN: pilihan ketiga. Pilihan ketiga ialah undi tidak percaya juga....tapi bukan kepada Nizar, ia undi tidak percaya kepada Zambry! Zambry telah banyak melakukan kerosakan kepada Perak, memang wajar undi tidak percaya diusulkan kepadanya.

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

Masa bomoh masuk DUN Perak hari tu ngape Kak Mas senyap?

|

Mashitah tegur JAIM



PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) menegur Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana tidak mengambil tindakan segera bagi membendung kegiatan khurafat di Pulau Besar.

Beliau berpendapat, JAIM sepatutnya proaktif dalam mencegah kegiatan tersebut kerana ia bukan peristiwa baru.

"Perbuatan khurafat seperti melakukan penyembelihan haram dan pemujaan adalah salah dari segi akidah serta dilarang dalam Islam.

"Ia sepatutnya dicegah segera sebelum berleluasa dan akhirnya sukar dibendung,'' katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar IslamGRID di sini semalam.

Beliau mengulas pendedahan Kosmo! selama tiga hari bermula 9 Mei lalu mengenai kegiatan itu yang menurut penduduk tempatan semakin menjadi-jadi.


SMS member: Allah pilih Nizar, Perak=Zaman Emas. Najib pilih Zambry, Perak=Zaman Batu

|

Soalan SMS: Aku dah rasa pelik. Sape MB Perak sekarang?

Balasan dengan email bawah ni:

Salam tuan,

Tadi dapat sms hang. Aku balas email je la. Kami yang tinggal di Perak ni dah lali dengan perkara pelik ciptaan UMNO. Mula-mula dulu memang sakit hati, tekanan dan rasa susah nak bernafas. Tapi syukur pada Allah sekarang ni dah boleh terima hakikat apa yang berlaku. Setiap perkara yang berlaku tidak kira pelik ataupun tidak, pasti ada hikmahnya. Kalau kau perasan bila Allah pilih Nizar jadi MB tahun lepas, negeri Perak menempuh Zaman Emas. Tapi bila dirampas UMNO, Najib pilih Zambry. Tak sampai 3 bulan Zambry jadi MB, negeri Perak bertukar jadi Zaman Batu. Semua perkara sudah menjadi tidak penting. Apa yang penting ialah rakyat Perak semakin meluat dengan UMNO dan UMNO tidak akan ada lagi harapan untuk memerintah Perak di masa depan. Itulah hikmahnya...

KESIMPULANNYA: Pilihan Allah adalah yang terbaik!

Aku tak puas hati Gandhi Kadir pilih kaler yang sama. Mana pejuang melayu!!!

|

OPSS! Silap, yang betulnya Zambry Kadir@Kadiaq





Kisah YB pakai kain pelikat, baju melayu dan berkopiah naik bas di Hentian Putra

|

dari blog YB Idham

Aku meneruskan bacaan. Tiba-tiba mata aku tertarik kepada seseorang yang sedang berjalan di hadapan aku. Dia berhenti sekejap di depan aku, mengangkat tangan sambil tersenyum kepada seseorang, mungkin orang yang dikenalinya. Dia kemudiannya meneruskan perjalanannya ke tempat bas menunggu. Basnya dah sampai mungkin. Aku seperti mengenali orang yang berhenti di depan aku tersebut. Mukanya pernah aku lihat beberapa kali sebelum ini. Tapi di mana ye? Bak kata Yasin ex-senario.

Aku memerah fikiran beberapa ketika, cuba mengingat kembali di mana aku pernah melihat wajah tersbut. Subhanallah! Jawapannya, mengejutkan aku. Orang yang aku lihat sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan aku, Kemuning. Ustaz WAN AHMAD LUTFI WAN SULAIMAN namanya (gambar). Dia bekas Imam Masjid kampung bersebelahan kampungku sebelum diminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi calon PAS untuk PRU-12 baru-baru ini. Ya Allah, aku tak sangka, seorang Yang Berhormat sanggup bersama-sama kami rakyat kebanyakan menaiki bas ekspres balik ke kampung. Pakaiannya terlalu simple, hanya mengenakan kain pelikat, baju melayu dan berkopiah. Tiada bezanya dengan jiran-jiranku yang kerja mereka hanya menanam padi dan menoreh getah. Langsung tiada ciri yang menunjukkan beliau seorang Yang Berhormat. Aku tidak pasti sama ada dia hanya berseorangan atau dengan keluarganya sebentar tadi, tapi yang pasti, tiada segerombolan orang yang mengiringinya. Tidak seperti kebiasaan YB-Yb lain yang kalau berjalan tanpa pengiring-pengiring, semacam tak sah. Dan anda hanya akan dapat berjumpa mereka apabila ada lawatan atau majlis rasmi, yang mana mereka dijemput sebagai VIP(very important person) hanya untuk tengok-tengok, berucap dan merasmikan majlis. Itu nenek aku pun boleh buat.

Anda semua bayangkan, betapa rendah dirinya beliau. Sanggup bersesak-sesak di stesen Putra, bersama-sama rakyat menaiki bas ekspres yang mengambil masa 6 jam, yang semestinya tidak seselesa menaiki kapal terbang untuk balik ke kampung halaman. Ditambah pula risiko kemalangan yang terlalu tinggi seperti kita biasa baca di dada-dada akhbar. Aku tahu, bukannya dia tak mampu untuk naik kenderaan yang lebih selesa. Gaji ADUN campur elaun-elaun yang diterima, lebih daripada sepuluh ribu. Boleh je kalau dia nak naik kapal terbang. Lagipun, kalau travel atas urusan rasmi, boleh claim mileage atau tiket. Tapi dia tetap memilih bas. Aku yakin, kalau YB-YB lain, paling lekeh pun akan naik flight, dan semestinya MAS. Air Asia jauh sekali. Kalau tak pun, mungkin akan menaiki kereta yang dipandu driver untuk ke KL. Kereta pula bukan sebarang kereta. Mercedes itu biasa. Itu aku yakin. Satu lagi perkara yang aku pasti, aku tidak akan jumpa Annuar Musa di Hentian Putra untuk menaiki bas. Tidak juga Awang Adek. Mustapa Mohamad tak mungkin. Tengku Razaleigh juga mustahil.

Kepada Ustaz Wan Lutfi, “Kullu ‘aam wa antum bi khairin ya Abi” (Setiap tahun anda sentiasa dalam kebaikan, wahai ayahanda)

Is this experience shows the new Malaysia which we all wait for? Let’s all work hard for this new Malaysia, with God’s willing. With more people like Ustaz Wan Lutfi in the forefront, I am sure we’ll achieve it. Soon.

dari: ibnu mahmood al kalantani
newcastle upon tyne
UK

Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah & mengesahkan bahawa Nizar adalah MB yang sah

|

dari Peguam Nizar

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Oh tidak! Dah la haram gila pulak tu...

|

Macam tak caya je baca point2 yg keluar dari tulisan Zambry ni... cakap tarak srupa bikin la dey!!!
  1. Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.
  2. Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.
  3. Memetik kata Martin Luther King Jr, kegelapan tidak akan mengatasi kegelapan. Kebencian tidak akan menghapuskan kebencian, hanya kasih sayang mampu mengubahnya. (Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.)
dr.rafick says this:
  • As for Zambry, before you equate yourself with Mandela or Ghandiji, I suggest you might want to consider spending some time in jail and go through what this two great man has gone trough. Otherwise you only deserve my slippers.
In Wikipedia, Zambry is not on the list of current and former detainees under the Internal Security Act [here].

Boleh ke Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Roslin untuk menangguhkan keputusan ni?

|

~ JAWAPAN: Boleh tapi keputusan tetap tak berubah

Roslin-Faizah sah bercerai talak satu Bain Sugra

Roslin Hashim. - foto THE STAR oleh MOHD. FAIHAN

PETALING JAYA: Kes perceraian pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim dengan bekas isterinya, Faizah Mohammad disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, petang tadi.

Hakim Syarie, Jamil Ahmad berkata, mahkamah membuat keputusan itu setelah memutuskan talak yang dilafazkan oleh Roslin pada pukul 10.50 malam, 11 Februari di rumah ibu bapa plaintif (Faizah) di Taman Puchong Perdana adalah sorih, dibuat dalam keadaan sedar serta mengikut hukum syarak.

Menurutnya, mahkamah juga membuat keputusan itu berdasarkan sumpah terdahulu Roslin yang tidak pernah bersetubuh dengan bekas isterinya.

"Plaintif (Faizah) tidak ada edah jadi tidak boleh rujuk. Kalau nak kembali, kena kahwin semula," katanya.

Ekoran itu, mahkamah menjatuhkan talak Bain Sughra dengan satu talak.

Talak Bain Sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan yang baru walaupun isterinya di dalam edah.

Faizah Mohammad bersama peguamnya, Musa Awang. - foto THE STAR oleh MOHD. FAIHAN

Perkahwinan Roslin dan Faizah yang berlangsung pada 30 Januari lalu telah menimbulkan kontroversi apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya selepas 12 hari mereka bernikah.

Berikutan itu, Faizah telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini manakala Roslin juga berbuat demikian.