Lembu tu bukan utk SPRM tapi hadiah untuk orang yg muka dan perangai macam lembu

|


Pemuda PKR serah SPRM lembu hina kerajaan, satu kesalahan
Ahad Mac 1, 2009

Ahmad Said: Anggota AMK bertindak emosional

PROTES... Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin (dua dari kiri) menunjukkan lembu yang diserahkan secara simbolik kepada SPRM di Shah Alam Rabu lalu. SPRM menyifatkan ia sebagai tindakan menghina kakitangan awam dan kerajaan.

PETALING JAYA: Tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghadiahkan lembu sebagai simbolik berhubung isu siasatan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "merupakan penghinaan kepada kerajaan."

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, menghina kakitangan awam yang menjalankan tugas mereka juga satu kesalahan.

"Ia adalah penghinaan kepada kerajaan. Kita telah buat laporan polis mengenai hal itu dan kini terserah kepada polis.

"Menghina kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka adalah satu kesalahan," kata beliau dalam temu bual dengan Sunday Star dan mStar Online baru-baru ini.

Tambah beliau, anggota AMK menggunakan lembu untuk memperolokkan orang lain.



"Itu bukan sesuatu yang baik. Pada saya, itu memperolokkan kami... mereka memperkatakan tentang profesionalisme tetapi mereka sendiri tidak profesional.

"Mereka emosional. Kita baru membuat sedikit penguatkuasaan dan mereka sudah mula berkata macam-macam tentang kita," katanya.

Tambah beliau, sebelum ini apabila SPRM menangkap mereka di kerajaan dan sektor swasta, pihak pembangkang itu tidak pula berkata apa-apa.

Pada Rabu lalu, AMKN menyerahkan seekor anak lembu kepada SPRM sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan Ahmad Said bahawa badan itu mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Khalid berhubung kesalahan salah guna kuasa.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, anak lembu itu adalah sebagai simbol bantahan mereka terhadap SPRM yang dilihat bersungguh-sungguh menyiasat kes Khalid yang didakwa menyalah guna kuasa berhubung penyenggaraan sebuah keretanya dan dalam pembelian 46 ekor lembu korban di kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

"Dalam kes MB Selangor yang kita protes hari ini, dalam keadaan kertas siasatan masih berstatus rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah membuat kenyataan mendahului mahkamah untuk memulakan pendakwaan ke atasnya," katanya.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said berkata SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mengheret Khalid ke muka pengadilan berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun Ahmad Said mempertahankan kenyataannya itu.

Celaka: Bekas MB Perlis kata Pemuda 'Pondan' UMNO bodoh dan tidak bertamadun

|

Yang Dipertua Dewan Negara sifatkan penyerang Karpal tidak bertamadun
Abdul Aziz Mustafa
Fri | Feb 27

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menyifatkan Pemuda Umno yang melakukan serangan ala-gangster ke atas Ahli Parlimen berkerusi roda dan berusia 69 tahun, Karpal Singh di dalam bangunan Parlimen semalam sebagai orang yang tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka, lapor mStar Online. Beliau mengingatkan, Parlimen sepatutnya menjadi tempat yang bebas untuk membahaskan sebarang isu tanpa dihalang oleh mana-mana pihak.

Beliau menyifatkan kejadian itu berpunca dari "kebodohan kumpulan tertentu".

Beliau juga menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia.

"Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini, hari ini.

Petang semalam, suasana di bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berindak ala-gangster mafia mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika Karpal masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.

Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor.

Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.

Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.

Tiga ketua Pemuda Umno bahagian yang hadir telah bercakap dengan pemberita. Mereka ialah Ungku Salleh Ungku Jamal (ketua Pemuda Umno Serdang), Megat Zulkarnain Omar Din (ketua Pemuda Umno Gombak) dan Lat Sharizal Abdullah (ketua Pemuda Umno PJ Utara).

Sementara itu, ahli Parlimen DAP mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ.

Ahli Parlmen DAP, Lim Lip Eng juga mendakwa beliau telah dipukul oleh kumpulan anggot Pemuda Umno itu.

Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.

Lim juga mengadu bahawa pihak polis dan anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal ketika kejadian walaupun beliau memanggil mereka untuk melindunginya dari serangan itu.

Apabila pemimpin UMNO membuat penafian terbuka, maka betullah tuduhan itu...

|

KUALA LUMPUR: “Mana ada kita tawar duit berjuta-juta... ini mengarut,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat mereka cuba disogok pemimpin Barisan Nasional (BN) Perak untuk melompat parti.

Mohd Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, beliau tidak tahu apa-apa mengenai dakwaan itu dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan.

“Perkara itu terpulang kepada SPRM untuk melakukan siasatan...saya tidak tahu apa-apa,” katanya selepas Mesyuarat Menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) Mengenai Jaminan Makanan di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Setiausaha Agung D-8, Dr Dipo Alam.

Mohd Najib berkata, pihak berkenaan boleh membuat laporan kepada SPRM tetapi perlu bersedia menerima akibatnya apabila ia didapati palsu.

“Saya ingin memberi peringatan, kalau dakwaan itu didapati tidak benar, maka mereka perlu tanggung akibatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri dan Adun Malim Nawar, Kesvinder Singh Kashmir daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuat aduan kepada SPRM kelmarin mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sekiranya keluar parti.

Mereka mendakwa ditawarkan wang antara RM3 juta hingga RM20 juta selain jawatan tertentu dalam kerajaan negeri jika melompat parti.

Khairy Jebon main sentimen sambil kuncu-kuncunya buat provokasi. Ini taktik lama la bro...

|

Hujah Mukhriz Mahathir, calon Ketua pemuda UMNO di TV 9

|

Manakala Mukhriz pula berkata, Umno telah agak terpesong dari halatuju asal parti itu sejak tahun 2004 dan ia merupakan antara sebab rakyat hilang kepercayaan kepada Umno dan BN.

“Bila ini berlaku, maka merundum sokongan dari rakyat, Perbezaan keputusan pilihanraya umum 2004 dan 2008 seperti langit dan bumi..,” tegasnya.

Usaha untuk memulihkan semula Umno, menurut Mukhriz, memerlukan rombakan di peringkat kepimpinan tertinggi kerana parti memerlukan kepimpinan yang tegas.

“Kita sudah menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair… Rakyat tidak lihat kita benar-benar berpegang kepada perjuangan kita.

“Ucapan kita sudah jadi retorik, dan orang kata kita retorik dan tidak amalkan apa yang kita cakap…,” katanya.

Berikutan itu, tambahnya, lahir banyak NGO yang telah mengambil alih peranaan Umno dan mendapat sokongan dan ramai ahli. ~~Kelab Penyokong Maya UMNO

rupa sebenar UMNO:

Pemuda 'Pondan' UMNO beri tempoh 24 jam buktikan dakwaan dalang pengiriman peluru

|



KUALA LUMPUR - Lobi Parlimen semalam kecoh apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh 'dikepung' oleh sekumpulan Pemuda UMNO Selangor semasa beliau tiba di pekarangan bangunan itu.

Tindakan itu kerana mereka ingin meminta Karpal memohon maaf berikutan tuduhan bahawa pergerakan tersebut dalang di sebalik pengiriman dua butir peluru kepadanya.

Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan kata-kata 'celaka' yang diungkapkan oleh Karpal di Dewan Rakyat kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, kumpulan terbabit yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda UMNO Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din mengepung Karpal sambil mendesak beliau meminta maaf, namun Pengerusi DAP itu berdiam diri dan enggan berbuat demikian.

Keadaan selepas itu menjadi kecoh apabila beberapa ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat seperti Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) serta Lim Lip Eng (DAP-Segambut) datang sehingga berlaku kejadian tolak menolak.

Anggota keselamatan yang bertugas di bangunan Parlimen kemudian bertindak membawa Karpal masuk ke dalam dewan persidangan.

Perdana Menteri pembohong yang sudah tidak dihormati Menteri bawahan

|



Bantah tol naik: PM bawa ke Kabinet hari ini

Ramai pemimpin politik terkejut kenaikan terbaru ini

[DIKEMAS KINI] PATTAYA, Thailand: Dalam reaksi segera, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya - yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini - kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya hari ini.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan.

"Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini semalam.

Dipetik Bernama, Abdullah berkata. walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.

"Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat, Lebuh Raya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Abdullah berkata, sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ini mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini.

"Kalau kerajaan sendiri telah mengambil pendekatan ini memandangkan rakyat dalam keadaan kesusahan dan di samping itu ekonomi dapat dirangsangkan, saya fikir perkara ini (kenaikan) boleh dibincangkan semula dalam Kabinet mengambil kira situasi yang ada sekarang ini," kata beliau.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan menyatakan sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, sebaliknya berkata, bahawa ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima.

Sebarang keputusan perlu mengambil kira keadaan sekarang, katanya.

Hebat! Pemuda 'Pondan' UMNO seludup masuk gangster ke parlimen utk serang OKU

|



KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno Selangor 'menunjukkan fizikal kekuatan' dengan bergelut di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan 'celaka' semalam.

Insiden kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.

Semalam, Karpal menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Apa masalah kerih ni? Ada jawapannya...

|

masalah...


jawapan...

Kenaikan tol adalah signal bahawa UMNO-BN tidak mampu memenangi 3 pilihanraya kecil

|

Pemuda 'Pondan' UMNO yang tak habis-habis memalukan orang melayu

|

Dulu...


Kini...


Dan selamanya...

Komando Malaysia pun tulis/baca blog, tak setuju Pak Lah di anugerah Green Beret

|

DisHonor to the Green Berets !
[Dishonor.jpg]

How Dare you General ! Dishonoring our Code and placing the Beret on such an Unworthy Human ... You have brought Shame to our Beloved Corps ... May the Souls of The Band of Brothers find it fit to forgive you ... and to Abdullah Ahmad Badawi ...i can say only this to you sir ... Antiquis temporibus, nati tibi similes in rupibus ventosissimis exponebantur ad necem.

Anonymous said...

Bro Templar,

Kita spent 6 minggu in blood, sweat and tears to earn the beret, this nincompoop senang2 jer dapat and according to some half-cooked reporters, this recipient is considered among the command and do...(command and do, hence commando)...

Sedih Bro, mcm ni punya mangkuk hayun pun boleh dapat beret, by not having to have second thought at the entrance (of the camp) with signage like "kedatangan anda tidak diundang, jika ragu-ragu lebih baik pulang", remember Bro? Belum training tapi baru sampai depan kem sudah ada greeting mcm tu...

He ain't know squat about RGK ke, GGK ke, anything et all and this stupid cock-sucker general simply put "our mahkota" on this piece-of-shit...apala nak jadi GGK kita ni Bro?...

Astagfirullahilazim...

Salam dari Mergong...

February 13, 2009 10:10 PM


Ishak Mi5
said...

the most sickening thing squad ! aku sedih he's wearing the same beret that we EARNED !

February 16, 2009 10:45 AM


Knights Templar said...

Guys ... thanks for the comment ... the beret is not the same as a Datukship ... i really shed tears ... two of my buddies died trying to get the beret ... so i feel ! My apologies kalau bahasa terkasar ...mr ex navy ... mangkok hayun he is ... thanks !

February 16, 2009 10:48 AM

Jasa Hj Nizar kepada sekolah agama rakyat

|

[Scan10001.JPG]

Nak tau jenis pembangunan yg UMNO dah buat di Bukit Gantang?

|

Snapshots from Bukit Gantang

bkt-gantang-taiping-sepetang-and-charcoal-kilns-022

A small white elephant in Bukit Gantang? - Photos by Jong

You have seen them dotted all over the country. Small projects which never really take off after construction. The amounts involved may be small - but they all add up. Who really benefits from all these small white elephants?

bkt-gantang-taiping-sepetang-and-charcoal-kilns-024

In a sorry state…

Christiano Ronaldo Pun Naik Air Asia

|

Christiano Ronaldo Pun Naik Air Asia
February 26, 2009

Kita boleh dengar cerita pasal kejatuhan ekonomi,kemelut ekonomi,orang dibuang kerja,harga saham merudum...mungkin betul la kot bak kata orang-orang kuat kerajaan,kita terlepas daripada kejatuhan ekonomi sebab kita telah pun bersedia dan ekonomi kita punya orang bijak pandai menguruskan masalah negara kita.

Bayangkan,
AIG,sebuah institusi perbankan di Amerika menarik diri dari menjadi penaja jersi Manchester United.Kita bukan bercakap pasal Bank Simpanan Nasional di sini..kita bercerita mengenai badan perbankan nombor 18 terbesar dunia.

Sekarang siapa pulak yang bersemangat nak taja Manchester United?Air Asia.Tak cukup dengan penajaan rasmi airline Manchester United,mereka di datangi jemputan Manchester United untuk menjadi penaja dan nampak benar Tony Fernandez suka betul,memang eager nak taja.Mungkin benda ni menguntungkan dari segi ekonomi tapi inilah masalah Malaysia sebenarnya...khidmat yang ditawarkan takde lah sehebat mana,yang penting benda tu laku dan popular.

Hebat kan Malaysia?Pernah ada bangunan tertinggi dunia tapi sayang banyak ruang kosong dalamnya.Punya litar F1 antara terbaik di dunia,sayang ramai lagi yang tak mampu beli kereta nasional lagi.Ada sumber dan hasil yang kaya,sayang yang menguruskannya kerajaan berotak kera.

Kat Malaysia,paling penting kita popular.
Servis dan khidmat,belakang kira.Asal popular tu dah kira bagus.

Inilah bukti betapa lemahnya pemikiran Hamid Albar ketika rakyat bergelut mencari kerja

|

Pelajar asing boleh kerja sambilan

KUALA LUMPUR - Warga asing yang memiliki pas pelajar dibenarkan bekerja sambilan tidak melebihi 20 jam seminggu dalam sektor tertentu semasa cuti semester.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perkara itu dibenarkan demi mengelak unsur diskriminasi yang mungkin dirasakan di kalangan pelajar asing di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

"Mereka boleh bekerja selama 20 jam seminggu sama ada dalam sektor perhotelan, stesen minyak, pasar mini mahupun restoran,'' katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) di Dewan Rakyat semalam.

Namun Syed Hamid menegaskan, pelajar asing itu hanya boleh bekerja selepas melalui tapisan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia dan hanya selepas itu pas kerja dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

Bagi pelajar tempatan, Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran untuk mereka bekerja sambilan tetapi kaedah pelaksanaannya bergantung pada budi-bicara universiti masing-masing.


~Komen: Tindakan ini hanya menggalakkan penyalahgunaan visa untuk belajar dan rasuah. Sila baca berita di bawah (berita pada hari yang sama) tentang nasib pekerja tempatan.

58,000 dijangka hilang kerja

KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangkakan seramai 40,000 hingga 58,000 orang akan diberhentikan kerja tahun ini ekoran krisis ekonomi global.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berkata, angka sebenar bergantung kepada perkembangan ekonomi global dan sejauh mana kesan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi pertama dan kedua kelak.

“Krisis ekonomi global telah memberi impak besar terutamanya kepada sektor pembuatan apabila permintaan bagi banyak produk pasaran eksport telah menurun.

“Ini telah menyebabkan syarikat pengeluar terpaksa mengurangkan pekerja melalui tindakan pemberhentian tetap, sementara dan skim pemberhentian sukarela (VSS),’’ kata Noraini pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Bagi memastikan peluang kerja menyebelahi rakyat tempatan, kementeriannya telah memutuskan agar pengambilan pekerja asing dibekukan bagi sektor pembuatan terutama dalam industri elektrik dan elektronik, tekstil, pakaian serta sektor perkhidmatan.


Sila siasat sama ada Jamaludin didera oleh pihak polis atau tidak

|

baca perenggan ni:

Jamaludin mendakwa kes tersebut dibicarakan selepas dia membuat pengakuan melakukan pembunuhan itu kepada polis kerana tidak tahan berada dalam tahanan sejak 1 April 2005.


Saya tahu saya tidak bersalah – Jamaludin

JAMALUDIN lega selepas dibebaskan daripada tuduhan membunuh seorang wanita empat tahun lalu.


KUALA LUMPUR – “Saya tahu Tuhan akan makbulkan doa saya dan keluarga kerana saya tidak bersalah.

“Wanita yang ditemui mati dibunuh itu pula tidak saya kenali.’’

Demikian luahan bekas penjual burger, Jamaludin Samad, 24, yang dibebaskan tanpa membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini kelmarin daripada tuduhan membunuh Norazwin Zhari, 23, pada 29 Mac 2005.

Jamaludin mendakwa kes tersebut dibicarakan selepas dia membuat pengakuan melakukan pembunuhan itu kepada polis kerana tidak tahan berada dalam tahanan sejak 1 April 2005.

Sebaik dibebaskan kelmarin, katanya, dia bertekad untuk melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya dengan membina kehidupan baru bersama keluarga yang banyak memberi semangat dan dorongan ketika dia melalui saat-saat sukar.

Semalam Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membebaskan Jamaludin daripada tuduhan membunuh pekerja kedai aksesori wanita itu di antara pukul 11 pagi dan pukul 8 malam di rumah mangsa di No. 91-7k, Blok B, Tingkat 10, Flat Pekeliling, Dang Wangi di sini.

Mangsa mati kira-kira tujuh jam sebelum mayatnya ditemui akibat mengalami pendarahan teruk pada leher dan perut kerana ditikam menggunakan senjata tajam.

Jamaludin dari Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh di sini berkata, sepanjang empat tahun berada dalam tahanan, dia banyak memujuk dirinya supaya bersabar.

This is really funny!

|

SOKONG NAMA MAHATHIR GANTI KLIA - melayau

ALOR SETAR 24 Feb. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir sebagai langkah yang cukup baik.

Bagaimanapun, kata beliau, terpulang kepada kerajaan mempertimbangkan cadangan tersebut yang mengambil sempena nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.



kah kah kah…. BODEK… LAGI BODEK…. BODEK LAGI….. kah kah kah

woit…. JAMBAN 2 JUTA RINGGIT KAT BUKIT BINTANG TU TAK NAK BUBUH NAMA MAHATHIR…kah kah kah….

woit…LONGKANG KAT TEPI SUNGAI KLANG BELUM ADA NAMA…. BUBUHLAH NAMA MAHATHIR…. kah kah kah

Kisah di mahkamah dan MB Nizar jadi selebriti

|

Sebaik saja kes di Putrajaya selesai, kami bergegas makan tengahari di Keramat dan sebelah petangnya terus ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta.Kami ingin memberi sokongan pada dua orang peguam hebat GMI iaitu Edmund dan Amer Hamzah (rambut panjang).Lebih mengujakan bila saya mendapat sms dari Amer berbunyi " Nizar akan datang ke court prtang ni..". Ketika kami sampai, mahkamah telah penuh. Kami tidak dibenarkan masuk oleh polis yang berdiri di pintu Mahkamah.
Pada mulanya kami sangka mereka ni " SB", tetapi setelah diambil gambar mereka kelihatan bersahaja, saya memberanikan diri bertanya siapakah mereka berempat ini."Kami dari DUN Pasir panjang, tempat YB Nizar...." jelas salah seorang dari mereka. Ohhhh!!!! hebatnya sokongan orang Perak pada MB mereka yang sah."Saya pun sekarang dah jadi orang Perak" kata saya sambil tersenyum."Kami semua pun jadi orang Perak" jerit wartwan dan jurugambar media dari TV Antara, Tv PAS, wartawan The Edge, wartwan Harakah dan beberapa orang bloggers di belakang saya. Ya... kami semua sokong MB Nizar berjuang mendapatkan hak orang Perak.


Penat juga berdiri di beranda mahkamah. Suasana agak bising kerana wartawan dan jurugambar juga sedang bersembang untuk menghilangkan keletihan masing-masing."Lih Kang!!! " Jerit saya dan Nashita serentak. Lupa sekejap beliau sepatutnya di panggil sebagai YB Lih Kang.

Handsome juga adik kami ni bila berpakaian lengkap seperti itu." Kak Nash, you hebat lah" YB Lih Kang memuji keberanian Nashita merempuh FRU dan dia(YB) menyaksikan peristiwa itu di stesen Al Jazeera!!!Hmmmm!!!! jealous juga saya mendengarnya......Lih Kang adalah bekas koordinator SUARAM dan bekas sekretariat GMI.... dan kemesraan beliau bersama kami tidak pernah luntur walaupun bergelar YB!!!Dimana saja kami berada, kami tetap memakai lencana ISA sebagai tanda protes yang berterusan terhadap akta zalim ini.



YB Nizar, MB Perak yang sah ni memang ramai peminat. Sebaik saja keluar dari bilik Mahkamah, beliau bagaikan seorang artis terkenal, diserbu oleh wartawan dan pastinya dikejar oleh puluhan jurugambar.Semuanya ingin mendapatkan komen serta gambar beliau untuk disiarkan atau (dikutuk) oleh stesen tv masing-masing.Namun , satu pemandangan yang sukar dilupakan, YB Nizar sanggup mengeluarkan separuh tubuh beliau dari kereta yang sedang bergerak , semata-mata ingin membalas lambaian orang ramai( kakitangan mahkamah dan peminat beliau) yang menunggu di lobi utama mahkamah. YB Nizar memang amat "sporting" dan istimewa....

Maklumat lebih lanjut mengenai kes saman YB Nizar ini boleh di rujuk di berita utama Malaysiakini. Merah Hitam

We are here today to announce the death of the MACC

|

PUTRAJAYA, Feb 25 – Activists from a non-governmental organisation set fire today to what they say were documents containing unresolved complaints of graft outside the gates of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) headquarters here today.

The event, organised by Sekreteriat Solidariti Anak Muda Malaysia, was aimed at driving home the point that the MACC, which was officiated by the Prime Minister yesterday, was stillborn.

Petrol was poured over four boxes containing reports made to the Anti-Corruption Agency (ACA) and police since 1990 and set alight by the organisers, led by Badrul Hisham Shahari, in front of dozens of reporters.

The flames were initially put out by a security guard who threw a pail of water over the boxes.

However, another security guard, who made a big show of dragging a fire extinguisher to the scene, gave the crowd a good laugh when he could not get it to work.

Earlier, two Department of Environment (DOE) officers, who were waiting with the security guards, told Badrul that it was an offence to carry out “open burning.”

However, Badrul pointed out that authorities had no problems when the American flag was burnt in front of the United States Embassy previously to protest the war in Gaza.

He then told the DOE officers to go ahead an issue them a compound and he would gladly pay the fine.

After the “open-burning”, a security guard allowed Badrul to hand over mock “death certificate” to MACC officers outside their headquarters.

Badrul was invited to meet MACC officials but he declined, saying it was not their intention to meet them.

During a press conference later he listed a litany of corruption cases involving Umno and Barisan Nasional (BN) politicians, including reports he lodged at the beginning of the year, which remained unresolved.

“We are here today to announce the death of the MACC.”

He said any institution which did not have a mechanism to check its own weakness was doom to fail.

Badrul was accompanied today by a group of about 15 men and women.

Besides the mock death certificates, the group also brought along a picture of MACC chief commissioner Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

The picture of Ahmad Said in his uniform had an Umno emblem superimposed on his cap as well as an eye patch to make him look like a pirate.

After the press conference Badrul was seen giving his details to the waiting DOE officers.

“Just send me the summons. Let me know if I need to come to your office, the police station or the court and I will be there,” he said.

Gara-gara celupar, guni rompakan Khir Toyol terburai di tengah jalan

|

Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo
Ahmad Tajdid
Wed | Feb 25, 09 | 1:21:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.- tajdid

Yang pasti, lelaki gembala kambing itu takut bini. QC = Queen Counsel = Queen Control!

|

Kes Altantuya, siasat segera siapa 'gembala kambing'- Azmin
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Feb 25, 09 | 9:38:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mempertikai keenganan pihak berkuasa termasuk polis dan bahagian pendakwaan yang enggan menyiasat DSP Musa Safri sebagai saksi penting dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, meskipun nama Musa Safri selaku pengiring kanan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak disebut-sebut berulang kali dalam pengakuan tertuduh, Koperal Sirul Azhar, namun hingga kini tiada siasatan dibuat ke atas beliau.

"Inilah hujah yang telah kita kemukakan dari awal bahawa kita tak tunding jari kepada TPM atau mana-mana individu cuma kita tuntut proses siatan yang perlu adil dan saksama.

"Dalam konteks ini tertuduh diminta beri keterangan bersumpah, dan tertuduah kata berulang kali penglibatan Musa Safri yang juga ADC kepada TPM.

"Tertuduh ada menyatakan di mana beliau bertemu dengan Musa beberapa kali dan tertuduh beberapa kali berunding dengan beliau(Musa) di pejabat TPM, kenapa Musa tak dipanggil beri keterangan?," soal Azmin.

Zambry dan UMNO Perak umpama melukut di tepi gantang. Bakal tertirap di Bukit Gantang

|

Guna nasihat peguam London bukti Umno sangat terdesak - Hanipa Maidin
Intan Abdullah
Wed | Feb 25, 09


KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh)
- Umno Perak kini begitu terdesak sehingga terpaksa mencari tenaga pakar undang-undang dari luar bagi mempertahankan kerajaan Perak yang baru sahaja dilantik melalui rampasan kuasa oleh BN.

Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Hanipa Maidin berkata parti itu kini sangat terdesak bagi mengesahkan kerajaan haram yang dibentuk selepas tiga Adun melompat parti sehingga memaksa mereka menggunakan khidmat nasihat pengamal undang-undang luar negara.

"Mereka ini sudah tidak percaya kepada pengamal undang-undang tempatan berbanding Dato' Seri Nizar yang masih menggunakan khidmat peguam tempatan," katanya kepada Harakah.

Ujarnya, pasukan peguam Nizar diketuai Sulaiman Abdullah turut dianggotai Zulkarnain Lokman, Edmund Bon, Amer Hamzah serta dua peguam dari DAP selain dirinya sendiri.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Hanipa menjelaskan bahawa peguam Nizar menyangkal tuduhan bahwa hakim yang dilantik mengadili kes permohonan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad Ariff Md Yusof dibantah oleh Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, Dato' Kamaludin Mod Said kerana pernah terlibat sebagai penasihat undang-undang untuk parti PAS, KeADILan dan BN dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.

"Bagaimanapun, bagi pihak Dato' Seri Nizar kami membantah tuduhan tersebut dengan hujah bahawa setiap hakim yang dilantik mereka telah bersumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil serta mempertahankan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Lagipun tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa hakim ini pernah mewakili Nizar sebelum ini," ujarnya.

Oleh yang demikian tegasnya, kes-kes yang sebelum ini perlu dipakai bagi menentukan sama ada hakim tersebut perlu menarik diri atau tidak.

"Beliau perlu menarik diri sekiranya terdapat bahaya yang jelas bahawa hakim tersebut akan berat sebelah dan bukan bersandar kepada kemungkinan semata-mata.

"Ia perlu kepada fakta yang benar-benar sahih dan bukannya sangkaan," tegasnya lagi. - azm

Sajak menarik peguam Hj Nizar dalam mahkamah

|

Peguam Nga Hock Cheh, juga bagi Nizar, menukar topik hujahan apabila tiba-tiba membaca sajak empat rangkap dalam mahkamah berbunyi:

Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan Adun, ada Adun lompat parti,
memang tidak berprinsip dan berintegriti, cara BN rampas kuasa cabul demokrasi Harakahdaily
.

Artikel 'Mengenali Nizar menyejukkan hati' yang mesti dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia

|

Kalau nak jadi Menteri Besar jadilah Menteri Besar yang dikasihi, bukannya Menteri Besar yang dibenci oleh rakyat.

Buat Zambry, datang mu tak diundang, pergi mu setiap saat di nanti!

Mengenali Nizar menyejukkan hati

Apabila seseorang yang dihormati kerana kebaikannya, maka orang itu akan terus diingati. Inilah yang berlaku di Kelantan Darul Naim. Kebaikan yang dimiliki oleh sosok kecil Tok Guru, menundukkan ramai orang. Mereka hormat kerana sayang bukannya takut. Tok Guru tidak pernah menjatuhkan aib sesiapa. Maka, itulah sedikit bayangannya muncul di Perak, lewat perlantikan tanpa duga Ir Nizar sebagai Menteri Besar.

Lama dahulu…jangan kata orang Kelantan, kami di Perak pun tidak mengenali sangat sosok tinggi gagah Ir Nizar. Bahkan, mungkin jika terlanggar bahu di pasar, kami mengingatkan dia seorang cina. Matanya yang sepet dan iras wajahnya memang seorang cina, kerana ibunya memang seorang cina. Rupa-rupanya, Allah SWT menyimpan Ir Nizar untuk menjadi MB kami. Sungguh tak disangka.

Apabila Ir Nizar menjadi MB, baharulah rakyat sedar siapa beliau. Bukan sekadar jaminan kelayakan akademik yang begitu tinggi…tetapi juga pakej lain yang ada pada diri Ir Nizar. Saya sendiri tidak menyangka, dengan imej seorang aktivis PAS berjanggut sejemput itu, dia rupa-rupanya adalah manusia yang hebat seakan bayang Tuan Guru yang muncul di Perak.

Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusan luar negara; tapi juga seorang ‘ustaz’ yang sering mengajar di masjid dan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik, malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadar fasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!

Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyat Perak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliau berkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga. Jarang orang Melayu-Islam-PAS yang mampu bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!

Apabila Nizar bertamukan orang India, maka lancar sahaja lidahnya berbahasa tamil. Sekali lagi kami terkedu. Apakah Ir Nizar ini anak ‘buluh betung’ yang mampu berbicara dengan sesiapa sahaja?

Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah, Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang sama dengan mereka. Lalu ia memudahkan ‘cerita’ dan Pak Arab setuju datang melabur ke Perak. La…rupa-rupanya Ir Nizar kami fasih juga berbahasa Arab!

Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah. Jika sudah bertahun di luar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasa Inggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!

Kemudian, kami di Perak tambah teruja apabila MB kami ini rupanya sangat sayangkan Bahasa Melayu. Siapa pun tidak menyangka, rupa-rupanya dek kerana sayangkan bahasa ibundanya sendiri, maka Ir Nizar lama sebelum menjawat jawatan MB telah membawa anaknya menyaman Kerajaan Malaysia. Samannya berasas, kerana Kerajaan Malaysia telah melanggar hak Bahasa Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Perkara 152. Sungguh bangga kami mempunyai MB seperti Ir Nizar…sayangnya bukan setakat di mulut tapi di kota apa yang dikata.

Apabila bergelar MB pun, Ir Nizar tetap mengekalkan watak seorang lelaki biasa. Tidak pula kelihatan dia memasang ‘body guard’ keliling pinggang. Bahkan, apabila Nizar menjadi MB lah, maka kediaman Menteri Besar di Ipoh makin terbuka untuk rakyat. Merasalah kami memijak aspal dan rumput di dalam kawasan kediaman MB. Jadilah…

Ir Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya. Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudah jadi santapan biasa. Bukan haram pun…bahkan itulah yang rakyat suka.

Apabila diteropong kepada isterinya pula, lega hati…tak adalah pula Datin Seri Fatimah sudah naik ‘tocang’ dengan ternobatnya suami menjadi MB. Masih lagi bertudung litup, masih sopan berkerudung dan berkurung. Masih sopan melayan tetamu dan pengunjung. Tidaklah berubah menjadi ‘kaduk naik junjung.’

Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami ini berwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat. Anak-anaknya dihantar ke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah juga seperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalah seperti ayahandanya.

Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar. Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka, dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dan dakyah. Semuanya agar imej MB Ir Nizar yang baik bertukar comot dan kelam.

Semuanya ditangani dengan baik oleh Ir Nizar. Namun, kami rakyat Perak sedar…tidaklah semuanya sempurna 100 peratus. Adalah sedikit-sedikit kesalahan yang beliau terbuat atau terlepas pandang. Namun, semuanya masih boleh dimaafkan. Bukanlah besar sangat pun.

Malangnya, kesalahan kecil itulah diperbesarkan. Isu pemberian tanah kepada orang cina menjadi bahan utama. Kasihan MB Nizar. Takkanlah memberi tanah kepada rakyat Perak itu salah. Lainlah memberikan tanah kepada orang Singapura…macam terlepasnya Pulau Batu Puteh…tapi, penjelasan dan penafiannya tidak didengari. Mereka asyik mengecam dan mencaci. Kasihan MB kami.

Kini, puaslah agaknya hati para pendengki itu. Mereka sudah berjaya menafikan hak MB kami. Ir Nizar dipaksa turun dari jawatannya. Mereka peralatkan sultan. Mereka peralatkan media. Mereka jaja nama tuanku. Kononnya Ir Nizar sudah derhaka. Lalu, mereka angkat sumpah menjadi MB baru…walaupun MB Nizar masih MB yang sah.

Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. Anak Kampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke England dan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama di mana-mana. Sayang…seorang teknorat agama seperti ini difitnah oleh orang seagama, yang kemaruk kuasa.

Tapi kami yakin…tak lama lagi, beliau akan jadi MB semula. Kami yakin…kami percaya, kerana kami pegang janji Allah…siapa yang tolong Allah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan tapak kaki mereka. Amin… Huzaifah's View

Blog 'Ini yang aku rasa' kini tersenarai di Malaysiakini!

|

Penghargaan Pondok Pak Teh kepada Hj Nizar atas bantuan yg UMNO kedekut nak bagi

|

Perangai kedekut pemimpin UMNO ni orang Perak panggil 'kedekut taik idung masin'.

Kalau nak jadi Menteri Besar jadilah Menteri Besar yang dikasihi, bukannya Menteri Besar yang dibenci oleh rakyat.

Buat Zambry, datang mu tak diundang, pergi mu setiap saat di nanti!

Lihatlah dengan mata kepalamu bagaimana mesranya Hj Nizar bila bertemu rakyat dan rakyat juga gembira dengan kehadirannya.



Ustaz roslan mewakili pakteh menyampaikan cenderahati dan surat penghargaan atas pengurniaan tanah kepada pondok pakteh seluas 45 ekar


Hj Nizar membuat kunjungan rasmi ke Pusat Anak Yatim Abu Nur, Pengkalan Hulu

|


MB Nizar bersama semua jawatankuasa pusat khidmat masyarakat DUN Pengkalan Hulu sedang memberi taklimat perkembangan terkini kerajaan Negeri Perak yang tergantung

Melabai tangan kepada yg menghadiri program bersama rakyat di pengkalan hulu

MB Nizar sedang makan tengahari bersama rakyat












Unit amal sedang menunggu ketibaan MB Nizar

Sebahagian tetamu yg hadir semasa taklimat menteri besar

YB Chan Meng Kai ADUN simpang pulai sedang memberi ucapan dan taklimat isu megenai kerajaan perak